Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya


Ucapan Salam Aidilfitri kutujukan kepada semua yang terkenal,
yang baru kenal dan yang belum kenal sepanjang singgah di blog FAKH ni.
Maaf segala silap dan salah dalam tulisan dan isi kandungan.
Semoga raya kita penuh ceria dan bahagia.

Jemput la raya ke rumah di alamat :
Rumah Kakitangan Felda Palong 6,
73430 Gemas Negeri Sembilan.

Saturday, August 20, 2011

Adik minta duit

Pagi-pagi sabtu dah ada kelas.Nak tak nak,aku kecebur-kecebur kat bilik mandi terus aku siap pegi kelas.Kelas pukul 9,aku sampai 8.30 sbebab lecturer garang.Penat.Balik kelas tak pikir apa terus aku tidur.

Terlajak tidur.Bahana tak sahur,badan penat perut lapar.Inilah akibat meninggalkan sunnah.Lena aku diganggu panggilan telefon.Adik aku dari MRSM Alor Gajah.Dia minta duit sebab nak buat belanja.Aku mengiyakan permintaan dia,padahal aku tengah mamai.Jam di jarum pukul 3.14 petang.Aku belek2 handset,ada mesej dari adikku sebelum membuat panggilan.Terdesak barangkali,patot lah dia telefon.

Arghh,hujan pulak turun.Lagi malas aku nak bangun.Tapi dek risau terlepas zuhur,aku bangkit terus mandi.Sebelum pegi,aku selak dompet kepam aku,ada rm5 je.Macam mana nak bagi kalau adik aku mintak rm20.rm20 boleh bagi rm5,tapi rm5 mana boleh bagi rm20.Aku tersepit.Aku mesej mama aku bagitahu pasal ni.Mama cakap bagi rm20,pinjam kat kawan dulu.Aku terpaksa dahulukan duit sewa umah yang ku simpan.Takpe,adik punyer pasal.Aku janji aku sampai pukul 4.00 petang tapi dah masuk Asar.Tunggu hujan berhenti.

Dia telefon ,agak risau kalau aku tak datang bagi duit.Aku cakap sekejap lagi aku sampai,dan dia memesan aku belikan air untuk dia berbuka.Baik.Aku gerak terus,tapi dalam perjalanan hujan turun lagi.Makin ligat rintiknya.Sialan.Aku bawak motor.Dengan kepala asyik fikirkan macam mana nak hadapi Pak Guard paranoid yang asyik anggap aku nak berjumpa adik angkat/makwe and so ever.Sampai di pintu pagar MRSM,aku kebasahan terus ke pos pengawal.Dengan lembut aku memberi salam dan meminta izin untuk menyerahkan sedikit barang kepada adik.Kali ni tiada rasa sangsi sebab Pak Guard dah kenal aku barangkali,orang yang selalu nak bagi barang kat adik.Selesai,aku pun pulang.

Itu baru sikit tanggungjawab aku,belum lagi di hari-hari mendatang yang belum pasti apa berlaku.Semoga aku menjadi abang yang bertanggungjawab kepada adiknya.

Tuesday, August 16, 2011

Tanpa gambar

Sambil jari petik gitar,terus nyanyi lagu Bila Cinta.Bantai kord A minor,D minor pastu G major.Tak sedap pun tapi cuba sedapkan hati.Tetiba nak bawak lagu nasyid.Al maklum lah bulan2 puasa ni.Bawak Maher Zain punyer lagu pun best juga.Terus petik kord untuk lagu For The Rest Of My Life.Janji ada bunyi,merdu tu belakang kira.Time layan boleh pulak terpikir mengikut bait2 lirik yang aku nyanyi.

I praise Allah for sending me you my love
you found me home and sail with me
and i'm here with you,now let me let you know

Syahdu pulak kat lirik ni,terbayang-bayang pulak dah nikah.

For the rest of my life
i'll be with you
i stay by your side honest and true
till the end of my time i'll be loving you

Terus aku berhenti petik gitar,sebab aku lupa kord.Pelupa betul manusia ni.
Cari kord kat google,sambung maen balik.Tetiba terasa nak dedikasikan lagu ni
kat seseorang.Alahai,ini lagu untuk isteri,belum isteri mana boleh.Terus cancel.

Alangkah beruntung mereka yang bernikah kerana Allah demi menjaga diri dari panahan2 syaitan.


Rezeki Allah

Assalamualaikum..
Hari-hari rezeki Allah,nikmat Allah tak pernah berhenti mengalir.Ada manusia yang mengeluh ''kenapa aku tak dapat tu'' ''kenapa asik dia je yang menang''.Kita kena ingat bahawa,sudah tertulis rezeki kita maka tak seharusnya kita mengeluh seolah-olah kita tak percaya dengan Allah yang Maha Merancang!.Sehalus-halus pemberian Allah tak pernah kita nampak tapi mengeluh pada yang tak pasti boleh jadi milik kita.Tubuh sihat,Udara untuk bernafas,tanah untuk diinjak semua itu adalah rezeki.Kalau menghayati kita akan memahami.Terima rezeki,ucaplah alhamdulillah.Banyak rezeki,tambah dengan subhanallah.Belum trima,yakinlah dengan berkata insyaAllah.

Alhamdulillah,terbukti bulan Ramadhan bulan penuh barakah.Manusia berlumba-lumba membuat kebaikan.Aku seronok melihat perlumbaan ini.Sudah tentu Allah mahu rezekinya dibahagi2kan tanpa batasan.Hari ni Allah telah bagi 'surprise' dengan memberi bubur lambok oleh wakil pelajar dan salah seorang senior mahu belanja berbuka.MasyaAllah.Rezeki2.Semoga mereka yang beramal ini dimurahkan rezeki oleh Allah.

Semalam,aku bertanya dan berfikir,pada diri sendiri aku timbulka persoalan mengapa laman sosial dijadikan tempat kita mengadu dan mengeluh?
Pernah ada kisah(melalui pembacaan masa kecil),ada seorang yang sakit dan tenat berjalan-jalan di pasar sambil membalut luka2 dan kesakitan yang ada pada tubuhnya.Bila bertemu orang,dia akan mengkhabarkan kesakitan yang dialaminya.Melihat keadaan orang itu,Rabiatul Adawiyyah terpanggil untuk menegurnya lalu berkata.
''Saat kamu menerima kesenangan dan sihat ,apakah kamu menunjukkan sebrang tanda bahawa kamu sihat .Tatkala kamu sakit,kamu membuat sepanduk dari balutan2 ini dengan menunjukkan bahawa Allah itu seolah-olah tidak adil''

Lihat,ada pengajaran disebalik kisah ini.Kesusahan kita,penderitaan kita biarlah diajukan kepada Allah.

Friday, August 12, 2011

Parut kesalahan


Kalau tak pernah buat kesalahan,bukan manusia la namanya.
Tapi kalau dah buat kesalahan,besarlah kesan peninggalannya.
Macam luka yang berparut ,macam tulah susah luput.
Sekali berbuat salah,fitrah manusia akan hukum selamanya salah.

''aku bukan tak percaya kat kau, tapi DULU kau pernah mencuri''

''Hek elah dia ni,DULU tak bertudung.Ni mesti sebab bulan puasa''

''Eh,kau tak payah nak poyo la berhenti merokok.Nah,amik la''


Patotlah.Manusia sekarang rasa diri mulia.Manusia berubah pon
tak nak percaya.Kalau mulia,kenapa tak yakin pada ayat Allah?
''ALLAH mengeluarkan dari kegelapan kepada cahaya''
Kalau aqliyyah,cuber tengok malam..tak mustahil jadi siang,bukan?
Beluncas pon boleh jadi rama-rama yang cantik,bukan?
Kenapa pula manusia yang hati nya mudah berbolak balik,di pandang pelik
kalau berubah jadi yang lebih baik?








Tuesday, August 9, 2011

Kisah di pantai


Suasana damai di tepi pantai .Aku asyik melihat matahari tenggelam.Cantik.SubhanAllah.
Aku terfikir sejenak,kehidupan ini hanya akan di manfaatkan bila di hujung-hujung sepertimana
indahnya matahari untuk ditatap di akhir khidmatnya pada hari itu sebelum malam.

''apa kau buat ni?layan jiwang ke weyh?", tersentak aku bila disapa dengan tiba-tiba.

''alaaa,bukan selalu pun'', pintasku untuk melayan usikan member.

''apa barang layan jiwang sorang2,ada awek baru best'', kali ni usikannya semakin nakal.Betul juga kata dia.Kalau awek aku ada kat sini mesti best.Tapi niatku untuk bersendirian.Bersendirian dengan Allah.Melihat keindahanNya melalui ciptaanNya.

''Eh,memang tadi ada orang temankan aku pun.Kau datang je,terus hilang teman aku tu'',aku menyusun kata untuk memerangkap member aku.

''Sape2?tak nampak pun?Kenalkan la aku dengan dia doh'',gelojoh member aku ni bertanya bila tahu aku orang temankan aku.

''Ada.Nama dia KETENANGAN.Tadi dia ada sini,tapi ko sampai je terus takde,'' sangat pedas sindiran yang aku bagi.

Dia tidak kecil hati.Semestinya sahabatku ni faham yang aku sedang bergurau.
Kami terus melangkah meninggalkan pantai.Maghrib dah masuk.


Friday, August 5, 2011

Sahur

Arghhh,liatnya nak bangun sahur.Ikutkan nafsu nakje terus sambung tidur.Tapi dek tuntutan sunnah Baginda dan tak kesamaan dengan puasa agama lain,aku mesti bersahur.
Di awal-awal ramadhan,rajin bersahur nasi.Dah akhir-akhir ni,capai Nescafe atau Milo 3 in 1 dengan sekeping biskut pun dah boleh.Nikmat sahur terasa lagi sambil menunggu subuh dan terus menunaikan Rukun Islam yang dua.Kalau terus tidur,subuh pun tidak sia-sia puasa nanti.Ibarat menyarung baju di badan,tapi bertelanjang seluar.Tak lengkap.

Alhamdulillah,sahur mendidik Muslim itu untuk bangun subuh.Subuh yang selama ini tak pernah di nanti pada awal waktunya kini sudah boleh dinantikan seruan azannya.

Assolatukhoirum minannaum...Assolatukhoirum minannaum....

Thursday, August 4, 2011

Kenapa perlu berkorban?

''Asyik2 aku je kena buat,penat taw''

''Habeslah minyak aku kena pergi sana pulak''

''Banyak habeskan masa aku je''


Begitulah keluhan2 yang kadang dengar dan kadang terkeluar dari mulut mereka-mereka yang tak faham erti perjuangan.Ada sikap mementingan diri.Mereka turut berjuang,tapi dalam ruang lingkup diri mereka dan tak lebih.Mereka juga dikatakan berjaya tapi sayang,mereka tak berguna.Pada masyarakat,negara mahupun agama.

Berbeza dengan orang yang berjuang.Berjuang untuk orang lain.Mereka inilah yang selalu melakukan pengorbanan.Sunnah perjuangan itu memerlukan pengorbanan.Masa,harta malah nyawa mereka boleh dijadikan taruhan korban.Inilah sesuatu perjuangan suci.

Kita rasa kita betul

''Eh,dah pukul 5 ni Fakh.Jom kita pergi bazaar'',ajak seorang kawan.

''Sabar jap.Aku belum Asar lagi nih'',balas aku.

''Kang ramai orang kang,baik kita cepat'',pujuk kawanku lagi.

''Kalau kau nak gi,ko gi la dulu'',aku menolak ajakkan dia smbil berkata dalam hati.''Carik makanan berbuka lagi penting dari solat''.MasyaAllah.


Kita menyambut ramadhan ni bukan dengan persediaan menahan lapar,menanti bazaar ataupun kekenyang di saat berbuka.Tak cukup menahan lapar kalau mata dan telinga masih terus mendampingi perkara yang sia-sia.Tak guna berbondong-bondang ke bazaar tapi satu ayat Quran pun tak ditelaah di kesempatan Ramadhan.Dan apa gunanya kenyang ketika berbuka tapi Maghrib terlepas begitu sahaja.

Bulan Ramadhan,bulan untuk kita berpuasa.Ya,kita betul.Tapi perkara2 mungkar masih dilakukan.Serupa kita berpuasa sebulan di bulan Safar mahupun Rabiulawal.Di manakah yang dikatakan Madrasah Tarbiyyah? Perlu diperhalusi lagi ramadhan kita.Pohonlah supaya ramadhan membalut kita dengan pakaian keimanan dan ketaqwaan untuk menyusuri hari2 yang penuh dengan lambaian nafsu dan desakan syaitan.