Monday, November 7, 2016

Insurans Etiqa

Bismillahirrahman nirrahim.

Genap dua tahun setengah komitmen penulis bersama Etiqa Takaful. Insurans yang mudah dikenali dengan trademark warna kuning. Alhamdulillah tidak menghampakan sebab penulis pernah diuji dengan demam denggi sehingga dimasukkan dalam wad selama seminggu. Keyakinan pada Etiqa makin kuat semenjak itu bila claim insurans dan diberi Rm100 sehari.

(RM100 x 5 hari = RM500)

Bukan nak promote insurans tapi lebih kepada memberi pendedahan betapa pentingnya mempunyai insurans. Penipu! Ini perkara pertama yang penulis terlintas masa dicadangkan mengambil insurans. Ketika itu masih di peringkat universiti, jadi ternampak beban untuk membayar RM160 sebulan. Rupa-rupanya ini suatu pelaburan jangka masa panjang.Ya! Jangka masa panjang. Maklumat mengenai polisi insurans tertentu boleh rujuk Pak Google atau jumpa ejen terdekat. Pemilihan ejen penting kerana ramai yang ditipu sebab ejen melepaskan batuk ditangga. Dapatkan maklumat yang tepat.

"Mahal sangat, komitmen lain banyak kereta,rumah,bil streamyx lagi"

Jangan risau. Insurans bukan bebanan tetapi jaminan. Bayangkan jika kita terpaksa menjalani pembedahan berapa banyak simpanan harus dikeluarkan. Baru-baru ini penulis menerima panggilan dari Takaful Malaysia, menawarkan promosi insurans serendah RM27 untuk menampung perbelanjaan hospital sahaja(rujuk Healthcare Takaful Malaysia). Jadi tepuk dada tanya selera. Di Malaysia kita ada MAA, Allianze,AIA, Etiqa, Prudential,  Takaful Malaysia dan sebagainya. Sebagai Muslim, seeloknya pilih yang patuh syarie berbanding insuran konvensional.

Akhir sekali, jadikanlah insurans sebagai pelaburan jangka panjang. Ada kebaikan juga walaupun pemegang polisi tak pernah sakit sampai tua, duit itu akan menjadi simpanan dan akan dipulangkan. Jadi, beringatlah sebelum kena.


No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA