Saturday, October 8, 2011

Advencer di Lubuk Petai,Rembau


Sengaja nak posing depan 'banglo' gua


air terjun.Tapi gambar rosak sebab lupa nak edit.

Salam.Mengukir satu pengalaman berharga bila dapat merancang satu camping yang diatur dan diselia senggara sendiri.Aku dan teman serumahku yang sempoi dan tidak manja,Atan secara spontannya telah pergi berkhemah di hutan Gunung Datuk.Port yang kami pilih adalah Lubuk Petai yang famous dek tempat mandi yang luas dan dalam.Tanpa kelengkapan yang mewah,cuma peralatan asas camping seperti khemah dan kanvas,portable stove,parang,lantern dan makanan yang paling penting.Bergerak hanya menaiki motor pada jam 3.40 petang,kami tiba 20 minit kemudian.Perjalanan dari gerbang hutan untuk ke lubuk mengambil masa setengah jam.Kebetulan ada sekumpulan remaja menyusuli kami ke sana.

lampu ayam baru beli

atan tengah siap2kan barang

Sampai di tapak,dengan rehat sekadar melepas penat,aku mendirikan khemah bersama Atan.Bertindak sebagai leader,aku kena memastikan semua dalam keadaan teratur.Dari segi susun atur,penjadualan masa dan keselamatan aku kena pastikan beres.Selesai memasang khemah,kami masak ketupat untuk dijadikan makan malam.Tepat jam 5.30 petang,aku terus merasmikan lubuk petai.Sesi memanaskan badan dahulu dilakukan sebab risau dek pengalaman lemas di tempat yang sama.Puas mandi,kami kembali ke khemah.Dihidangkan dengan air nescafe 3 in 1,aku menghirup deras.Atan nak masak meggi sebab nak rasa pengalaman di hutan.Dalam perkiraan aku,makan malam akan di buat jam 8.00 malam.Aku membiarkan Atan melantak meggi nya,dan aku menunaikan solat maghrib sebelum membaca Yasin.Sebagai pendinding dari makhluk halus.
chef baru nak masak.Selonggok kayu api kitorang carik

atan dan meggi

aku,ketupat dan sardin.Candle light dinner.

Kira-kira 8.10 aku masak sardin bersama atan.Oh ye kami juga membuat unggun api sebagai
ancaman binatang buas menghampiri khemah.Selesai makan malam,aktiviti malam tu adalah bermain daun terup.Sambil berbual-bual kosong dan post mortem untuk kekurangan pada plan camping pertama ni.Kurang lebih jam 11.00 malam,masing2 dah penat aku pun menggesa untuk tidur.Tapi sebelum tidur,kami membuat sedikit pengemasan.Makanan yang belum masak,kami simpan dan yang tak habes kami buangkan.Unggun yang menyala kami tambahkan kayunya.Lantern(lampu ayam) juga di tambah minyaknya supaya ia menyala sampai ke pagi.

Mula baring,tapi masih lelap-lelap ayam.Kadang berborak.Tapi pada jam 11.50 lebih(aku tengok jam sebab masa tu aku tengah sms dengan cik awak),aku terdengar bunyi periuk dan mess tin berlaga seperti ada orang menggunakannya.Terdengar juga derapan pada daun2 kering.Aku kaget terus ku cuit kawanku disebelah.Ternyata dia pun dengar sama.Lalu ku capai parang 14 inci disebelah baringanku,terus meninjau dicelahan pintu khemah.Dari dalam hati aku berbisik,apa apa pon yang aku lihat,aku kena tenang.Nah!!Itu dia 4 ekor babi hutan jelas klihatan disimbah cahaya lilin sedang menyelongkar dapur kami.Mujur semua makanan kami letak di dalam bekas yang bertutup.Aku terpikir cara untuk halau babi hutan tu.Paling bodoh aku buat aku bercakap ''pergi,pergi''.Entah sejak bila binatang faham cakap manusia.Aku capai torch light lalu menyuluh2,babi itu.Terus beredar beberapa seketika.Kami tidak menyambung tidur kami tetapi keluar memastikan barang2 dapur selamat,menyalakan semua lilin yang ada pada setial penjuru khemah dan menyemarakkan unggun api dengan baki2 kayu yang tinggal.

Kami sambung semula tidur kami.Aku tak lelap dek terpikir benda yang bukan2.Teringat aku cerita Rambo 4,di mana tebusan askar vietnam itu digantung pada pokok dan ada babi hutan yang menjamah kakinya.Arghh sekadar cerita.Aku masih berpeluk parang dalam baringan.

Kali ini klimaks gejala babi hutan menyerang.Aku dan kawan,terasa ada sesuatu mengelilingi khemah.Ya,babi hutan tak paham bahasa babi tu datang lagi.Saat aku meninjau ,ada babi didepan betul2 pintu khemah.Macam babi.Aku menyergah dengan menjerit kuat.TAPI,SERGAHANKU DIBALAS DENGAN SATU DENGUSAN DI SEBELAH TEPI KHEMAH.Aku tak sedap hati.Daripada bunyi ,boleh agak2 saiz dia sebesar mana.Aku dan Atan terdiam.Dengan isyarat tubuh badan,kami nekad untuk tidur dan apa2 serangan,kami kena balas dengan mata pisau dan parang.Sebab babi hutan bukan macam lembu,babi hutan ada sifat pemangsa(predator).Aku cuba tidur tapi x lelap.Macam2 bunyi tak dilayan.Hanya tak sabar menunggu pagi.Tepat jam 8.00 kami bergerak mandi pagi.Sarapan disediakan atan.Selepas menurunkan khemah dan mengemas ,kami beredar pulang.Kami mendapatkan motor kami yang diletakkan pada rumah kampung disitu.Dengan bayaran rm5 untuk semalaman,dan rm1 kalau pergi dan balik pada hari sama.Sempat berbual dengan atuk penjaga motor kami,dia sendiri bagitahu yang tempatkami berkhemah itu memang kawasan dia.Si kawanan babi hutan.Damn.Papepon kami dah dapat satu pengalaman baru.Tak sabar untuk rancang camping lagi.Wait for another story ye

Akhirnya,kami berjaya

3 comments:

  1. god job n take care for the nest planning..:)

    ReplyDelete
  2. do tell me if u wanna plan for da next camping..i'll follow senyap2.. ^^

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA