Saturday, August 20, 2011

Adik minta duit

Pagi-pagi sabtu dah ada kelas.Nak tak nak,aku kecebur-kecebur kat bilik mandi terus aku siap pegi kelas.Kelas pukul 9,aku sampai 8.30 sbebab lecturer garang.Penat.Balik kelas tak pikir apa terus aku tidur.

Terlajak tidur.Bahana tak sahur,badan penat perut lapar.Inilah akibat meninggalkan sunnah.Lena aku diganggu panggilan telefon.Adik aku dari MRSM Alor Gajah.Dia minta duit sebab nak buat belanja.Aku mengiyakan permintaan dia,padahal aku tengah mamai.Jam di jarum pukul 3.14 petang.Aku belek2 handset,ada mesej dari adikku sebelum membuat panggilan.Terdesak barangkali,patot lah dia telefon.

Arghh,hujan pulak turun.Lagi malas aku nak bangun.Tapi dek risau terlepas zuhur,aku bangkit terus mandi.Sebelum pegi,aku selak dompet kepam aku,ada rm5 je.Macam mana nak bagi kalau adik aku mintak rm20.rm20 boleh bagi rm5,tapi rm5 mana boleh bagi rm20.Aku tersepit.Aku mesej mama aku bagitahu pasal ni.Mama cakap bagi rm20,pinjam kat kawan dulu.Aku terpaksa dahulukan duit sewa umah yang ku simpan.Takpe,adik punyer pasal.Aku janji aku sampai pukul 4.00 petang tapi dah masuk Asar.Tunggu hujan berhenti.

Dia telefon ,agak risau kalau aku tak datang bagi duit.Aku cakap sekejap lagi aku sampai,dan dia memesan aku belikan air untuk dia berbuka.Baik.Aku gerak terus,tapi dalam perjalanan hujan turun lagi.Makin ligat rintiknya.Sialan.Aku bawak motor.Dengan kepala asyik fikirkan macam mana nak hadapi Pak Guard paranoid yang asyik anggap aku nak berjumpa adik angkat/makwe and so ever.Sampai di pintu pagar MRSM,aku kebasahan terus ke pos pengawal.Dengan lembut aku memberi salam dan meminta izin untuk menyerahkan sedikit barang kepada adik.Kali ni tiada rasa sangsi sebab Pak Guard dah kenal aku barangkali,orang yang selalu nak bagi barang kat adik.Selesai,aku pun pulang.

Itu baru sikit tanggungjawab aku,belum lagi di hari-hari mendatang yang belum pasti apa berlaku.Semoga aku menjadi abang yang bertanggungjawab kepada adiknya.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA