Saturday, January 12, 2013

Sisipan Ilmu

Alhamdulillah satu permulaan baik ditahun baru
penat berhempas pulas di tempat pengajian baru
Kuterima satu keputusan hasil usahaku
Berbaloi!
Jarang kali menduga,tapi tak mahu terleka
Satu titik dari saat ia mengalir
saat itu adalah saat segala-galanya bermain dalam fikiran

Islam ku..
kejayaan ku..
cinta ku..

Ya Allah ,permudahkan lah urusan hamba Mu ini
segala-galanya telah tertulis oleh Mu
hanya dengan pertolonganMu aku mampu meneruskan
takdir mu.
InsyaAllah



Saturday, January 5, 2013

Aku

Assalamualaikum..



Aku terima nikahnya fulan binti si fulan
sambut lafaz akad menerima
siapakah gerangan pengantin perempuannya?
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”



Berilah satu ketetapan untuk aku jalani
Tak akan ku langgar kalau bertentangan dengan kendiri
yang dahulu,didahulukan yang kendian,dikendiankan

mudahnya aku terpengaruh,mudahnya aku digoda
sehingga tak tahu mana pahala dan dosa
bebas aku dibawah kuasaMu
terbelenggu sayu pinta alasanku

Aku ,ketawa besar kau pada aku
kau gelak tanda sinis 
aku senyum 
Rupanya aku senyum pada ejekan orang pada diri

Sebenar-benar diri,belum lagi terserlah
kerna sebahagian diri ku sahaja yang tahu
dimanakah sebahagian diri itu?
bukankah 3 bulan aku di rahim kau ditetapkan?
Menyerah


Friday, January 4, 2013

Kerap Kerdip

Assalamualaikum ..2013 menunjukkan genap 3 tahun blog ini bertahan. Pada mulanya aku nama kan TINTA HATI sebelum menukarnya kepada FAKH(nama panggilan di universiti) dan masih dikekalkan hingga sekarang. Banyak genre penulisan dah aku utara kan.Semoga dapat kupelihara  blog ini .


Benarkah apa tertulis di sini
atau sekadar rekaan sendiri
mungkin untuk luahan hati 
tepatkah sumbernya?
boleh dipakai kah dalilnya?
Cuba berfikir dari akal sendiri

Satu iktiraf pun tak aku mahu 
kongsi kongsi cerita cerita
nak baca baca
aku nampak tar sepanjang jalan
aku nampak rumput seluas padang
aku nampak dinding setinggi bangunan
namun blog juga yang aku nampak tempat
menulis isi kepala hotakku

Saksi sudah segenap kini
menabur luas tak terbagi
semoga permulaan tahun ini
cerita-cerita lebih menjuara

Tuesday, January 1, 2013

Halus

Ini mungkin kali terakhir untuk permulaan yang awal
aku basi
papan kekunci menunggu ditekan jejari
jurang ini,semakin luas ku rasa
sabar aku,tiada sabar dapat sekata
ku pernah ikutkan kehendak tapi siapa sangka
kehendak dia perlu  diutama..

Hargai dan terima kasih
untuk ilmu kekuatan diri dan kelangsungan hidup
terbang lebah nun jauh,kembali ke sarang juga
hilang rebah diri aku,pasti bangkit sendiri cuma
eloklah di pandang hina,sbb mulia di penghujung sahaja
tak guna mulia,manis dan sentiasa berjaya
andai tersirat ditolak,hanya tersurat dikejar

lagu-lagu dah didendangkan,puisi jua ditatap sekalian
cerita-cerita dalam ingatan,kenangan2 kemas lipatan
januari ini januari yang baik..
permulaan yang baik,bahkan juga perubahan yang baik

hello,is it me you looking for?(hello by lionel richie)
i can see in your eyes,i can see in your smile
sayang rasanya untuk menyingkirkan kasih sayang
tentulah ada hikmah disebalik kecetekan akal

salam tahun baru masihi 2013