Tuesday, April 10, 2012

Tak mungkin melupakanmu


''mana coklat Cadburry saya'' muncung Zaira mendepa.

''alahai,saya lupa lah sayang.Sorry ea'' sambil memujuk Darien berkata.

''awak ni memang.Semua yang saya nak mesti awak lupa.Nak kata nyanyuk,muda je lagi'', semakin meninggi suara dilontarkan Zaira.

Kali ni,Darien hanya senyap.Dia tahu dirinya bersalah kerana tidak membelikan coklat kegemaran kekasihnya walaupun telah dipesan berbuat demikian.

''aRGHh,kenapa lah aku boleh lalai,kesian Zaira'', berbisik Darien keseorangan.

Tanpa sepatah kata,Darien terus menuju ke kenderaan miliknya lalu memutar stereng ke kedai berhampiran.Bukan susah mana pun.Barang tu ada di mana2 kedai tapi ralatnya Darien lalai untuk mengingati barang yang dipesan itu.

....................................................................................................

Terus Darien menghulurkan wang kepada peruncit kedai.Tanpa berlengah dia menghidupkan enjin.Risau kalau lambat dia berikan coklat kegemaran Zaira,lagi melenting kekasihnya itu.Mujurlah Darien faham akan kekasihnya itu.Tambahan Darien seorang yang sangat penyabar maka perselisihan kecil sebegini cuba dielakkan.

''Hmm,apa kata kalau belikan Zaira bunga,mesti dia tak marah aku lagi'', terdetik di hati Darien.

Sepantas itu juga dia membelok ke kedai bunga berhampiran yang pernah dikunjunginya.

.....................................................................................................

''Akak, bungkuskan saya 3 kuntum ros merah.Bungkus cantek2 taw'', pinta Darien.
Darien bukanlah lokek.Dia sebagai pegawai tinggi kerajaan mempunyai gaji yang bukan hanya mampu membayar 3 kuntum bunga,malah 3 bakul pon mampu.Tapi itulah Darien.Lelaki romantik.3 kuntum bunga adalah simbolik kepada lafaz 'I Love You' yang akan diucapkan nanti.

Kini berbunga2 hati Darien.Sambil berangan2 Zaira akan berbaik semula dengannya,dia tidak menyedari sebuah lori meghampiri dari arah depan,Darien cuba mengelak ke bahu jalan.

Bamm!!

.....................................................................................................

Zaira dan keluarga Darien menunggu dengan sabar di luar bilik pembedahan.

Tiba-tiba doktor yang merawat Darien keluar dari bilik pembedahan.

''Alhamdulillah ,kami telah merawat Encik Darien dan luka2 dikepalanya telah kami bersihkan dan jahit.Tetapi gegaran di otaknya semasa hentakan berlaku mendatangkan kesan yang buruk kepada Encik Darien,tapi jangan khuatir kami telah merujuk perkara ini kepada Pakar Neurologi hospital.Dia masih dalam keadaan tidak sedar,buat masa ni eloklah biarkan dia berehat'',terang doktor itu.

''Ya Allah teruk sangat ke Darien kena kat kepala'', merintih Zaira keseorangan.

Jauh dibenak hati,Zaira amat ralat dek inginkan kemahuan nya dipenuh,Darien yang berusaha mendapatannya telah menerima kecelakaan.Kalau lah ....


.........................................................................................


''Awak,awak dah sihat..?Lama saya tunggu awak buka mata..?Kepala awak sakit lagi tak?'', bertalu-talu soalan diaju Zaira kepada kekasihnya itu dengan penuh kerisauan.

''Maaf ye ,cik ni siapa ? Saya rasa belum penah jumpa cik kat mane2 sebelum ni'', balas Darien seolah-olah tak pernah mengenali Zaira.

Apakah Darien sengaja berbuat demikian..?

Kemudian masuk doktor diiringi jururawatnya menghampiri katil Darien.Dia lah doktor pakar neurologi.Seperti terpanggil untuk menghilangkan kebingungan Zaira,doktor itu menyuruh Zaira ke bilik nya selepas dia habes memeriksa kesihatan Darien.

Di bilik doktor pakar itu.

Doktor : Cik ni bukan dari keluarga terdekat Encik Darien,bukan?

Zaira : Ye doktor.Saya kekasih dia.Doktor,kenapa dengan Darien?Dia sengaja buat-buat tak kenal saya ker..?

Doktor : Eh mengapa pulak ?

Zaira : Yelah sebelum dia accident kami ada selisih faham sikit,saya takut kalau dia marah saya.

Doktor : Maaf ye cik.Berat saya mahu katakan tapi anggaplah sebagai takdir.Selepas kejadian minggu lepas.Hentakan kuat telah berlaku pada bahagian otak dan akhirnya menyebabkan trauma otak.Encik Darien mengalami hilang ingatan.Alhamdulillah,dia tidak kehilangan ingatan keseluruhan.Dia masih mengingati perkara2 penting seperti namanya dan keluarganya cuma beberapa perkara lain tiada langsung dalam ingatannya seperti ingatan zaman persekolahan.Beberapa rakannya yang melawat tidak dikenali sebahagiannya. Rawatan susulan telah diberikan mudah-mudahan ada pemulihan dalam ingatannya.Kejadian tadi barangkali Encik Darien tidak mengingati Cik Zaira.Tapi saya percaya idea2 atau ingatan2 bersama Cik Zaira masih ada cuma samar2 untuk dia ingati.Cik boleh membantu dengan bercerita kisah2 lalu padanya.

Zaira : Terima kasih doktor.

Sebak di hati Zaira kerana Darien tidak mengingatinya langsung.Dia kembali menemui Darien di wad rawatannya.Barangkali cubaan nya mengembalikan daya ingatan Darien berhasil.

Zaira :Assalamualaikum.Maaf lah tadi buat awak terkejut Darien.Saya ni kawan awak.

Darien : Oh yeke,Maaf ye kalau saya tak beberapa cam.Doktor kata saya tak berapa nak ingat sangat hal2 lepas.Eh nama siapa ye?

Zaira : Zaira.Nama saya Zaira.

Darien senyap.Keadaan menjadi sunyi seketika.Darien mula menyusun kata sambil memandang Zaira.


''Awak,saya sayang awak''







**Cerita yang agak klise dan banyak kali kita dapat tonton kat TV.Tapi aku cuba dengan ringkas membawak korang ke alam fantasi aku.Tapi ending yang aku buat tu boleh kowt difahami.Cuma tersangkutnya cerita ni bila aku tak jelaskan kenapa Darien buat2 melupai Zaira.Semoga terhibur yer.Ada komen2 ,kritikan2 boleh salurkan..^^


1 comment:

  1. terasa la pulak org kat sini..

    well, cte ni mmg best.. ^^

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA