Monday, March 18, 2013

Ujian sebelum Ujian

Assalamualaikum warahmatullah..

Dalam kehidupan sebagai manusia,tidak pernah sunyi tanpa ujian
Ujian mengundang keperitan,malah ujian pembentuk kematangan
dengan menghadapi bersama bantuan Allah,insyaAllah terlaksana kita dengan ujian.

Bagi MFA ,hanya sebulan lagi tarikh semester ditamatkan
ini bermakna sebulan jugalah masa untuk bersedia sebelum ujian semester
tapi disinilah bermula berbagai gerak kerja dan tanggungjawab yang diterima
adakala ditatang,adakalah di pangku malah lagi teruk terpaksa diseret
tapi amanah tetap kena buat walau hasilnya tak seperti dijangka

Tambahan lagi,ujian yang diterima bukan diajukan dengan jalan yang selesa
ada juga manusia-manusia yang tak hiraukan dan menambah beban di dada
ada juga faktor-faktor masa,kewangan dan lain-lain yang sangat mencabar minda

Hanya berpegang kepada satu ayat yang disampaikan
oleh seorang sahabat kepada MFA.Firman Allah dari surah Al Baqarah yang bermaksud:

''dan mintalah pertolongan(dari Allah) dengan sabar dan melakukan solat''

Mudah-mudahan keyakinan untuk berubah dan berada di jalan Allah diredhai dan dirahmatiNya.
Jazakallah.

1 comment:

  1. jaga solat, inshaAllah semuanya akan terjaga.. ^_^

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA