Sunday, December 16, 2012

Lelaki begini


ANDAI PEREMPUAN TAHU
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita…
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..:)
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Monday, December 3, 2012

Aku bermasalah

Bila ditanya permulaan kepada persoalan,memang rumit untuk diberitahu.Bila ditanya kepada penyelesaian,sebenarnya itu yang perlu.Aku selalu memandang kepada persoalan itu secara mendalam sehingga mengabaikan penyelesaiannya.Seseorang selalu mengingatkan aku bahawa memandang kepada persoalan semata tidak menyelesaikan apa-apa.Hanya menambah stress,pecahkan kepala otak sampai terbawa-bawa ke dalam emosi seharian.Kekasihku,Dira selalu mengingatkan aku hidup ini bukan suatu masalah,tapi satu penyelesaian.Kita tak akan bahagia kalau tunduk pada masalah.Bangkitlah dan hidup dengan gembira.Jadi,aku ingin kongsikan apa yang aku baca dari rakan blogger aku,cik tom  tentang tips menangani  masalah untuk manfaat bersama:-








1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara
 benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran korang. 
Cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan jika korang terasa emosi korang tidak stabil.
3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan 
apa jua perasaan negatif. Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.
4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir
 sesuatu yang positif dan menceriakan.
5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa 
boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.
6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik 
untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi 
lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
7. Hapus segala perasaan negatif  seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu 
dan rendah diri tapi bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri.
 Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
8. Kadang-kadang tanpa sedar kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah 
diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga 
sembahyang bagi yang beragama Islam.
9. Ingat, sesusah-susah kita pun, ada lagi orang yang lebih susah. Korang mesti 
bersyukur kerana masih ada pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
10. Cuba tenangkan fikiran korang dengan fikirkan perkara yang dapat menenangkan
 fikiran korang seperti fikirkan keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak 
memukul pantai, langit yang membiru atau apa yang korang sukai.
11. Cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. 
Cuba dapatkan nasihat atau pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yng korang 
hadapi dari orang yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar kaunseling.

Final Exam Semester 1


Assalamualaikum w.b.t
Minggu ini adalah minggu pertama bermulanya
peperiksaan akhir semester bagi pelajar Unisel bagi sesi Julai 2012.Untuk pertama
kalinya, aku akan menguji kefahamanku dalam kursus yang baru di ambil ini.(Bussines)
Persiapan sudah dilakukan,tapi semacam cukup makan.
Di sinilah 'last minute pressure' bermain peranan.
But with her at my side,and Du'a to Allah,InsyaAllah i get the strength.

Berikut adalah jadual exam yang bakal di duduki:-
Bussiness mathematic-2.30 ptg (6/12/12)
Principle managament-9.30 pg (7/12/12)
Microeconomic      - 2.30 ptg (13/12/12)
Accounting         - 9.30 pagi  (19/12/12)
Technical English -   9.00 pagi (20/12/12)

Wish me a best luck in my exam ya.Thank (^^)v