Monday, May 21, 2012

Pemancing

Semasa bekerja sebagai pam attendant,satu pengajaran telah di perolehi dari seorang sahabat.
Hidup di kawasan felda ni,macam-macam ragam  berlaku,sebagai insan diberi penglihatan dan akal.,aku memerhati dan berfikir.

me:eh jai,nape ramai orang memancing tengahari2 ni?ada ikan ke panas2 ni?
jai : ko takleh cakap camtu..ada ikan xde ikan x jd msalah..dorang mancing bukan nk cari ikan,tp nak cari  rezeki
me: cari rezeki ?
jai:ye lah..cari rezeki..klu ad rezeki adalah ikan.Bukan ada ikan baru ada rezeki.
me:SubhanAllah

pengajaran ape yang mahu Kau tunjukan pada ku.Saat tu memang aku terpikir.Rupanya niat kehidupan manusia ini selalu salah.Bila dilihat pelajar rajin belajar untuk meraih keputusan tinggi.Tapi niatnya bukan kerana ilmu.Ibarat pemancing ikan di tengahari panas,boleh kah si pelajar sanggup belajar walaupun dia tak memperolehi apa2 anugerah di pentas atau diberikan manusia?Mesti tidak.Bila diimbau ilmuan islam dahulu,tak pernah di anugerah gelaran2 atau CGPA tinggi tapi dek cintakan ilmu,matlamat2 lain diketepikan.

Kerdilnya aku.Seorang yang mencari rezeki pasti faham nikmat rezeki tu.Aku pula?bekerja untuk rezeki atau untuk duit.? Semoga peristiwa ni menjadi pengajaran.Allah sentiasa memberi pengajaran kepada kita ,bukan secara dalam kelas,tapi secara terus dari kehidupan ini.

Tuesday, May 8, 2012

Passport Perkahwinan

                            

Huhu..style tak kad jemputan kahwin ni?Mula-mula 1st time tengok cam lawak je.My father siap shock "eh,sape punye pasport lak ni''.Sangat rare lah kad ni.




As usual,ada address rumah pengantin.

Inside view


Patotlah kad comel,rupa-rupanya bakal pengantin pon comel,^^


Wahh tahniah kepada pengantin kerana telah menjadikan satu
 kenangan manis untuk mereka dan jemputan.Salute lah .
Nanti saya pun nak buat kad yang comel2 juga lah bila kahwen.
What do you think my Violet?huhu <3


Thursday, May 3, 2012

Love for you

Ungu for Violet.Blue for me


orbit love

love from each angle

Love in dark

My violet was busy rite now with her test.
I am so lonely here so i made this love for her.
A little imagination created the art of love.
I hope this simple picture make her smile.

Wednesday, May 2, 2012

Biskut Batik

Huhu.Asik post pasal memasak je.Dah macam blog bdak perempuan.Takpe2,tak salah pun.
Okay bahan utama untuk biskut ini adalah  Biskut Marry.Sepatutnya warna putih susu tu,tapi yang warna koko ni je ada,pon boleh.^^

Okay panas kan air di dalam periuk.Letakkan susu cair supaya jadi manis.Letakkan sedikit marjerin .

Kemudian,masukkan serbuk koko.Habeskan satu botol kecil tu.^^

Then,bila dah masukkan koko,kacau sehingga warna jadi coklat.^^

Nak tambah serbuk Milo pon boleh.^^

Kemudian,pecahkan biskut sebelum masukkan ke dalam adunan tadi.


Biarkan seketika sehingga sebati ye.^^

Bila sudah masak,transfer ke dalam bekas yang sesuai.Lagi best ,lau sejukkan dalam peti ais.^^

 haha.akhirnya jadilah biskut batik.Tak taw kenapa nama dia batik,cuber google mana taw ada biografi biskut ni.^^


Antara Dua Cinta


Sekiranya kamu berhadapan dengan satu situasi,ada dua manusia yang sedang lemas di mana hanya kamu sahaja boleh menyelamatkan mereka.Tetapi hanya seorang sahaja yang kamu boleh pilih untuk diselamatkan mengikut upaya kamu.Di antara dua orang itu;seorang mencintai kamu dengan sepenuh hati,tapi kamu tidak mencintainya,seorang lagi orang yang sangat kamu cintai tapi tidak membalas cinta kamu.Di saat ini,siapakah yang akan kamu selamatkan?yang mencintai kamu atau yang dicintai kamu?

Soalan ni nampak sulit bukan?saat memilih bersama orang yang mencintai kita namun kita tidak cinta atau benci, sebetulnya kita berada pada pihak yang diuntungkan. kenapa? karena seseorang yang mencintai, akan berusaha sekuat tenaga untuk membahagiakan orang yang dicintainya, membuatnya tersenyum, membuatnya merasa nyaman, menyokong mimpinya, dan lain-lain. orang yang mencintai akan lebih banyak memberi dibanding menuntut.Hanya yang dituntutnya cuma satu, cintanya dibalas dengan cinta juga.. :p

manusia adalah mahluk yang tak pernah puas, walaupun sudah ada cinta yang hadir manusia tetap mencari cintanya sendiri, sebab mencintai merupakan pemuasan ego pribadi, pemenuhan hasrat atas apa yang diinginkan dirinya terhadap seseorang yang diimpikannya. sebab, bersama dengan orang yang dicintai, manusia akan merasa lebih bererti,lebih menjadikan hidupnya menarik. lebih percaya diri, lebih bahagia, lebih lebih lainnya.. namun saat mencintai orang yang tidak mencintai kita sama sekali? sungguh berat, kerana kita harus banyak berbesar hati, saat perhatian yang diharapkan belum tentu terjadi kerana pada akhirnya kita sedar bahawa kita lebih memerlukan orang yang mencintai kita dibandingkan orang yang kita cintai. 

Memilih mencintai atau dicintai, bukan hal yang mudah, bagi aku secara logik mungkin aku akan lebih memilih bersama orang yang sangat mencintai aku.Dipilih lebih baik dari pada memilih.Apa-apa pun ,antara memilih dan dipilih, mencintai dan dicintai, masing-masing mempunyai kesinambungan yang pada akhirnya berhujung pada kebahagiaan hakiki yang diinginkan.

Tuesday, May 1, 2012

Mee Goreng Bujang


Haa,mula2 rencah2 disediakan.Potong sayur,potong daging,lumat2kan bawang.

Then,tumis kan smua rencah dengan cepat ke dalam minyak yang panas.

After that,tuangkan kicap and garam supaya rasa jadi sedap.My style,cmpur segala rencah and perasa skali siap je.Senang lepas tu nak masuk mee terus.

Masukkan mee

Okay dah siap.


Boleh lah dihidangkan selepas itu.Nak letak telur mata kerbau ke,sambal tempoyak ke,sume boleh.

**bahan2 dan sukatan untuk memasak leh cari sendiri sebab ni bukan belog-memasak-bajet-sedap yeer..^^