Wednesday, July 26, 2017

Span

Bismillahi Rahmannirrahim...

Semasa ke Pejabat JKR Pusat di Jalan Sultan Salahuddin untuk menghantar dokumen kontrak, penulis terpaksa menunggu selama satu jam kerana waktu sampai di sana adalah waktu rehat. Alhamdulillah, ada kafe yang dibuka, jadi penulis mengambil peluang 'lunch' di kafe. Selesai lunch, penulis mencari surau yang memang berada di aras yang sama iaitu aras 3.

Masuk ke surau, hanya penulis seorang yang bukan dari staff JKR kerana kebanyakan mereka mengenakan kemeja dan slack, jadi boleh nampak perbezaan kat situ.Selesai Solat Zuhur, rupa-rupanya ada sesi tazkirah yang disediakan oleh staff sendiri.Jadi, penulis menunggu sebentar untuk mendengar intipati tazkirah.

Sangat terkesan bila kisah yang diceritakan adalah mengenai kematian dan perihal dibangunkan dikubur. Apa yang menarik adalah perbandingan yang digunakan pemberi tazkirah.

''Kehidupan kita kat akhirat nanti, bergantung kepada kehidupan kita kat dunia''

''Amalan kat dunia, yang menentukan siapa kita di akhirat''

'' Ibarat SPAN yang menyerap air sirap, bila diPERAH tentunya air sirap yang merah keluar,tak keluar air oren, air anggur''

''Begitulah kita, kalau kita kat dunia serap hal dunia semata, tak mengaji, tak ingat Allah, boleh kah di akhirat kita keluarkan amalan2 yang baik kelak?''

Begitulah antara peringatan2  yang penulis serap dari beliau. Ironi,kan? Duniawi semakin menjadi kegilaan. Alangkah bagusnya jika kita sepakat dalam meninggalkan dunia dan mengejar akhirat. Semoga iman kita dipelihara.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA