Saturday, April 28, 2012

Aman kah tanah ini

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Lagu Kebangsaan yang menjadi semboyan kerajaan Malaysia.
Aku bukan lah warganegara yang baik,tapi aku tahu mana yang lebih baik untuk negaraku.
Aku sayangkan negaraku.Sayangkan tanah tumpahnya darah aku.Pendirian aku bukan lah menurut akur segala kerenah pemimpin Kerajaan.Sedikit pun tidak menyanggah mana2 pertubuhan menidakkan Kerajaan.Tapi aku sangat benci melihat tanah ini,bertumpah darah sesama sendiri.Aku benci,tanah ini dikuasai bukan peribumi.

Aman kah negaraku?

''Sesungguhnya semalam dan hari ini mengajar aku erti sabar dan kurang ajar''

Belum masa lagi aku berkurang ajar.Bukan pada saudara sedarahku untuk aku berlaku demikian.
Tak ada kuasa melayan.Hanya memerhati.

Berarak lah.Selagi belum menang sorak kampung tergadai.
Berhimpun lah.Selagi nyawa dikandung badan.

Jangan menyesal bila nasi dah menjadi bubur.


Thursday, April 26, 2012

Ledang Kembali

Ke Mana Tumpahnya Kuah
Kalau Tidak Ke Nasi

Di mana bumi di pijak
Di situ langit ku junjung

Bila sendiri aku buntu,Bila bersatu aku tahu

Satu perumpaan yang jauh di dasar hati memanggil aku kembali ke Ledang.Kali ke 5 aku ke sini menimba ilmu, memberi sesuatu.Ada kudrat di kerah,ada cakap di telaah,ada manis kenangan tak sudah.Semangat baru anak melayu digegar tahun demi tahun.Umpama gempa di perut bumi,janganlah bergegar kemudian sembunyi.Tapi renunglah resmi awan,sentiasa berlalu walaupun perlahan.

Kali ini,satu amanah sebagai fasilitator telah ku galas.Enam muda mudi mahu di tuntas.SEHIJAU PADI membentuk sepakat.



Akhirnya 5 hari berpanas bernaung,pulanglah semua terasing di kota.Digulung amanat diberi kepada mereka agar perjuangan GPMS terperlihara.Aku terfikir saat ku pergi,mungkinkah pamit lagi mereka ke mari?


Semoga perjuangan ini tidak terhenti di sini.

Wednesday, April 11, 2012

Mari melukis


Malam ni sangat bosan.Dengan takde kredit untuk bersms dengan cik violet lagi lah menambah sunyi.Asyik nak online je pon kadang2 bosan jugak.Lalu teringat kat colour lilin yang aku bayar guna baucer pelajar tu.plus kertas 14 yang belambak2 tak taw nak guna watpe.Aku pon terpikir nak mengasah bakat sambil release tensi.


Maka bermula lah proses kaler mengaler,conteng menconteng.Pandai melukis tu takde lah sangat,tapi bila jiwa sudah abstrak ape salah nya mencuba.I do for fun bukan nak menang contest pape pon.So,lihatlah tangan gedabak memegang crayon kecil tu.Ibarat kapal di tengah lautan.

Ha kat bawah ni dah siap keseluruhan kan.


Haa akhirnya ada 3 koleksi gambar malam tu.Paling best and puas bila dapat siapkan semua gambar2 and tersenyum sensorang bila tengok hasil ciptaan sendiri.


cuba tengok gambar kat atas ngan bawah ni.sama tak? ^^






Tuesday, April 10, 2012

Tak mungkin melupakanmu


''mana coklat Cadburry saya'' muncung Zaira mendepa.

''alahai,saya lupa lah sayang.Sorry ea'' sambil memujuk Darien berkata.

''awak ni memang.Semua yang saya nak mesti awak lupa.Nak kata nyanyuk,muda je lagi'', semakin meninggi suara dilontarkan Zaira.

Kali ni,Darien hanya senyap.Dia tahu dirinya bersalah kerana tidak membelikan coklat kegemaran kekasihnya walaupun telah dipesan berbuat demikian.

''aRGHh,kenapa lah aku boleh lalai,kesian Zaira'', berbisik Darien keseorangan.

Tanpa sepatah kata,Darien terus menuju ke kenderaan miliknya lalu memutar stereng ke kedai berhampiran.Bukan susah mana pun.Barang tu ada di mana2 kedai tapi ralatnya Darien lalai untuk mengingati barang yang dipesan itu.

....................................................................................................

Terus Darien menghulurkan wang kepada peruncit kedai.Tanpa berlengah dia menghidupkan enjin.Risau kalau lambat dia berikan coklat kegemaran Zaira,lagi melenting kekasihnya itu.Mujurlah Darien faham akan kekasihnya itu.Tambahan Darien seorang yang sangat penyabar maka perselisihan kecil sebegini cuba dielakkan.

''Hmm,apa kata kalau belikan Zaira bunga,mesti dia tak marah aku lagi'', terdetik di hati Darien.

Sepantas itu juga dia membelok ke kedai bunga berhampiran yang pernah dikunjunginya.

.....................................................................................................

''Akak, bungkuskan saya 3 kuntum ros merah.Bungkus cantek2 taw'', pinta Darien.
Darien bukanlah lokek.Dia sebagai pegawai tinggi kerajaan mempunyai gaji yang bukan hanya mampu membayar 3 kuntum bunga,malah 3 bakul pon mampu.Tapi itulah Darien.Lelaki romantik.3 kuntum bunga adalah simbolik kepada lafaz 'I Love You' yang akan diucapkan nanti.

Kini berbunga2 hati Darien.Sambil berangan2 Zaira akan berbaik semula dengannya,dia tidak menyedari sebuah lori meghampiri dari arah depan,Darien cuba mengelak ke bahu jalan.

Bamm!!

.....................................................................................................

Zaira dan keluarga Darien menunggu dengan sabar di luar bilik pembedahan.

Tiba-tiba doktor yang merawat Darien keluar dari bilik pembedahan.

''Alhamdulillah ,kami telah merawat Encik Darien dan luka2 dikepalanya telah kami bersihkan dan jahit.Tetapi gegaran di otaknya semasa hentakan berlaku mendatangkan kesan yang buruk kepada Encik Darien,tapi jangan khuatir kami telah merujuk perkara ini kepada Pakar Neurologi hospital.Dia masih dalam keadaan tidak sedar,buat masa ni eloklah biarkan dia berehat'',terang doktor itu.

''Ya Allah teruk sangat ke Darien kena kat kepala'', merintih Zaira keseorangan.

Jauh dibenak hati,Zaira amat ralat dek inginkan kemahuan nya dipenuh,Darien yang berusaha mendapatannya telah menerima kecelakaan.Kalau lah ....


.........................................................................................


''Awak,awak dah sihat..?Lama saya tunggu awak buka mata..?Kepala awak sakit lagi tak?'', bertalu-talu soalan diaju Zaira kepada kekasihnya itu dengan penuh kerisauan.

''Maaf ye ,cik ni siapa ? Saya rasa belum penah jumpa cik kat mane2 sebelum ni'', balas Darien seolah-olah tak pernah mengenali Zaira.

Apakah Darien sengaja berbuat demikian..?

Kemudian masuk doktor diiringi jururawatnya menghampiri katil Darien.Dia lah doktor pakar neurologi.Seperti terpanggil untuk menghilangkan kebingungan Zaira,doktor itu menyuruh Zaira ke bilik nya selepas dia habes memeriksa kesihatan Darien.

Di bilik doktor pakar itu.

Doktor : Cik ni bukan dari keluarga terdekat Encik Darien,bukan?

Zaira : Ye doktor.Saya kekasih dia.Doktor,kenapa dengan Darien?Dia sengaja buat-buat tak kenal saya ker..?

Doktor : Eh mengapa pulak ?

Zaira : Yelah sebelum dia accident kami ada selisih faham sikit,saya takut kalau dia marah saya.

Doktor : Maaf ye cik.Berat saya mahu katakan tapi anggaplah sebagai takdir.Selepas kejadian minggu lepas.Hentakan kuat telah berlaku pada bahagian otak dan akhirnya menyebabkan trauma otak.Encik Darien mengalami hilang ingatan.Alhamdulillah,dia tidak kehilangan ingatan keseluruhan.Dia masih mengingati perkara2 penting seperti namanya dan keluarganya cuma beberapa perkara lain tiada langsung dalam ingatannya seperti ingatan zaman persekolahan.Beberapa rakannya yang melawat tidak dikenali sebahagiannya. Rawatan susulan telah diberikan mudah-mudahan ada pemulihan dalam ingatannya.Kejadian tadi barangkali Encik Darien tidak mengingati Cik Zaira.Tapi saya percaya idea2 atau ingatan2 bersama Cik Zaira masih ada cuma samar2 untuk dia ingati.Cik boleh membantu dengan bercerita kisah2 lalu padanya.

Zaira : Terima kasih doktor.

Sebak di hati Zaira kerana Darien tidak mengingatinya langsung.Dia kembali menemui Darien di wad rawatannya.Barangkali cubaan nya mengembalikan daya ingatan Darien berhasil.

Zaira :Assalamualaikum.Maaf lah tadi buat awak terkejut Darien.Saya ni kawan awak.

Darien : Oh yeke,Maaf ye kalau saya tak beberapa cam.Doktor kata saya tak berapa nak ingat sangat hal2 lepas.Eh nama siapa ye?

Zaira : Zaira.Nama saya Zaira.

Darien senyap.Keadaan menjadi sunyi seketika.Darien mula menyusun kata sambil memandang Zaira.


''Awak,saya sayang awak''







**Cerita yang agak klise dan banyak kali kita dapat tonton kat TV.Tapi aku cuba dengan ringkas membawak korang ke alam fantasi aku.Tapi ending yang aku buat tu boleh kowt difahami.Cuma tersangkutnya cerita ni bila aku tak jelaskan kenapa Darien buat2 melupai Zaira.Semoga terhibur yer.Ada komen2 ,kritikan2 boleh salurkan..^^




Sabar.Itu je jalan penyelesaian yang boleh aku bagi kat kawan aku ni.Akurlah bahawa wanita bernafsu sembilan berakal satu.Mereka mengikut naluri mereka secara teguh.Tapi berpadalah dengan lelaki berakal sembilan bernafsu satu.Maka berakal lah dalam situasi ini dan tolak dari menjadi emosi.

Untuk cik violet,saya tak pernah nak marah kalau awk letakkan saya dalam situasi ni.Saya tak perlu bertekak sampai nak pekak atau menjerit sampai kerongkong perit.Cukup hati ke hati yang tahu.Dugaan kecil je baru


**belajar dari pengalaman baru lah matang dalam perhubungan..:p

i think i miss you

We always wonder that when we miss someone, is it because we love that person,

we like that person or maybe it’s just an infatuation?

We keep on fighting with ourselves that what’s the reason for missing that person?

Some time we also miss people we hate. Many time we also miss people we fight all the time but when they are

not around.But, when you want to continue relationship with the person you keep on missing,

you need to be clear with your intention. According to me there might be following reasons:


-You also miss someone special when you are in love with that person

-It might be infatuation ( just for few days ).

-You respect her/his qualities.

-That person is always with you when you need someone to lean on.







Whatever may be the reason, I would say it’s very nice feeling to miss someone.

You keep on thinking about that person whole day and night or if it’s worst you might start

imagining him/her near you.Many people feel that it’s the worst feeling to miss someone, but

I totally disagree with this. I feel it’s the sweet pain and you can for sure enjoy missing someone.

The only thing you need to remember is that you have to miss the golden moment you spend with each other.

Please don’t ever miss bad times you spend with that person. Always try to cherish the good moments

and it will surely bring a smile on your face.



Another thing which people do is to hide their feelings in front of person they are missing.

You must keep your ego aside and convey your feelings to that person. Life is too short;

if you love or you miss someone do let them know. If that person understands you,

it would never ruin your relationship.


Love is missing someone whenever you’re apart,

but somehow feeling warm inside because you’re close in heart. ~Kay Knudsen




What do you do, when you miss someone?

Monday, April 9, 2012

Selesai sudah


Kini selesai sudah perwakilanku sebagai pelajar ke industri di Nilai 3.
Macam-macam sudah yang terjadi.Macam-macam yang telah aku lalui.
Ada pengalaman ,ada pengajaran.
Ada yang menarik,ada yang merana.
Tapi hidup aku memang begitu
tak banyak senang yang sering susah

Manusia lain pandang aku sisi tepi
ada toleh atas bawah bagi prestasi tinggi
aku tahu dari dalam,dari sudut kelam
aku insan sunyi dalam khayalan hidup.


Bergerak sudah aku pulang ke kampung halaman
bertemu hujan bertemu kesusahan
sesaat terpikir hatiku terkesan
hanya keluarga menghulur bantuan
Itulah pentingnya keluarga didahulukan


akhirnya,sekeping gambar sempat ku petik dari tepi jalan.
tanda aku kagum dengan panorama Tuhan.
Saat keseorangan aku terpikir
Lahir ke dunia aku sendiri,akan ku tinggalkan dunia juga sendiri
Sepi.