Monday, July 16, 2012

Gadis Tanah Merah


Dialah gadis Tanah Merah
Antara ribuan gadis jajahan tempatnya dia menyerlah
Seorang penceria malahan pejuang tegar
Tak bisa ditemu gadis semolek ini

Wahai gadis Tanah Merah
Asalnya tiada harum namamu di sanubari
Detik demi detik menjadikan cinta berputik
Tiada nafas dapat kuhembus
Tiada deru darah mengalir
Tika melihat kamu hadir

Senda gurau mu menghibur hati
Jiwa amarahmu memencil diri
Terhibur ku kerana mu
Mengalir mataku memikul sendu
Sememangnya kau insan unik di hati

Mahu sahaja aku merangkul duniamu
Lalu mengatakan hanya kamu milikku
Seamat mendalam cinta ini
Helaian minda tertulis nama mu
Sehingga menjadi sebuah buku

Gadis Tanah Merah
Dambaan pilu hati merayu
Sejauh mana sejarak masa
Diri ini tetap menyayangi
Semoga di Tanah Merah bakal terjalin hubungan suci.







5 comments:

  1. nice cartoon..did u make it by urself? ^___^

    ReplyDelete
  2. thanks awak..you're are welcome <3

    ReplyDelete
  3. Semoga Maju Jaya juga.

    Saya juga intake july 2012
    Saya ambik Dip Pengurusan Perniagaan

    Satu fculty je :D

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA