Tuesday, October 25, 2011

Kenapa selemah itu

Kau insan yang aku kagumi
Gerak geri mu dalam perhatianku
Kelantangan mu memberi hujah
Kebernasan menyelesaikan masalah
Kesopanan yang ada dalam berdakwah
Masa berganti masa
Tahun berganti tahun
Kau bukan dalam persekitaranku
tapi kisahmu ku tahu,kejayaanmu membanggakanku

Kini,berbeza kau kulihat
satu teguran dari Allah buat kau lemah
kuatlah hatimu wahai teman
manusia bukan pemenuh harapan
Allah jua tempat kebergantungan
Aku menolong mana yang mampu
untuk menghilangkan duka,duka dunia
bersabar lah


Saturday, October 22, 2011

Pengkhianatan

klik gambar untuk baca



Aku sangat lah terkejut.Balik dari overnight aku terus bukak akaun.Dan macam pengguna facebook yang lain aku akan check notification aku.Tapi bila aku check,ada satu pos yang aku sendiri terkejut macam mana boleh ada kat wall aku.Nak kata aku tulis,tak pulak.Nak kata aku mabuk,aku sedar je sepanjang malam.Tapi post ni tak buat aku marah sikit pon.Memang salah aku tak log out,atau lupa logout masa guna laptop kenkawan.Tapi keadaan kawan terleka,terlupa dsbnya mengambil kesempatan ke atas mereka bukan satu perkara yang mulia.
Sentap hati bila ada dalam kalangan orang terdekat buat cam gini.Gurauan bukan benda yang boleh ikut hati dan ikut suka.Kena bergurau dengan jaga hati member.Gurauan juga dituntut dalam persahabatan.Tapi kalau melampau,gurauan akan jadi satu penghinaan.Menerima mudah tapi menelannya pahit.

Berhati-hati lah dengan sahabat.The more you know your friend,the more pain you get when they betray you.Aku tak mahu tuduh sesiapa.Prinsip aku dalam setiap kesalahan yang manusia hasilkan,pasti kedua belah pihak bersalah.Salah aku tak logout akaun facebook dan salah mereka yang blackmail aku.Then,i should receive it la.Baca post (kat gambar) tu memang lah tak banyak pekung dibuka,tapi kalau benda itu betul,boleh jadi membuka aib dan kalau perkara itu salah,boleh menjadi fitnah.Dan sememangnya ia bukan benda yang baik.Ape pon nasehat aku,Please beware.SYaitan is everywhere.

Thursday, October 20, 2011

Lelaki

Lelaki sesusah mana pun musibah di terimanya,sesempit mana pun tekanan dari hidupnya,kami amat payah menitiskan air mata berbanding wanita.Bukan kerana kami tabah,tapi kerana setitis air mata yang kami titiskan beerti ego kami gugur satu demi satu.

Lelaki yang sentiasa menahan sabar demi wanita dicintainya,menahan marah untuk gadis pilihannya mudah menitiskan air mata jika gadis itu melukai hatinya.

Berat tanggungjawab seorang lelaki pada isterinya dalam segala urusan,satu permintaan isteri yang lelaki tak dapat tunaikan akan menjadi satu kesalan.

Ada satu sebab lelaki suka bersikap kebudak-budakan,kerana dia tahu wanita bersifat keibuan.

Lelaki suka memilih tapi lelaki tak pernah putus asa mendapatkan pilihan hatinya.

Benci seseorang lelaki bukan seluas lautan,benci seorang lelaki seperti sebuah kolam glasier.

Kalau lelaki dimanjakan dengan kemewahan,kemewahan akan menghancurkan keseluruhan hidupnya.


Wednesday, October 12, 2011

Berhubung


Ada hubungan putus ada hubungan sambung
Ada hubungan jauh ada hubungan dekat
Orang tak suka berhubung ada yang kata sombong
Ada pelbagai macam cara berhubung
Ada yang cakap sembang panjang
Ada yang tekan2 satu butang tiga huruf
Ada yang tulis dan lipat2 kertas
Ada yang bisik2 pada hati
Tak ada yang tak berhubung di dunia kecuali si mati

Untuk apa berhubung
Dengan siapa berhubung
Berapa lama berhubung
Boleh susun seribu soalan untuk kepastian
Dan yang pastinya,penghubung penuh dengan jawapan
Semoga kita dalam keadaan bersedia sebelum tamat perhubungan dengan dunia
Mudah2an perhubungan kita dengan Allah sentiasa terpelihara.

Sunday, October 9, 2011

Pertolongan

Dan meminta pertolongan itu bukanlah mudah.Bukan sekali susah,bukan dua kali,tapi kesusahan sentiasa ada dalam setiap perkara.Mereng lah akal kalau tiap kali susah kita meminta pertolongan tanpa usaha sendiri yang berterusan.Nak minta tolong memerlukan keyakinan,keberanian dan sifat-sifat terpuji yang lain.Tanpa sebarang kriteria ini,pertolongan menjadi rumit untuk diperolehi.Berbudi dalam bahasa,bersopan dalam kata.Dan aku sendiri bukanlah si jenis yang suka meminta tolong sampaikan perkara susah giler pon aku cuba buat sendiri.Kesusahan aku untuk meminta tolong berpunca dari timbang kira akal fikiranku.

KARMA-kalau aku pinjam duit,nanti dia pinjam balik kat aku.Kalau mintak duit,nanti dia pulak mintak kat aku.So,baek tak payah minta tolong.


SEGAN-inilah usaha tebal muka kalau nak meminta tolong.Sekali sekala kurang malu,kalau selalu memang segan tak silu la.So,baek tak payah minta tolong

KASIHAN-nak minta tolong sebab kita dalam kesusahan.Tapi bila kita minta tolong,kita kasihan kalau2 menyusahkan orang tu pulak.Walaupun kita yakin dia mampu menolong kita.Cuma dek naluri empati yang tinggi,kita tak payah la minta tolong kalau rasa kasihan kat orang len lebih dari sendiri.

BOSAN-sentiasa meminta tolong sampaikan bosan nak minta tolong.Asal minta tolong,semua hulurkan.Maybe kita feymes atau hot di sesuatu tempat sampai kesempatan menolong kita dijadikan loncatan untuk mengendeng sama.Baik tak payah minta tolong kalau diguna2.

KUAT-kita kuat,kita mampu dan kita boleh.Atas tekad yang tinggi ini,meminta pertolongan usaha terakhir kita jika dalam kesusahan.

Dan yang pastinya,walaupun kita tak mahu meminta pertolongan manusia janganlah kita putus dari meminta pertolongan Yang Maha Esa.Pertolongan yang selalu sangat diperolehi dikurniakan Nya.Sentiasa bersyukur dan berterima kasih untuk setiap pertolongan yang diperolehi menjadikan kita senang hati dan barangkali yang memberi pertolongan suka hati dapat menolong kita.


**lagi bagus memberi pertolongan tanpa diminta.Melihat orang jatuh,tanpa dipinta kita membangunkannya.Memberi lebih baik dari menerima.

Saturday, October 8, 2011

Advencer di Lubuk Petai,Rembau


Sengaja nak posing depan 'banglo' gua


air terjun.Tapi gambar rosak sebab lupa nak edit.

Salam.Mengukir satu pengalaman berharga bila dapat merancang satu camping yang diatur dan diselia senggara sendiri.Aku dan teman serumahku yang sempoi dan tidak manja,Atan secara spontannya telah pergi berkhemah di hutan Gunung Datuk.Port yang kami pilih adalah Lubuk Petai yang famous dek tempat mandi yang luas dan dalam.Tanpa kelengkapan yang mewah,cuma peralatan asas camping seperti khemah dan kanvas,portable stove,parang,lantern dan makanan yang paling penting.Bergerak hanya menaiki motor pada jam 3.40 petang,kami tiba 20 minit kemudian.Perjalanan dari gerbang hutan untuk ke lubuk mengambil masa setengah jam.Kebetulan ada sekumpulan remaja menyusuli kami ke sana.

lampu ayam baru beli

atan tengah siap2kan barang

Sampai di tapak,dengan rehat sekadar melepas penat,aku mendirikan khemah bersama Atan.Bertindak sebagai leader,aku kena memastikan semua dalam keadaan teratur.Dari segi susun atur,penjadualan masa dan keselamatan aku kena pastikan beres.Selesai memasang khemah,kami masak ketupat untuk dijadikan makan malam.Tepat jam 5.30 petang,aku terus merasmikan lubuk petai.Sesi memanaskan badan dahulu dilakukan sebab risau dek pengalaman lemas di tempat yang sama.Puas mandi,kami kembali ke khemah.Dihidangkan dengan air nescafe 3 in 1,aku menghirup deras.Atan nak masak meggi sebab nak rasa pengalaman di hutan.Dalam perkiraan aku,makan malam akan di buat jam 8.00 malam.Aku membiarkan Atan melantak meggi nya,dan aku menunaikan solat maghrib sebelum membaca Yasin.Sebagai pendinding dari makhluk halus.
chef baru nak masak.Selonggok kayu api kitorang carik

atan dan meggi

aku,ketupat dan sardin.Candle light dinner.

Kira-kira 8.10 aku masak sardin bersama atan.Oh ye kami juga membuat unggun api sebagai
ancaman binatang buas menghampiri khemah.Selesai makan malam,aktiviti malam tu adalah bermain daun terup.Sambil berbual-bual kosong dan post mortem untuk kekurangan pada plan camping pertama ni.Kurang lebih jam 11.00 malam,masing2 dah penat aku pun menggesa untuk tidur.Tapi sebelum tidur,kami membuat sedikit pengemasan.Makanan yang belum masak,kami simpan dan yang tak habes kami buangkan.Unggun yang menyala kami tambahkan kayunya.Lantern(lampu ayam) juga di tambah minyaknya supaya ia menyala sampai ke pagi.

Mula baring,tapi masih lelap-lelap ayam.Kadang berborak.Tapi pada jam 11.50 lebih(aku tengok jam sebab masa tu aku tengah sms dengan cik awak),aku terdengar bunyi periuk dan mess tin berlaga seperti ada orang menggunakannya.Terdengar juga derapan pada daun2 kering.Aku kaget terus ku cuit kawanku disebelah.Ternyata dia pun dengar sama.Lalu ku capai parang 14 inci disebelah baringanku,terus meninjau dicelahan pintu khemah.Dari dalam hati aku berbisik,apa apa pon yang aku lihat,aku kena tenang.Nah!!Itu dia 4 ekor babi hutan jelas klihatan disimbah cahaya lilin sedang menyelongkar dapur kami.Mujur semua makanan kami letak di dalam bekas yang bertutup.Aku terpikir cara untuk halau babi hutan tu.Paling bodoh aku buat aku bercakap ''pergi,pergi''.Entah sejak bila binatang faham cakap manusia.Aku capai torch light lalu menyuluh2,babi itu.Terus beredar beberapa seketika.Kami tidak menyambung tidur kami tetapi keluar memastikan barang2 dapur selamat,menyalakan semua lilin yang ada pada setial penjuru khemah dan menyemarakkan unggun api dengan baki2 kayu yang tinggal.

Kami sambung semula tidur kami.Aku tak lelap dek terpikir benda yang bukan2.Teringat aku cerita Rambo 4,di mana tebusan askar vietnam itu digantung pada pokok dan ada babi hutan yang menjamah kakinya.Arghh sekadar cerita.Aku masih berpeluk parang dalam baringan.

Kali ini klimaks gejala babi hutan menyerang.Aku dan kawan,terasa ada sesuatu mengelilingi khemah.Ya,babi hutan tak paham bahasa babi tu datang lagi.Saat aku meninjau ,ada babi didepan betul2 pintu khemah.Macam babi.Aku menyergah dengan menjerit kuat.TAPI,SERGAHANKU DIBALAS DENGAN SATU DENGUSAN DI SEBELAH TEPI KHEMAH.Aku tak sedap hati.Daripada bunyi ,boleh agak2 saiz dia sebesar mana.Aku dan Atan terdiam.Dengan isyarat tubuh badan,kami nekad untuk tidur dan apa2 serangan,kami kena balas dengan mata pisau dan parang.Sebab babi hutan bukan macam lembu,babi hutan ada sifat pemangsa(predator).Aku cuba tidur tapi x lelap.Macam2 bunyi tak dilayan.Hanya tak sabar menunggu pagi.Tepat jam 8.00 kami bergerak mandi pagi.Sarapan disediakan atan.Selepas menurunkan khemah dan mengemas ,kami beredar pulang.Kami mendapatkan motor kami yang diletakkan pada rumah kampung disitu.Dengan bayaran rm5 untuk semalaman,dan rm1 kalau pergi dan balik pada hari sama.Sempat berbual dengan atuk penjaga motor kami,dia sendiri bagitahu yang tempatkami berkhemah itu memang kawasan dia.Si kawanan babi hutan.Damn.Papepon kami dah dapat satu pengalaman baru.Tak sabar untuk rancang camping lagi.Wait for another story ye

Akhirnya,kami berjaya

Thursday, October 6, 2011

Ideologi Keparat

Semakin banyak ku baca,semakin banyak ku tahu.Maka semakin banyak sulaman2 idea kontemporari yang ku dapat.Mereka yang bercerita dan menulis ini berlumba-lumba menyebar sesuatu.Sesuatu yang baharu di benak kepala otak mereka.Boleh jadi satu ilmu yang berguna kepada kita,malahan boleh jadi satu ideologi yang sia-sia.Berhati-hatilah memilih bacaan.Jiwa yang kosong,di curah dengan bacaan dari ideologi longkang,maka berbau busuklah ia.

Sesuatu yang baru itu tak salah.Asalkan tak melampau-lampau.Bagus bila kau ada idea,kau ada pendapat,bukti bahawa kau seorang pemikir bukan pengikut.Kau ada pendapat kau,kau utarakan,kau uar-uarkan untuk melepas amarah sendiri atau sekadar suka-suki demi satu publisiti.Masalahnya,di luar sana tu ada yang jenis dungu melulu mengikut segala pemikiran kau yang kononnya ''this is the best way to handle your world''.Hey,jangan di kalutkan dengan penganut-penganut fahaman kau.Mereka bukan bijak.

Lagu juga salah satu metodologi untuk mengasingkan2 kepala dan hati kita.Ideologi disalur melalui lagu.Kau dengar lagu rock kapak,dilabelkan sebagai jiwang.Dengar lagu Pitbull,kau bajet urban dan moden.Dengar lagu nasyid,kau alim dan jiwa lembut.Berhentilah mengasing-asingkan,membahagi-bahagikan manusia ini.Dengar tak dengar,manusia tetap sunyi tanpa lagu-lagu.Walau ape jenis pon genre nya.


**kembali pada ideologi asal,yang lebih haq

Monday, October 3, 2011

Kefahamanmu








Berdiri aku pada ruang lingkupku
Tempat aku tertangkup,tersungkur dan tersangkut
Aku tahu siapa aku

Kesat lidahku kalau berbicara
Kasar perilaku jika tak kena cara
Rendah anganku untuk dunia
Tinggi fantasi mencorak gembira

Terkejang dengan manusia
Yang konon serba tahu semua

PESAN ku bukan amaran
selagi ada urusan sendiri,jagalah
urusanku,biar aku selesaikan dengan cara
ya,dengan caraku
mohon berambus