Wednesday, July 26, 2017

Span

Bismillahi Rahmannirrahim...

Semasa ke Pejabat JKR Pusat di Jalan Sultan Salahuddin untuk menghantar dokumen kontrak, penulis terpaksa menunggu selama satu jam kerana waktu sampai di sana adalah waktu rehat. Alhamdulillah, ada kafe yang dibuka, jadi penulis mengambil peluang 'lunch' di kafe. Selesai lunch, penulis mencari surau yang memang berada di aras yang sama iaitu aras 3.

Masuk ke surau, hanya penulis seorang yang bukan dari staff JKR kerana kebanyakan mereka mengenakan kemeja dan slack, jadi boleh nampak perbezaan kat situ.Selesai Solat Zuhur, rupa-rupanya ada sesi tazkirah yang disediakan oleh staff sendiri.Jadi, penulis menunggu sebentar untuk mendengar intipati tazkirah.

Sangat terkesan bila kisah yang diceritakan adalah mengenai kematian dan perihal dibangunkan dikubur. Apa yang menarik adalah perbandingan yang digunakan pemberi tazkirah.

''Kehidupan kita kat akhirat nanti, bergantung kepada kehidupan kita kat dunia''

''Amalan kat dunia, yang menentukan siapa kita di akhirat''

'' Ibarat SPAN yang menyerap air sirap, bila diPERAH tentunya air sirap yang merah keluar,tak keluar air oren, air anggur''

''Begitulah kita, kalau kita kat dunia serap hal dunia semata, tak mengaji, tak ingat Allah, boleh kah di akhirat kita keluarkan amalan2 yang baik kelak?''

Begitulah antara peringatan2  yang penulis serap dari beliau. Ironi,kan? Duniawi semakin menjadi kegilaan. Alangkah bagusnya jika kita sepakat dalam meninggalkan dunia dan mengejar akhirat. Semoga iman kita dipelihara.

Saturday, July 8, 2017

Darah

Bismillahirahman nirrahim

Secara terang-terangan, entri pada kali ini penulis ingin 'membuka' sifat-sifat peribadi yang ada kena mengena dengan sifat-sifat dari kajian berdasarkan jenis darah. Dan untuk makluman, penulis berdarah O, iaitu darah yang boleh diberi kepada semua jenis darah, tapi hanya boleh menerima darah dari jenis O sahaja(rujuk nota Biologi anda). Tetapi, darah O ada positif (+ve) dan juga negatif (-ve). Harap-harap penulis positif.Baiklah, berikut adalah senarai sifat berdasarkan kajian:-

1.Orang yang memiliki golongan darah O adalah orang yang terbuka
2.Mereka merupakan seorang yang penuh dengan energi dalam menjalani kehidupannya.
3.Dikenal sebagai yang paling fleksibel diantara semua golongan darah dan golongan darah O adalah juaranya.
4.Mereka mengatakan sesuatu apa yang difikirkannya dengan mudah
5.Golongan darah O adalah orang - orang yang menghargai pendapat orang lain.
6.Mereka juga memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Dengan rasa percaya diri yang tinggi maka tidaklah heran jika golongan darah O suka menjadi pusat perhatian.
7.Biasanya memiliki jiwa leadership@pemimpin sehingga dalam suatu kelompok, dalam menciptakan suatu keharmonian dan membangkitkan semangat dalam kelompok tersebut
8.Seringkali terlihat sebagai orang yang menerima segala sesuatu dan menjalankannya dengan tenang.
9.Jika seorang dengan golongan darah O kesal dengan seseorang maka mereka sulit untuk melampiaskan kekesalannya kepada orangnya langsung!
10.Biasanya sifat mereka ini pemurah dan baik hati
11.Semua orang suka padanya
12.Terkenal akan keperibadiannya yang keras kepala.Mereka punya pendapatnya sendiri dalam beberapa hal
13.Karena mereka adalah yang paling fleksibel diantara golongan darah yang lain maka orang dengan golongan darah O mudah menerima hal-hal baru
14.Tapi sayangnya mereka ini mudah dipengaruhi oleh orang-orang yang berada di dalam lingkungannya
15.Orang yang memiliki golongan darah O dikenal sebagai orang yang memiliki kepala dingin dan mampu memegang kepercayaan

Ada antara sifat ini memang sama dan hampir tepat.
Contohnya, sifat mudah terpengaruh( no 14). Mudah sangat terpengaruh dengan cakap orang dan suka mengikut melakukan perkara-perkara baru( no 13) walaupun bertentangan dengan kehendak hati. Tetapi dek sukar menunjukkan ketidaksukaan (no 9). Terdapat juga sifat yang tidak ada langsung pada penulis seperti no 8, kerana penulis seorang yang suka cepat dan kelihatan gopoh jika melakukan sesuatu pekerja. Tetapi, muka kelihatan setenang tenang air  jangan disangka tiada buaya.

Akhir sekali, walaupun apa pun gambaran yang dikaji, semua itu adalah kemungkinan yang belum tentu tepat. Sudah dijadikan manusia ini berbeza sifatnya, dan personaliti. Untuk menambah nilai, sekadar rujukan tiada masalah tetapi jangan percaya sangat ibarat sang penilik nasib pula. Apa apa pun, jika ada kekurangan darah, boleh hubungi penulis terutama yang berdarah O.

Monday, July 3, 2017

Sejenak

Bismillahirahman nirrahim

Hari ini aku duduk bersandar di kerusi
aku lunjurkan kaki, aku pejamkan mata
sungguh aku kehilangan
kehilangan yang sukar dicari
terdetik aku saat yang depan
dibayangi hari yang belakang
di keresahan waktu yang sekarang

lalai dan cuai
sasar dan barai
kumat kamit di dalam hati
sempit kepit fikiran ini

lalu ku capai kekunci dan tetikus
aku menukil sesuatu
inilah sesuatu untuk kamu
dari aku untuk kamu.Kamu.

Saturday, July 1, 2017

Hari Raya Aidilfitri 2017

Bismillahirahman nirrahim

Alhamdulillah. Selepas sebulan berpuasa, tibalah raya. Persiapan raya tahun ini dilakukan ringkas dan mudah, kerana mengambil kira kesederhanaan ditambah pula kehadiran anak buah baru yang memeriahkan lagi keluarga. Bercerita pasal anak buah baru, penulis memang suka sangat pada budak-budak. Penghuni syurga lah katakan. Kehadiran babygirl bernama Nur Izzah Raisya pasti bermakna.

Tahun ini kali pertama juga, penulis memakai kurta sebagai persalinan pada hari raya pertama. Nama macam orang dah beranak pinak, tapi sebaliknya. Berwangi- wangian dan memakai pakaian baru di pagi raya adalah sunnah dan adab-adab ketika menyambut Aidilfitri ataupun Aidiladha. Bagi yang perempuan, sekadar berwangian untuk membezakan bau badan cukuplah. Perihal duit raya, alhamdulillah rezeki Allah bagi dapat dikongsi bersama.

Akhir kata, semoga perayaan ini memberi kesan dan mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terputus. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf atas kesilapan atau ketidak sempurnaan penulis sepanjang mencoret. Kehidupan ini ibarat buku, manusia yang menulis dan berkarya, Allah yang menyunting dan berkuasa meluluskan terbitannya. Wallahualam.

fakhri