Friday, March 1, 2013

Apa ada pada jawatan


Pernah atau tidak kita menerima sesuatu jawatan yang
tidak pernah kita mohon atau mahu?
Kadang-kadang kehadiran kita seperti tidak dirasai
tetapi ada yang meletakkan kita satu bebanan pada bahu
yang risau mahu dipikul dan dijalankan.

''Mampukah aku memikul jawatan ini?''
''Apakah sumbangan yang boleh aku berikan?''

Ingatlah bahawa ini bukan pemberian dan ilham manusia
kepada kita tetapi sebagai ketetapan dari Tuhan.Boleh jadi
untuk menguji atau mendidik kita.Mungkin juga satu celaan
jika kita mengambil mudah dan lalai menjalankannya.Sesungguhnya
Dia tidak akan membebankan kita dengan tanggungjawab melainkan
sesuai dengan kemampuan kita untuk pikul tanggungjawab ini.

Ada yang berfikiran,jawatan ini adalah penganugerahan.Maka
sesuai dengan diri mereka yang rajin,dan bijak untuk menerima
penganugerahan jawatan ini.

Ada juga yang meletakkan jawatan ini sebagai kemuliaan.
Dengan adanya jawatan yang mereka sandang,maka mereka adalah
'sesuatu' di dalam organisasi atau kumpulan tersebut.Alangkah
sedihnya jika mereka menganggap demikian.

Yang sebenarnya,jawatan yang diperolehi adalah taklif iaitu
tanggungjawab atau tanggungan yang diamanahkan terus dari Allah.
Mendapatnya adalah musibah,melaksanakan adalah ibadah.

Oleh itu,marilah kita mengubah cara fikiran dan mentaliti
kita berfungsi.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA