Monday, May 21, 2012

Pemancing

Semasa bekerja sebagai pam attendant,satu pengajaran telah di perolehi dari seorang sahabat.
Hidup di kawasan felda ni,macam-macam ragam  berlaku,sebagai insan diberi penglihatan dan akal.,aku memerhati dan berfikir.

me:eh jai,nape ramai orang memancing tengahari2 ni?ada ikan ke panas2 ni?
jai : ko takleh cakap camtu..ada ikan xde ikan x jd msalah..dorang mancing bukan nk cari ikan,tp nak cari  rezeki
me: cari rezeki ?
jai:ye lah..cari rezeki..klu ad rezeki adalah ikan.Bukan ada ikan baru ada rezeki.
me:SubhanAllah

pengajaran ape yang mahu Kau tunjukan pada ku.Saat tu memang aku terpikir.Rupanya niat kehidupan manusia ini selalu salah.Bila dilihat pelajar rajin belajar untuk meraih keputusan tinggi.Tapi niatnya bukan kerana ilmu.Ibarat pemancing ikan di tengahari panas,boleh kah si pelajar sanggup belajar walaupun dia tak memperolehi apa2 anugerah di pentas atau diberikan manusia?Mesti tidak.Bila diimbau ilmuan islam dahulu,tak pernah di anugerah gelaran2 atau CGPA tinggi tapi dek cintakan ilmu,matlamat2 lain diketepikan.

Kerdilnya aku.Seorang yang mencari rezeki pasti faham nikmat rezeki tu.Aku pula?bekerja untuk rezeki atau untuk duit.? Semoga peristiwa ni menjadi pengajaran.Allah sentiasa memberi pengajaran kepada kita ,bukan secara dalam kelas,tapi secara terus dari kehidupan ini.

1 comment:

  1. betul 2 syg..so, law nak buat pape..niat kte kne ikhlas krna Allah..bkn sbb utk dpt ganjaran.. ^^

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA