Tuesday, September 27, 2011

Kejatuhan

Tanggal 27 September 2011,Jam 11.15 malam,aku telah dijatuhkan oleh motor ku ke permukaan tar jalan.Satu-satunya pengalaman yang mungkin aku tunggu sebelum ni sebagai penunggan motor,atau kemungkinan pengalaman yang mengajar aku erti berhati-hati.

Kejadian yang bertitik mula di sebuah selekoh di jalan yang gelap berhampiran kolej aku.Aku dengan ghairah nya menyambar selekoh yang terbentang di depan mata ala-ala Valentino Rossi.Gedebuk!.Satu-satunya bunyi petanda aku dan motor ku sudah terbaring di jalan.Mujur helmet ku di kepala,organ terpentingku terpelihara.Panas luka di siku tak ku endah.Mahuku cuma cepat pulang supaya kerja laporan makmal ku disiapkan.I am newbie in accident.So,tak tahu apa nak dibuat.Aku terus ke motor ku yang ter babas 5 langkah dari tempat baringanku.Enjennya masih elok,tayar boleh bergerak.Aku terus bergerak pulang.Dalam perjalanan,aku bersyukur bukan nyawaku diambil,cuma sedikit darah yang mengalir.

Sampai di rumah,tugasan yang telah dibahagi2kan aku simpan.Terus mencapai tuala untuk memandikan luka.Arghhh.Pedih,panas dan sakit ku rasa.Tiba saat mencari penawar,satu ubat tak ku jumpa.Ah celaka.Hanya kapas dan plaster yang ada.Apa yang ada terus ku guna.Ku tekapkan luka bersama kapas dan plaster.Siap.Tiba-tiba aku tersenyum.Senyum dek keterujaan jatuh motor takpun senyum dek pengalaman yang berharga.Aku tak pasti.Yang aku pasti,koyak di kulit sepanjang 1.5cm ini perlu di rawati.Kalau tidak,peluang ku untuk bermain persahabatan hoki sabtu ni tak jadi.Moga lukaku cepat bertaut.

Kepompong


Hari ini tiada siapa
Hari esok tiada menyapa
Aku pertahan kan kentalku
Aku cuba

Hari semalam aku diam
Hari ini aku faham
Aku luahkan apa kupendam
Aku cuba

Aku tak hidup dalam kepompong
Bukan juga di bawah tempurung
Aku bukan kosong
Sebaiknya pengalaman hidup menjadi teman ku



**aku selepas kelas,menulis blog

Sunday, September 25, 2011

Sediakan payung


Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.Tak ada benda yang boleh kekal seperti yang dirancang.Mesti ada je benda yang nak menggoncang.Sedap2 tengah makan aiskrim,ada je yang nak mintak.Tengah syok layan cerita korea ada je report nak dibincang.Tapi bukan menyusahkan cuma dalam keadaan tak disangka-sangka.Itulah indahnya hidup.Problamisasi yang datang tak diundang itu yang jadi intensif charger kita.Belek-belek buku motivasi mana pon mesti akan sebut pasal memajukan diri.Nah! inilah masa nak majukan diri.Nak undur diri pon boleh juga.

#Aku dah sengkang mata sampai mana siang malam pon dah tak tahu beza.Asyik tengok orang berlari(Running Man) je,mana tak jadi macam tu.
#Besok ada kelas yang diharamkan lambat.Kalau lambat memang tak boleh masuk lah jawabnya.Strict.
#Manusia2 di muka buku dah pandai beradab,tiada lagi kata-kata busuk yang ditayang.Eloklah.Nyalakan api kat Canyon pon best jugak ni.




Monday, September 12, 2011

saya tanya,saya jawab

Soalan : Kenapa orang kaya senang nak dapat ramai kawan?
Jawapan : Sebab orang miskin ramai.Jadi semua nak jadi kawan orang kaya.

Soalan : Adik saya suka pinjam barang saya.Kadang2 I-Pod mahal saya dia amik.Macam mana nak atasi masalah ini?
Jawapan : Untung lah ada adik yang nak pinjam barang.Kat negara lain,ada yang sanggup guna tubuh untuk halang peluru kena adik dia.Sayangilah adik anda.

Soalan : Teman wanita saya cantik.Saya sayang sangat kat dia dan berharap hubungan kami berkekalan.Kemusykilan saya,bolehkah cinta kami berkekalan?Kalau boleh,apakah caranya?
Jawapan : Senang saja.Cintakan Allah lebih dari makhluk-Nya.

Rosak

HAL PERTAMA

Betul-betul rosak akal aku.Di bantainya mengadap belog2 politik yang asyik mengkritik.Dengan Mat Indera dinobatkan tokoh sejarah negara,memang rosak akal aku.Untuk tidak merosakkan akal aku,aku bernyanyi lagu senada.Biar aku rasa tuning frekuensi akal kembali normal.Sungguh aku nikmati merdunya muzik ilham Tuhan,menenangkan.

Perkara:Test 1 Thermodynamic
Lokasi:Dewan Kuliah 2
Tarikh:10/09/2011 (Sabtu)
Masa: 2-3 petang

Setelah dibelek-belek,aku memutuskan menu tetap(menu bajet) untuk sepanjang semester ini:

-Nugget
-kentang goreng(sebiji dipotong ala2 cheezy weedges)
-telur goreng
-tempe goreng
-Sardin Cinta Brand(rm1.50)
-dengan sedikit curahan kicap@sos

sedap dan menyelerakan bagi askar macam aku,tapi anak2 kerabat sila buat list menu mewah koghang ye.Akan ku pilih secara rawak menu2 ini untuk dijadikan hidangan lunch atau dinner.Pantas dan tuntas.

HAL KEDUA

Ada pak cik tu kata,orang bangsa lain banyak tipu kita.Bagaimana dengan bangsa kita yang tipu kita?Belum sempat aku tanya kat pak cik tu lagi tapi siapa yang pernah merasa dia boleh tahu apa jawapannya.Sememangnya,mereka itu BS!!