Thursday, August 4, 2011

Kita rasa kita betul

''Eh,dah pukul 5 ni Fakh.Jom kita pergi bazaar'',ajak seorang kawan.

''Sabar jap.Aku belum Asar lagi nih'',balas aku.

''Kang ramai orang kang,baik kita cepat'',pujuk kawanku lagi.

''Kalau kau nak gi,ko gi la dulu'',aku menolak ajakkan dia smbil berkata dalam hati.''Carik makanan berbuka lagi penting dari solat''.MasyaAllah.


Kita menyambut ramadhan ni bukan dengan persediaan menahan lapar,menanti bazaar ataupun kekenyang di saat berbuka.Tak cukup menahan lapar kalau mata dan telinga masih terus mendampingi perkara yang sia-sia.Tak guna berbondong-bondang ke bazaar tapi satu ayat Quran pun tak ditelaah di kesempatan Ramadhan.Dan apa gunanya kenyang ketika berbuka tapi Maghrib terlepas begitu sahaja.

Bulan Ramadhan,bulan untuk kita berpuasa.Ya,kita betul.Tapi perkara2 mungkar masih dilakukan.Serupa kita berpuasa sebulan di bulan Safar mahupun Rabiulawal.Di manakah yang dikatakan Madrasah Tarbiyyah? Perlu diperhalusi lagi ramadhan kita.Pohonlah supaya ramadhan membalut kita dengan pakaian keimanan dan ketaqwaan untuk menyusuri hari2 yang penuh dengan lambaian nafsu dan desakan syaitan.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA