Sunday, October 9, 2011

Pertolongan

Dan meminta pertolongan itu bukanlah mudah.Bukan sekali susah,bukan dua kali,tapi kesusahan sentiasa ada dalam setiap perkara.Mereng lah akal kalau tiap kali susah kita meminta pertolongan tanpa usaha sendiri yang berterusan.Nak minta tolong memerlukan keyakinan,keberanian dan sifat-sifat terpuji yang lain.Tanpa sebarang kriteria ini,pertolongan menjadi rumit untuk diperolehi.Berbudi dalam bahasa,bersopan dalam kata.Dan aku sendiri bukanlah si jenis yang suka meminta tolong sampaikan perkara susah giler pon aku cuba buat sendiri.Kesusahan aku untuk meminta tolong berpunca dari timbang kira akal fikiranku.

KARMA-kalau aku pinjam duit,nanti dia pinjam balik kat aku.Kalau mintak duit,nanti dia pulak mintak kat aku.So,baek tak payah minta tolong.


SEGAN-inilah usaha tebal muka kalau nak meminta tolong.Sekali sekala kurang malu,kalau selalu memang segan tak silu la.So,baek tak payah minta tolong

KASIHAN-nak minta tolong sebab kita dalam kesusahan.Tapi bila kita minta tolong,kita kasihan kalau2 menyusahkan orang tu pulak.Walaupun kita yakin dia mampu menolong kita.Cuma dek naluri empati yang tinggi,kita tak payah la minta tolong kalau rasa kasihan kat orang len lebih dari sendiri.

BOSAN-sentiasa meminta tolong sampaikan bosan nak minta tolong.Asal minta tolong,semua hulurkan.Maybe kita feymes atau hot di sesuatu tempat sampai kesempatan menolong kita dijadikan loncatan untuk mengendeng sama.Baik tak payah minta tolong kalau diguna2.

KUAT-kita kuat,kita mampu dan kita boleh.Atas tekad yang tinggi ini,meminta pertolongan usaha terakhir kita jika dalam kesusahan.

Dan yang pastinya,walaupun kita tak mahu meminta pertolongan manusia janganlah kita putus dari meminta pertolongan Yang Maha Esa.Pertolongan yang selalu sangat diperolehi dikurniakan Nya.Sentiasa bersyukur dan berterima kasih untuk setiap pertolongan yang diperolehi menjadikan kita senang hati dan barangkali yang memberi pertolongan suka hati dapat menolong kita.


**lagi bagus memberi pertolongan tanpa diminta.Melihat orang jatuh,tanpa dipinta kita membangunkannya.Memberi lebih baik dari menerima.

1 comment:

KOMEN-KOMEN LA