Tuesday, November 13, 2012

Shah Alam

Dah lama berada di Shah Alam ini molek kiranya aku ceritakan tentang bandar ini di mataku. Pertama kali menjejaki kaki ke Shah Alam,tiada satu pun yang aku kisah sebab aku tahu,hadirku hanya sementara. Siapa sangka.kini aku melanjutkan pelajaran di sini. Kini Shah Alam adalah dunia baruku yang harus aku diami. Dengan keberadaan si dia,bertambah seri untuk berada di sini.


KEWANGAN
Sini memang kos hidup agak tinggi tapi jangan risau,dengan majoriti pelajar universiti kat area sini kedai2 mula mengambil kira keinginan pelanggan.Dengan Shah Alam je aku pernah dengar nasi Student,means nasi dengan harga murah rm3.Tapi kena pilih2 sebab ada je kedai yang mahal.Sini pula banyak mamak,so x susah lah setakat nak makan roti canai seringgit tu kan.Kedai2 potostat pun bersaing,jadi sape lebih murah itu jadi choice.Maka,murah lah harga nya(pernah photostat 4 sen sahaja).

MASYARAKAT
Sini muka2 muda je aku nampak sebab mostly student Uitm Shah Alam,dan IPT laen2.Dan Alhamdulillah ramai sangat melayu.Susah nak tengok kat bandar ramai melayu.Kat hometown aku pun major bangsa lain.Tapi kat sini banyak kedai,mean banyak peniaga.Ramai peniaga kat sini sebab ramai customer(apa aku nyer fakta ntah).Tapi pendatang tanpa izin sangat ramai sebab dorang kerja kat kilang2 Shah Alam.Aku selalu berhati-hati lau kat sini walaupun ada yang kata aku paranoid.Hehe

PENGANGKUTAN
Di sini,pengangkutan awam ada jer.Cuma kalau teksi baik takyah naek sebab mahal sangat especially waktu malam.Aku pernah terkena naek teksi waktu malam rm15.Hantu teksi betul.Alhamdulillah ada motor ni,aku tak susah lagi nak naek public.

PEMBANGUNAN
Selalunya aku pergi kolej,balek kolej jer.Kadang2 hujung minggu pun ada singgah pusat beli belah.So,far aku kenal tempat ini sebagai tempat yang kecil tapi luas.Maksud aku Shah Alam ni nampak kecil je bandarnya,tapi keluasannya tak terhingga.Aku tak habes explore lagi.Bnyak tempat menarik dah aku pergi,seperti Masjid Biru,Tasik Shah Alam,dan Perpustakaan Tun Uda.

Itulah serba sedikit kiasan ku pada banda hebat di negeri Darul Ehsan ini.Berada di bawah pimpinan parti pembangkang,tak menampakkan kepincangan.Ertinya,kepincangan itu boleh berlaku pada sesiapa yang punya kuasa,asalkan pandai buat pandai simpan.Tak ada pape yang gempak cuma kat sini peluang nak jumpe ustaz Azhar Idrus tu senang sebab selalu buat ceramah sini.^^