Sunday, January 22, 2012

Nenas


Mari belajar tentang nenas dan kaitannya dengan MASALAH.

Awal mula pertama mula
Nenas sampai diberi supplier
Terus ditimbang disukat jumlahnya
Diproses bila mahu,jika tidak disimpan dahulu
Begitu juga dengan MASALAH
Bila dapat jangan menggelabah
dikaji,ditimbang,diperiksa dihitung
Berkongsi ringan beban,jika simpan menjadi pekung

Nenas diberi dikupas kulitnya
Nampak isi tahu buruknya
dicerna yang buruk dek pandangan mata
kemudian dibasuh terlihat sucinya
Apatah lagi dengan MASALAH
luarannya dibuang,dalamannya jangan
diselesai bukan satu persatu
tapi dibuang mana tak perlu

Selesai basuh nenas pun sedia
Dipotong ia mengikut saiznya
Kalau boleh didadu sederhana
Barulah sesuai untuk pengguna
MASALAH yang datang amatlah besar
Boleh dikecilkan supaya tak gusar
kita hanya manusia biasa
menerima beban mengikut kemampuannya.

Hingga tiba ke proses terakhir
Nenas dipanas pada suhu didih
kuman mati,makanan pun bersih
Nak makan ia barulah boleh
Tidak lama MASALAH dialami
cukup masa ia kan pergi
bertenang cuma berharap tinggi
simpul kan senyuman,taburkan bakti.


**ilham dek memotong nenas berbakul-bakul.Gua dah boleh jadi tukang masak(tapi bahagian potong2 jela).hehe

1 comment:

KOMEN-KOMEN LA