Sunday, January 22, 2012

Lelaki Mynmar vs Lelaki Malaysia


Sepagi aku di tempat praktikal ,terus memulakan rutin harian yang telah ditugaskan.Mengutip bijih2 besi yang haram dan terlarang pada magnetic trap sebelum besi2 haram itu menjadi santapan dalam sajian customer produk makanan kilang ini.Kemudian seorang pekerja Mynmar meminta aku membantu beliau untuk menyediakan raw material bagi sajian Kari Ayam .

10 kilo asam jawa
2 kg modified starch(sebagai pemekat kuah)
3.5 kg daun kari
.....dan beberapa bahan yang aku belum ingat lagi

Mohd Kobir,pekerja Mynmar beragama Islam tu menimbulkan persoalan dikala aku sedang melurut daun kari.

''Kawan, sudah ada amoi?''

''Saya belum kahwen lgi maa'',jawabku

''Itu,perempuan Malaysia banyak kuar kerja.Laki Malaysia malas duk rumah saja.Kenapa ?''

Perghh.Soalan jenis apa dia tanya ni.Mencabar wibawa aku sebagai lelaki Malaysia ni.Dah la aku ni trgolong dalam pemalas.Tapi dengan selamba aku jawab.

''Perempuan kerja itu macam mahu kumpul duit ma.Itu kalau lelaki tinggal sama dia,dia ada duit.

Kobir pon menggeleng kepala.Tak puas hati agaknya dengan jawapan aku.Dia membalas:

''Mana boleh .Saya kalau kahwen juga,isteri duduk rumah,saya pergi kerja'.Buat apa kasi perempuan kerja.Duduk rumah jaga sama saya lah''

''Macam tu bagus'', aku jawab.Kobir tersenyum.Seolah-olah senyuman itu menyindir aku.

Perhatian2.Tak semua lelaki malaysia macam tu,kalau ada pon yang jenis macam aku.Kerja nak senang je,kalau susah sikit terus mengalah.Tak macam perempuan,Susah2 pon dia teruskan jugak,biar menangis sekali pon,mengalah takkan .Lelaki Mynmar rajin sebab aper?Sebab gejolak politik dalam negara dorang kah..?Suu Kyi kah yang menjadi pencabar lelaki2 mynmar ini supaya keluar mencari duit.?Yang hakikatnya,mereka(orang Mynmar) tidak dihidangkan dengan rezeki dan kehidupan yang senang.

So,gadis2 di luar sana,kalau mahu cari calon suami,cari yang rajin bekerja.Cari yang sweet pon bukan leh kasi korang makan.Cari yang hensem pon bukan leh jual muka hensem tu.Carilah lelaki yang dapat menampung hidup masa depan korang.Lelaki Mynmar pon xpe.Tapi lagi baek carilah insan yang melabuhkan cintanya pada Allah sebagai teman hidup.


**Yunos(pekerja mynmar) yang kerja kat tempat aku tengah kumpul duit untuk kahwen dgan gadis tempatan.Berbilang kaum la masyarakat Malaysia nti



10 comments:

KOMEN-KOMEN LA