Friday, November 11, 2016

Minyak oh Minyak

Bismillahirrahman nirrahim

Isu semasa sekarang heboh dengan minyak. Dulu gula sekarang minyak. Banyak juga barang keperluan kita yang diganggu gugat kestabilan harga. Heboh dengan harga minyak masak yang tinggi. Penulis bukan lah hebat ekonomi, tetapi sebagai pelajar jurusan perniagaan adalah sikit asas ekonomi. Punca kenaikan harga minyak masak sawit adalah kerana ekonomi. Mudahnya bercakap kan macam tak sayang mulut. Baiklah penulis bagi sedikit penerangan. Dari pemerhatian sendiri dan secetek ilmu yang ada. Setiap kali sesuatu barang keperluan naik, mesti ada isu kekurangan bahan tersebut. Sekian tahun dulu gula kurang sampai terpaksa sekat satu pembeli satu paket gula sahaja. Serupa dengan minyak, berapa banyak pasaraya yang kekurangan minyak. Kononnya kurang. Terutama di kawasan bandar besar. Kenapa berlaku? Demand dan Supply. Ada pembekal yang menangguk di air keruh apabila berpakat untuk menghadkan penjualan minyak dengan perancangan untuk menaikkannya. Pakatan ini bukanlah pakatan pembakang. Tapi sudah lumrah dalam ekonomi, turun naik ekonomi berdasarkan demand dan supply.Baiklah penulis cuba menerangkan dengan cara mudah semudah jawapan UPSR.

"Semakin sedikit minyak masak dijual, semakin banyak permintaan pelanggan maka harga tinggi"

"Semakin melambak minyak dijual, maka harga seperti biasa"

Faham tidak? Tak perlu pening, Pak Cik Google ada. Ini cara kefahaman penulis. Yang dimusykilkan adalah, benarkah minyak masak tiada langsung, atau disorok sorok sehingga harga benar benar tinggi baru dijual. Atau retorik dan sarkastik sahaja bagi menekan nekan emosi pengguna. Walau apa pun niat mereka, biarlah mereka yang menanggung. Bagi penulis yang tinggal di kawasan Felda, pokok kelapa sawit berdekatan sahaja. Kan bagus kalau ada yang pandai proses minyak masak sawit secara tradisional, boleh juga jimat duit.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA