Tuesday, August 14, 2012

Apa ada dalam hati

Apa ada dalam hati ini

A : Peduli apa aku dengan hati kau
B : Arghh hati sendiri pandai2 lah sendiri

Aku selalu hiburkan orang,suka buat orang senang tapi siapa yang nak hiburkan aku? siapa nak senangkan
hati aku.

Aku sunyi sangat

A : Relaks bro,hisap rokok lah
B : Jom lah lepak mamak nak

Aku selalu temankan kehendak orang,tapi tak sume orang kesan apa kehendak dan keperluan aku

Aku harapkan kau seorang.Cuma kau.

A : Kau dah besar la.Pandai2 sendiri lah
B : Sorry lah.Aku pun berharap kat kau sebenarnya

Inilah harapan sia2 yang selalu kita buat.Ingatlah Allah,bukan manusia.

Aku mahukan kasih sayang

A : Lembut sangat hati kau ni.Hek eleh
B : Tak ada sayang untuk kau.Kesian ada lah

Terima kasih sahaja.


Tuesday, August 7, 2012

Penghijrahan

Alhamdulillah
Aku baru selesai menguruskan pendaftaran ke tempat belajar baru di UNISEL.
Satu keputusan yang drastik memandangkan sebelum ini,aku belajar di UNIKL.
Paling shock bila,sebelum ini aku pemegang jurusan kejuruteraan kimia kini beralih 180 darjah
ke bidang pengurusan industri.Sememangnya keputusan yang aku buat bukan lah semberono
tetapi atas beberapa pertimbangan.

Antara yang paling aku bersemangat bila melakukan penghijrahan ini,aku menguruskan semua nya
secara sendiri dengan sedikit bantuan ibu bapa dan rakan-rakan.Tapi yang paling penting,aku sandarkan
penghijrahan ini semata-mata kerana Allah.Jikalau aku melakukan kerana manusia,kerana wang atau sebagainya, semestinya kesemua itu belum tentu akan mengiringi penghijrahan aku sehingga penghabisan..
Yang pasti Allah takkan menghampakan makhluk yang selalu berharap kepada Nya.

Semoga Allah permudahkan urusan hambaNya ini.