Friday, November 11, 2016

Minyak oh Minyak

Bismillahirrahman nirrahim

Isu semasa sekarang heboh dengan minyak. Dulu gula sekarang minyak. Banyak juga barang keperluan kita yang diganggu gugat kestabilan harga. Heboh dengan harga minyak masak yang tinggi. Penulis bukan lah hebat ekonomi, tetapi sebagai pelajar jurusan perniagaan adalah sikit asas ekonomi. Punca kenaikan harga minyak masak sawit adalah kerana ekonomi. Mudahnya bercakap kan macam tak sayang mulut. Baiklah penulis bagi sedikit penerangan. Dari pemerhatian sendiri dan secetek ilmu yang ada. Setiap kali sesuatu barang keperluan naik, mesti ada isu kekurangan bahan tersebut. Sekian tahun dulu gula kurang sampai terpaksa sekat satu pembeli satu paket gula sahaja. Serupa dengan minyak, berapa banyak pasaraya yang kekurangan minyak. Kononnya kurang. Terutama di kawasan bandar besar. Kenapa berlaku? Demand dan Supply. Ada pembekal yang menangguk di air keruh apabila berpakat untuk menghadkan penjualan minyak dengan perancangan untuk menaikkannya. Pakatan ini bukanlah pakatan pembakang. Tapi sudah lumrah dalam ekonomi, turun naik ekonomi berdasarkan demand dan supply.Baiklah penulis cuba menerangkan dengan cara mudah semudah jawapan UPSR.

"Semakin sedikit minyak masak dijual, semakin banyak permintaan pelanggan maka harga tinggi"

"Semakin melambak minyak dijual, maka harga seperti biasa"

Faham tidak? Tak perlu pening, Pak Cik Google ada. Ini cara kefahaman penulis. Yang dimusykilkan adalah, benarkah minyak masak tiada langsung, atau disorok sorok sehingga harga benar benar tinggi baru dijual. Atau retorik dan sarkastik sahaja bagi menekan nekan emosi pengguna. Walau apa pun niat mereka, biarlah mereka yang menanggung. Bagi penulis yang tinggal di kawasan Felda, pokok kelapa sawit berdekatan sahaja. Kan bagus kalau ada yang pandai proses minyak masak sawit secara tradisional, boleh juga jimat duit.

Tuesday, November 8, 2016

Sorotan Buku Kiri

Bismillahirrahman nirrahim

Usai bangkit malam pun berlabuh
Tirai disingkap lalu menadah simpati
Bukan mahu meminta dunia
Bukan juga manusia
Tapi beban memikul dosa

Dosa yang tertinggung
Jika boleh dilontar tepi,pasti dilontar
Kuasa apa ada padaku
Mungkin kan tuk berbuat begitu
Allah..banyak kali banyak berdosa

Taubat!!
Itu jalan penyelesaian
Kitab di kiri bakal dipersembahkan
Adakah ia dipadam
atau kelak menjadi skrip tontonan manusia
Ampun! Ampun kami yang lemah

Rahmat Tuhan pasti ada.

Monday, November 7, 2016

Insurans Etiqa

Bismillahirrahman nirrahim.

Genap dua tahun setengah komitmen penulis bersama Etiqa Takaful. Insurans yang mudah dikenali dengan trademark warna kuning. Alhamdulillah tidak menghampakan sebab penulis pernah diuji dengan demam denggi sehingga dimasukkan dalam wad selama seminggu. Keyakinan pada Etiqa makin kuat semenjak itu bila claim insurans dan diberi Rm100 sehari.

(RM100 x 5 hari = RM500)

Bukan nak promote insurans tapi lebih kepada memberi pendedahan betapa pentingnya mempunyai insurans. Penipu! Ini perkara pertama yang penulis terlintas masa dicadangkan mengambil insurans. Ketika itu masih di peringkat universiti, jadi ternampak beban untuk membayar RM160 sebulan. Rupa-rupanya ini suatu pelaburan jangka masa panjang.Ya! Jangka masa panjang. Maklumat mengenai polisi insurans tertentu boleh rujuk Pak Google atau jumpa ejen terdekat. Pemilihan ejen penting kerana ramai yang ditipu sebab ejen melepaskan batuk ditangga. Dapatkan maklumat yang tepat.

"Mahal sangat, komitmen lain banyak kereta,rumah,bil streamyx lagi"

Jangan risau. Insurans bukan bebanan tetapi jaminan. Bayangkan jika kita terpaksa menjalani pembedahan berapa banyak simpanan harus dikeluarkan. Baru-baru ini penulis menerima panggilan dari Takaful Malaysia, menawarkan promosi insurans serendah RM27 untuk menampung perbelanjaan hospital sahaja(rujuk Healthcare Takaful Malaysia). Jadi tepuk dada tanya selera. Di Malaysia kita ada MAA, Allianze,AIA, Etiqa, Prudential,  Takaful Malaysia dan sebagainya. Sebagai Muslim, seeloknya pilih yang patuh syarie berbanding insuran konvensional.

Akhir sekali, jadikanlah insurans sebagai pelaburan jangka panjang. Ada kebaikan juga walaupun pemegang polisi tak pernah sakit sampai tua, duit itu akan menjadi simpanan dan akan dipulangkan. Jadi, beringatlah sebelum kena.


Egoisme

Bismillahirahman nirrahim.

Lumrah hati bila ditelusuri, terbit ruang keegoaan. Tidak memilih gender,bangsa dan usia. Teringat satu kisah lucu petikan dari buku dibaca semasa kecil.

Ali: Korang taw tak,ayah aku kuat giler. Dia kejer buat rumah. Relak je dia pikul guni simen.

Abu: Hek elehh itu kau kata kuat. Ayah aku lagi kuat sebab dia dulu ahli gusti.

Ahmad: Apalah sangat. Ayah aku pakai satu tangan boleh hentikan berpuluh biji kereta kat jalan.

Ali&Abu :Dahsyat ea. Ayah kau kerja apa?

Ahmad. Polis trafik (sambil tersengeh)

Dari cerita di atas kita pun ada pengalaman yang sama ketika kecil. Sifat nak menang dan tak boleh disaingi membuktikan kita ego.Tak percaya? Boleh cari di ruangan komen Facebook. Contoh yang tak pernah putus.

Egoisme ini menjurus kepada cabang positif tetapi tampak lebih negatif. Ada nilai ketegasan,keberanian dan keyakinan yang tinggi cume terselit kesombongan dan bangga diri jika berlebihan dan tiada kawalan.

"Buangkan ego dengan kerendahan hati"

Akhir sekali, tiada yang perasan ego diri kerana ia telah bersifat itu. Itu ego nya, maka mana mungkin ia mengaku seorang egois.

Sunday, November 6, 2016

Penulisan Baru

Bismillahirrahman nirrahim..

Setelah bertahun kini terdetik untuk kembali menulis.
Ada banyak yang mahu dikongsi, tetapi biarlah menjadi ilham sendiri. Insya Allah penulisan akan datang lebih kepada perkara yang boleh dikongsi bersama bukan untuk diri sahaja. Zaman alih berubah, perlu disaring dan diadaptasi. Siapa sangka entry yang dikarang hanya daripada smartphone yang kecil. Cepat nya perubahan iklim teknologi baru ni. Kira-kira beberapa tahun lepas, menulis menggunakan komputer riba sahaja. Itu pun berbengkak jari membuntang mata.

Perlu akui,blog bukan lagi pilihan masa kini. Siapa nak baca blog dah zaman sekarang. Sedangkan Facebook,Twitter, Instagram dan medium seangkatan merupakan percikan kecil blog-blog peribadi seseorang. Nak post gambar, buka akaun Instagram. Nak tulis sesuatu idea, share di Facebook atau Twitter. Jadi, terlalu old school bila ada Blogspot. Sekejap! Ada jer blog yang masih mantain lagi penulisannya dan dibaca.
For me, it is how I spending my time.

Terus terang, penulis hanya berkongsi. Segala persepsi adalah tanggungan pembaca sendiri. Boleh jadi topik politik,peribadi,pelancongan,nasihat dan sebagainya. Boleh jadi.

Akhir sekali, we will see what next.