Tuesday, August 16, 2011

Rezeki Allah

Assalamualaikum..
Hari-hari rezeki Allah,nikmat Allah tak pernah berhenti mengalir.Ada manusia yang mengeluh ''kenapa aku tak dapat tu'' ''kenapa asik dia je yang menang''.Kita kena ingat bahawa,sudah tertulis rezeki kita maka tak seharusnya kita mengeluh seolah-olah kita tak percaya dengan Allah yang Maha Merancang!.Sehalus-halus pemberian Allah tak pernah kita nampak tapi mengeluh pada yang tak pasti boleh jadi milik kita.Tubuh sihat,Udara untuk bernafas,tanah untuk diinjak semua itu adalah rezeki.Kalau menghayati kita akan memahami.Terima rezeki,ucaplah alhamdulillah.Banyak rezeki,tambah dengan subhanallah.Belum trima,yakinlah dengan berkata insyaAllah.

Alhamdulillah,terbukti bulan Ramadhan bulan penuh barakah.Manusia berlumba-lumba membuat kebaikan.Aku seronok melihat perlumbaan ini.Sudah tentu Allah mahu rezekinya dibahagi2kan tanpa batasan.Hari ni Allah telah bagi 'surprise' dengan memberi bubur lambok oleh wakil pelajar dan salah seorang senior mahu belanja berbuka.MasyaAllah.Rezeki2.Semoga mereka yang beramal ini dimurahkan rezeki oleh Allah.

Semalam,aku bertanya dan berfikir,pada diri sendiri aku timbulka persoalan mengapa laman sosial dijadikan tempat kita mengadu dan mengeluh?
Pernah ada kisah(melalui pembacaan masa kecil),ada seorang yang sakit dan tenat berjalan-jalan di pasar sambil membalut luka2 dan kesakitan yang ada pada tubuhnya.Bila bertemu orang,dia akan mengkhabarkan kesakitan yang dialaminya.Melihat keadaan orang itu,Rabiatul Adawiyyah terpanggil untuk menegurnya lalu berkata.
''Saat kamu menerima kesenangan dan sihat ,apakah kamu menunjukkan sebrang tanda bahawa kamu sihat .Tatkala kamu sakit,kamu membuat sepanduk dari balutan2 ini dengan menunjukkan bahawa Allah itu seolah-olah tidak adil''

Lihat,ada pengajaran disebalik kisah ini.Kesusahan kita,penderitaan kita biarlah diajukan kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA