Saturday, March 23, 2013

Karnival Keusahawanan

Demi memenuhi 3 jam silibus kelas kokurikulum ,kami telah 'dipaksa' untuk menghadiri karnival keusahawanan yang dianjurkan oleh Kelab Permata Selangor. Jadi,bermula lah perjalanan kami pada 8 pagi ke Universiti Selangor caw. Ijok.

 

Nama penceramah lelaki ni aku dah lupa,tapi dia adalah editor Pts Publication.Syarikat buku yang feymes tu.
kisah hidup dia menarik juga.Dia tak habes pun degree engineering dia kat UIA then berhenti belajar camtu je..
tap sekarang berjaya dalam perniagaan dan hidup beliau.









Ni dah nak balik .Banyak ilmu diperolehi walaupun terpaksa pergi.yang penting enjoy ^^

Monday, March 18, 2013

Ujian sebelum Ujian

Assalamualaikum warahmatullah..

Dalam kehidupan sebagai manusia,tidak pernah sunyi tanpa ujian
Ujian mengundang keperitan,malah ujian pembentuk kematangan
dengan menghadapi bersama bantuan Allah,insyaAllah terlaksana kita dengan ujian.

Bagi MFA ,hanya sebulan lagi tarikh semester ditamatkan
ini bermakna sebulan jugalah masa untuk bersedia sebelum ujian semester
tapi disinilah bermula berbagai gerak kerja dan tanggungjawab yang diterima
adakala ditatang,adakalah di pangku malah lagi teruk terpaksa diseret
tapi amanah tetap kena buat walau hasilnya tak seperti dijangka

Tambahan lagi,ujian yang diterima bukan diajukan dengan jalan yang selesa
ada juga manusia-manusia yang tak hiraukan dan menambah beban di dada
ada juga faktor-faktor masa,kewangan dan lain-lain yang sangat mencabar minda

Hanya berpegang kepada satu ayat yang disampaikan
oleh seorang sahabat kepada MFA.Firman Allah dari surah Al Baqarah yang bermaksud:

''dan mintalah pertolongan(dari Allah) dengan sabar dan melakukan solat''

Mudah-mudahan keyakinan untuk berubah dan berada di jalan Allah diredhai dan dirahmatiNya.
Jazakallah.

Friday, March 1, 2013

Apa ada pada jawatan


Pernah atau tidak kita menerima sesuatu jawatan yang
tidak pernah kita mohon atau mahu?
Kadang-kadang kehadiran kita seperti tidak dirasai
tetapi ada yang meletakkan kita satu bebanan pada bahu
yang risau mahu dipikul dan dijalankan.

''Mampukah aku memikul jawatan ini?''
''Apakah sumbangan yang boleh aku berikan?''

Ingatlah bahawa ini bukan pemberian dan ilham manusia
kepada kita tetapi sebagai ketetapan dari Tuhan.Boleh jadi
untuk menguji atau mendidik kita.Mungkin juga satu celaan
jika kita mengambil mudah dan lalai menjalankannya.Sesungguhnya
Dia tidak akan membebankan kita dengan tanggungjawab melainkan
sesuai dengan kemampuan kita untuk pikul tanggungjawab ini.

Ada yang berfikiran,jawatan ini adalah penganugerahan.Maka
sesuai dengan diri mereka yang rajin,dan bijak untuk menerima
penganugerahan jawatan ini.

Ada juga yang meletakkan jawatan ini sebagai kemuliaan.
Dengan adanya jawatan yang mereka sandang,maka mereka adalah
'sesuatu' di dalam organisasi atau kumpulan tersebut.Alangkah
sedihnya jika mereka menganggap demikian.

Yang sebenarnya,jawatan yang diperolehi adalah taklif iaitu
tanggungjawab atau tanggungan yang diamanahkan terus dari Allah.
Mendapatnya adalah musibah,melaksanakan adalah ibadah.

Oleh itu,marilah kita mengubah cara fikiran dan mentaliti
kita berfungsi.