Tuesday, February 12, 2013

Disepakati

Berlaku satu perjumpaan di antara seorang Jeneral dan batalionnya di sebuah padang kawat.
Arahan diberi supaya mereka berdiri dalam keadaan sedia sebaik sahaja Jeneral berdiri memberikan ucapan.
Melihat keadaan anak buahnya yang patuh,Jeneral cuba menguji mereka.


Jeneral    : Aku lihat kalian layak menyertai angkatan ini kerana kalian semua mampu patuh dan taat

Tentera2 : Terima kasih tuan!


Jeneral    : Oleh itu,aku mahu memberi tugasan yang mesti kamu siapkan dalam masa 2 bulan. Aku mahu    kalian semua menawan sebuah negeri yang kecil di rantau ini dengan berbekalkan semua kekuatan yang kita ada di darat ,laut dan udara.Semua akan dikerahkan untuk mejayakan misi ini.

Tentera2 : Baik tuan!(terpinga-pinga)

Jeneral   : Memandangkan aku memimpin angkatan ini,aku mahu berada di sini semasa misi dijalankan.Jadi,aku mahu semua tenaga yang kita ada sekiranya sesuatu berlaku kepadaku dan tanah ini.Aku tidak mahu nyawaku ditamatkan,dan tanah ini tergadai.

Tentera2: Baik tuan!(akur mereka tanpa sebarang bantahan)

Jeneral : Bodoh!.Aku tidak perlukan kepatuhan yang memusnahkan.Tidakkah kalian fikir kita belum mampu menawan sebuah negara hatta aku berikan tempoh 2 tahun sekalipun?adakah antara kalian tahu perbelanjaan yang kita tanggung untuk kos ketenteraan,rawatan,pampasan jika meneruskan misi ini..?Semua ini bakal memusnahkan angkatan kita.Lagi satu,mampukah kalian bertindak menyerang dan pada masa yang sama melindungi dengan sepenuhnya?aku fikir kalian semua gila.Nampaknya kalian mampu menurut dan bertindak ,tapi tidak mampu berfikir.

Apa yang dimahukan Jeneral itu adalah setiap daripada pejuangnya berfikiran jauh dan boleh berbincang.Bukan hanya menurut dan taat tanpa sebab.Dia hanya mahukan seorang orang yang bukan sekadar berazam tinggi dan berkemahuan kuat,tapi lagi bagus jika rasionaliti nya tinggi dan tajam akal.



No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA