Saturday, July 1, 2017

Hari Raya Aidilfitri 2017

Bismillahirahman nirrahim

Alhamdulillah. Selepas sebulan berpuasa, tibalah raya. Persiapan raya tahun ini dilakukan ringkas dan mudah, kerana mengambil kira kesederhanaan ditambah pula kehadiran anak buah baru yang memeriahkan lagi keluarga. Bercerita pasal anak buah baru, penulis memang suka sangat pada budak-budak. Penghuni syurga lah katakan. Kehadiran babygirl bernama Nur Izzah Raisya pasti bermakna.

Tahun ini kali pertama juga, penulis memakai kurta sebagai persalinan pada hari raya pertama. Nama macam orang dah beranak pinak, tapi sebaliknya. Berwangi- wangian dan memakai pakaian baru di pagi raya adalah sunnah dan adab-adab ketika menyambut Aidilfitri ataupun Aidiladha. Bagi yang perempuan, sekadar berwangian untuk membezakan bau badan cukuplah. Perihal duit raya, alhamdulillah rezeki Allah bagi dapat dikongsi bersama.

Akhir kata, semoga perayaan ini memberi kesan dan mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terputus. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf atas kesilapan atau ketidak sempurnaan penulis sepanjang mencoret. Kehidupan ini ibarat buku, manusia yang menulis dan berkarya, Allah yang menyunting dan berkuasa meluluskan terbitannya. Wallahualam.

fakhri

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA