Sunday, February 17, 2013

Pasar Seksyen 13,Shah Alam

 Okay this is very. exciting,Pergi ke pasar dan mencuci mata.Banyak2 pasar kat Shah Alam yang aku pergi,ini antara yang paling besar aku pernah jumpa.Walaweh.Lokasi belakang stadium berdekatan MSU.Waktu hari ahad lepas subuh dah boleh datang ye.Naseb baek aku bangun awal untuk ke sana.
Yeah.parking je dah jauh sebab ramai orang.

Tengok dari luar dan tepi,nampak macam sikit and beberapa kerat je khemah
kelihatan.

 Tapi bila jalan depan sikit baru nampak deretan khemah sampai ke hujung sana.

Ramai orang berkerumun di pasar.Sama macam saya,datang je cuci mata
membeli belum tentu.Sebenarnya nak beli sayur,tapi harga mahal berbanding pasar saya pernah pergi sebelum ini.Bak kata kawan,ini pasar orang kaya2.


Tudung cantik2 untuk gadis yang comel2 ^^
Pasar ni terbahagi kepada 3 bahagian,mula barisan peniaga barang2 kering,kemudian makanan,kemudian barang2 basah(ikan,sayur).Jadi saya pergi ke bahagian tengah pasar yakni barang makanan.Lapar sebab tak sarapan lagi.
Siap dengan kerusi dan meja.Apa lagi terus duduk sambil memesan menu.

Yeahh.Char kuew tiow yang lazat berkrim.Selamat menjamu selera.Dah kenyang baru boleh sambung jenjalan



Okay,dah puas berjalan.
Jum balik.
Pasni dah taw nak buat apa kalau bosan pagi2 ahad.
Salam.



Tuesday, February 12, 2013

Disepakati

Berlaku satu perjumpaan di antara seorang Jeneral dan batalionnya di sebuah padang kawat.
Arahan diberi supaya mereka berdiri dalam keadaan sedia sebaik sahaja Jeneral berdiri memberikan ucapan.
Melihat keadaan anak buahnya yang patuh,Jeneral cuba menguji mereka.


Jeneral    : Aku lihat kalian layak menyertai angkatan ini kerana kalian semua mampu patuh dan taat

Tentera2 : Terima kasih tuan!


Jeneral    : Oleh itu,aku mahu memberi tugasan yang mesti kamu siapkan dalam masa 2 bulan. Aku mahu    kalian semua menawan sebuah negeri yang kecil di rantau ini dengan berbekalkan semua kekuatan yang kita ada di darat ,laut dan udara.Semua akan dikerahkan untuk mejayakan misi ini.

Tentera2 : Baik tuan!(terpinga-pinga)

Jeneral   : Memandangkan aku memimpin angkatan ini,aku mahu berada di sini semasa misi dijalankan.Jadi,aku mahu semua tenaga yang kita ada sekiranya sesuatu berlaku kepadaku dan tanah ini.Aku tidak mahu nyawaku ditamatkan,dan tanah ini tergadai.

Tentera2: Baik tuan!(akur mereka tanpa sebarang bantahan)

Jeneral : Bodoh!.Aku tidak perlukan kepatuhan yang memusnahkan.Tidakkah kalian fikir kita belum mampu menawan sebuah negara hatta aku berikan tempoh 2 tahun sekalipun?adakah antara kalian tahu perbelanjaan yang kita tanggung untuk kos ketenteraan,rawatan,pampasan jika meneruskan misi ini..?Semua ini bakal memusnahkan angkatan kita.Lagi satu,mampukah kalian bertindak menyerang dan pada masa yang sama melindungi dengan sepenuhnya?aku fikir kalian semua gila.Nampaknya kalian mampu menurut dan bertindak ,tapi tidak mampu berfikir.

Apa yang dimahukan Jeneral itu adalah setiap daripada pejuangnya berfikiran jauh dan boleh berbincang.Bukan hanya menurut dan taat tanpa sebab.Dia hanya mahukan seorang orang yang bukan sekadar berazam tinggi dan berkemahuan kuat,tapi lagi bagus jika rasionaliti nya tinggi dan tajam akal.



Sunday, February 10, 2013

Berkelah di Sagil (Mount Ophir)

Team leader.My dad dengan smartphone barunya
sambil menghayati suasana hutan.Sempat tinjau2 ayah
guna handset,rupanya2 search map ledang guna google satellite.style ahh!

Cuti yang best.Dapat pergi tempat yang saya suka,hutan.
 Akhirnya ,dapat juga berkelah dan berkhemah bersama keluarga.
Sambil makan nasi dan buat air koktel, memang lazat dinikmati 
di tengah hutan


Sengaja nak tayang tools yang saya baru dapat. Beli di Rantau Panjang.
Nama dia hammock ye,bukan buaian. Sape yang kaki camping or hiking
mesti taw benda ni. Sangat efisien sebab celah hutan susah nak cari tapak khemah,
jadi gantung je benda ni dah leh tidur.Di bawah ada gambar bumbung nye.
Opss..ada gambar orang tidur pula. Abaikan orang tu tidur.
Haa memang lena lah kalau tidur di dalam hujan2 tu. Naseb baik ada shelter,
kalau tak,sia2 je pasang hammock tapi hujan.




Sejuk2.Lihat daun2 pun dah tahu hujan yang lebat.Saya tak mandi mula2,bagi adik2 mandi
dahulu baru abang turun.

Oh lupa.ada bawa khemah juga.Time ni dah nak pulang.

Ramai peniaga2 berniaga.Beli jambubefore bertolak pulang
Tapi lagi suka ledang di taman negara Asahan
**saya memang cover2 nak ambil gambar.tu sebab ada belakang daun lah,pokok lah,kereta lah..

Saya

Gambar di Jeram Suk

Adakala kita senyum
Adakala kita muram
Adakala kita menangis
Adakala kita menangis

Pernah juga kita berhenti
Pernah juga kita membenci
Pernah juga kita menanti

Tiada dapat lari dari masalah ini
Masalah kita,rahsia kita berdua



Selamat tahun baru cina 2013



Selamat Tahun Baru Cina
walaupun tak menyambutnya
tapi tersirat disebalik tahun baru cina ni
ada pelbagai suka ria nya bagi bukan berbangsa Cina juga
seperti:-
1) Dapat bercuti pulang ke pangkuan keluarga
2) Dapat shopping sakan (selalunya ada diskaun musim perayaan)
3) Menjana ekonomi peniaga(sedara mara dari Singapore n Taiwan datang)
4) Happy dapat buat macam2 aktiviti(berkelah,melancong,memancing dll)

tetapi ada juga duka nya, bukan nak kata duka 
tapi lebih kurang macam ada lah disadvantagenya
seperti:-
1) Jalanraya mesti sesak 
2) Duit banyak keluar sebab banyak masa dan tempat berbelanja
3) Kerja-kerja di pejabat/sekolah/universiti terabai
4) Habes cuti dah ada test..uwaa T.T(khas untuk saya)


Whatever happens,think about solution.10% percent only for the problem,but 90% solution we can use (by rara).