Thursday, October 6, 2011

Ideologi Keparat

Semakin banyak ku baca,semakin banyak ku tahu.Maka semakin banyak sulaman2 idea kontemporari yang ku dapat.Mereka yang bercerita dan menulis ini berlumba-lumba menyebar sesuatu.Sesuatu yang baharu di benak kepala otak mereka.Boleh jadi satu ilmu yang berguna kepada kita,malahan boleh jadi satu ideologi yang sia-sia.Berhati-hatilah memilih bacaan.Jiwa yang kosong,di curah dengan bacaan dari ideologi longkang,maka berbau busuklah ia.

Sesuatu yang baru itu tak salah.Asalkan tak melampau-lampau.Bagus bila kau ada idea,kau ada pendapat,bukti bahawa kau seorang pemikir bukan pengikut.Kau ada pendapat kau,kau utarakan,kau uar-uarkan untuk melepas amarah sendiri atau sekadar suka-suki demi satu publisiti.Masalahnya,di luar sana tu ada yang jenis dungu melulu mengikut segala pemikiran kau yang kononnya ''this is the best way to handle your world''.Hey,jangan di kalutkan dengan penganut-penganut fahaman kau.Mereka bukan bijak.

Lagu juga salah satu metodologi untuk mengasingkan2 kepala dan hati kita.Ideologi disalur melalui lagu.Kau dengar lagu rock kapak,dilabelkan sebagai jiwang.Dengar lagu Pitbull,kau bajet urban dan moden.Dengar lagu nasyid,kau alim dan jiwa lembut.Berhentilah mengasing-asingkan,membahagi-bahagikan manusia ini.Dengar tak dengar,manusia tetap sunyi tanpa lagu-lagu.Walau ape jenis pon genre nya.


**kembali pada ideologi asal,yang lebih haq

1 comment:

KOMEN-KOMEN LA