Saturday, July 14, 2012

Air barli

Assalamualaikum..
dah lama tak mengupdate pasal makanan ni.
Kebetulan MFA nak buat air bali handmade so terus 
nak berkongsi kat sini.Tambah2 Ramadhan pun dah dekat ni boleh lah
mencuba untuk menu berbuka nanti.



Pertama sekali,bahan utama yang perlu ada mestilah sepaket barli
.Harga tak mahal pun.RM0.60 je sepaket kecil ni dah boleh buat untuk satu jag.


Barli kemudian di basuh.Sila basuh bersih2 jika tak mahu air barli anda berbau dan berketul2



Kemudian,rebus air barli selama 20 minit sehingga barli betul2 kembang.Seeloknya letak
daun pandan sikit supaya barli berbau harum.


Setelah barli kembang,masukkan gula mengikut sukatan yang sesuai.Kalau ada kencing manis
jangan letak banyak2 ye.



Akhirnya ,siap lah minuman barli.Boleh di hidang sejuk atau panas.
Bagi remaja macam MFA yang berdarah panas ni,mestilah sejuk menjadi pilihan
hidangan.Jadi ,letak beberapa ketul ais dan boleh diminum kemudiannya.

Selamat mencuba ye..^^



4 comments:

  1. wah, sedapnya air barli tu..
    xsangka plak murah sangat sepaket barli tu..
    nt leh cuba.. ^___^

    ReplyDelete
  2. sedap2...
    klu syg nak cube ,leh cube sesama syg..:)

    ReplyDelete
  3. haha..meh la datang raya..sejag pun hamba leh hidangkan..:)

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA