Monday, December 3, 2012

Aku bermasalah

Bila ditanya permulaan kepada persoalan,memang rumit untuk diberitahu.Bila ditanya kepada penyelesaian,sebenarnya itu yang perlu.Aku selalu memandang kepada persoalan itu secara mendalam sehingga mengabaikan penyelesaiannya.Seseorang selalu mengingatkan aku bahawa memandang kepada persoalan semata tidak menyelesaikan apa-apa.Hanya menambah stress,pecahkan kepala otak sampai terbawa-bawa ke dalam emosi seharian.Kekasihku,Dira selalu mengingatkan aku hidup ini bukan suatu masalah,tapi satu penyelesaian.Kita tak akan bahagia kalau tunduk pada masalah.Bangkitlah dan hidup dengan gembira.Jadi,aku ingin kongsikan apa yang aku baca dari rakan blogger aku,cik tom  tentang tips menangani  masalah untuk manfaat bersama:-








1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara
 benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran korang. 
Cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan jika korang terasa emosi korang tidak stabil.
3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan 
apa jua perasaan negatif. Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.
4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir
 sesuatu yang positif dan menceriakan.
5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa 
boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.
6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik 
untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi 
lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
7. Hapus segala perasaan negatif  seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu 
dan rendah diri tapi bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri.
 Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
8. Kadang-kadang tanpa sedar kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah 
diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga 
sembahyang bagi yang beragama Islam.
9. Ingat, sesusah-susah kita pun, ada lagi orang yang lebih susah. Korang mesti 
bersyukur kerana masih ada pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
10. Cuba tenangkan fikiran korang dengan fikirkan perkara yang dapat menenangkan
 fikiran korang seperti fikirkan keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak 
memukul pantai, langit yang membiru atau apa yang korang sukai.
11. Cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. 
Cuba dapatkan nasihat atau pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yng korang 
hadapi dari orang yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar kaunseling.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA