Thursday, July 14, 2011

Bermain dengan software

'Software' atau perisian memang tak lekang dari digunakan oleh mana-mana pengguna laptop.Aku juga tak terkecuali.Biasanya software yang mereka ada ikut kehendak pengguna laptop tu sendiri la kan.Macam student Microsoft tu konfem la ada sebab nak buat assignment kan.Kalau yang layan gitar,diorang bese guna software Guitar Pro.Dulu aku ada software ni,tapi disebabkan aku tak pro maka terbiar jelah.Haa kalau sape2 minat melukis ke,editor majalah sekolah ke, nak tak nak Adobe Photoshop tu mesti ada.Software yang diorang ada ni ada yang dah wujud sejak beli laptop tu,ada yang download dan ada jugak yang kena beli CD installer kat kedai.Tapi dari mana pon software itu diperolehi,kita mesti tahu apa yang kita boleh buat dengan software tu.

Sejak banyak masa lapang kat rumah ni,adalah beberapa software yang aku download.Sekadar suka-suka.Sengaja nak explore software best2 ^^.Antaranya:-

1.OPEN CANVAS 1ST VERSION



Okay gambar kartun kat atas tu bukan aku lukis.Jangan terpedaya ye.Pasal software ni,mula2 aku plan nak carik Adobe Photoshop sebab aku minat tengok orang buat karya digital ni.Tapi trial version je yang ada so aku cuba la research apa lagi software yang ada selain Adobe,then terjumpa lah yang ni.Software ni serious simple.Tapi kalau korang pakar,dari software simple ni korang leh lukis gambar cantek2.Software ni more to inking and colouring.Nak edit gambar pon boleh la sikit2.Kebanyakan pelukis2 anime selalu guna software ni.Aku ni amatur jer.Nak tengok karya best2 and cara diorang lukis,pi la kat Youtube yer.Nampak header kat atas tu?Itu lah hasil selepas aku guna software ni.Tapi kalau yang dah ada Adobe tu,lagi advance korang boleh buat taw.

2.Windows Movie Maker 2.6





Penah guna software ni?Software ni biasanya digunakan kalau nak buat video ker,nak cantum2 gambar ker.Misalan,korang ada snap gambar mase berkelah ker tapi time nak tengok balik rase kosong je kan,korang leh la guna software ni.Dengan gambar-gambar yang ada,diselangi dengan effect yang sesuai,mix pulak dengan lagu Bruno Mars konfem korang tersenyum bila tengok gambar2 yang dah divideokan tu.Atau,nak bagi seseorang impress,amik la gambar dia pastu korang leh letak lagu jiwang2,pastu upload kat Facebook.Mesti cair la.Software ni pon simple je,takyah pening2.

3.AUDACITY





Aku download software ni untuk 'cut' lagu.So boleh agakla ape guna nyer kan.Kalau tengok logo pon dah taw.Software ni baru je aku download sebab mak aku mintak mix kan beberapa lagu untuk dijadikan lagu senam aerobik kenkawan dia.Level kepayahan dia di aras Gunung Ledang je so tak la susah mane.Tapi kalau setakat nak ptong lagu,buat suara chimpunk memang takde hal lah.Maybe ada banyak lagi yang aku leh buat cume belum habes explore lagi.

Jadi ini lah software yang baru berpindah ke notebook aku.Tapi pelik pulak,kenapa aku boleh terjebak guna software2 kat atas ni.Pelukis bukan,pengarah drama bukan,komposer lagu pun bukan tapi boleh pulak minat dengan benda2 ni.Takpelah yang penting ada hobi nak dilakukan.Sekian.

3 comments:

KOMEN-KOMEN LA