Tuesday, August 9, 2011

Kisah di pantai


Suasana damai di tepi pantai .Aku asyik melihat matahari tenggelam.Cantik.SubhanAllah.
Aku terfikir sejenak,kehidupan ini hanya akan di manfaatkan bila di hujung-hujung sepertimana
indahnya matahari untuk ditatap di akhir khidmatnya pada hari itu sebelum malam.

''apa kau buat ni?layan jiwang ke weyh?", tersentak aku bila disapa dengan tiba-tiba.

''alaaa,bukan selalu pun'', pintasku untuk melayan usikan member.

''apa barang layan jiwang sorang2,ada awek baru best'', kali ni usikannya semakin nakal.Betul juga kata dia.Kalau awek aku ada kat sini mesti best.Tapi niatku untuk bersendirian.Bersendirian dengan Allah.Melihat keindahanNya melalui ciptaanNya.

''Eh,memang tadi ada orang temankan aku pun.Kau datang je,terus hilang teman aku tu'',aku menyusun kata untuk memerangkap member aku.

''Sape2?tak nampak pun?Kenalkan la aku dengan dia doh'',gelojoh member aku ni bertanya bila tahu aku orang temankan aku.

''Ada.Nama dia KETENANGAN.Tadi dia ada sini,tapi ko sampai je terus takde,'' sangat pedas sindiran yang aku bagi.

Dia tidak kecil hati.Semestinya sahabatku ni faham yang aku sedang bergurau.
Kami terus melangkah meninggalkan pantai.Maghrib dah masuk.


1 comment:

KOMEN-KOMEN LA