Wednesday, June 1, 2011

S.W.O.T analysis


Apa itu SWOT Analysis?Adakah ia subjek baru dalam exam?adakah ia tajuk blog terkenal? Semua adalah salah sama sekali.SWOT adalah huruf awal bagi pecahan perkataan Strength,Weakness,Oppurtinities dan Threat.Apa faedahnya kalau kita tahu pasal SWOT? Meh sini aku terangkan.

Sun Tzu pernah berkata dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan musuh,setiap peperangan dapat diungguli dengan kemenangan.Maksud yang aku nak sampaikan adalah PERSEDIAAN.Untuk buat apa sahaja,perlukan persediaan yang rapi.Victory love Preparation.Jadi SWOT Analysis membantu kalian membuat persediaan yang rapi bagi setiap pekerjaan,misi, dan segala objektif yang mahu dicapai.Masih tidak faham..? Aku bagi contoh pulak...

Misi: Mengurat Saleha

Kekuatan
-aku suka saleha sangat2
-aku pandai berkata2
-aku ada kereta kancil
-adik aku rapat dengan saleha
-aku handsome

Kelemahan
-abang saleha garang
-saleha tak suka lelaki botak
-saleha tak suka lelaki ada janggut

Peluang
-saleha selalu pergi library petang2(so,gi lah library)
-saleha suka dengar lagu Bruno mars(belikan dia album)
-saleha balik lalu jalan tu (buat2 lalu jalan tu dan tegur dia)

Ancaman
-Rahim pun suka saleha
-Kawan2 saleha selalu ada dengan saleha

So,kalian faham tak ape guna nyer SWOT ni dalam merancang.tak percaya leh try la.Apa2 pun yang kalian lakukan untuk hasil yang baik pastikan tahu kekuatan dan kelemahan diri,peluang yang ada dan ancaman atau risiko yang bakal berlaku.Tapi ,berdoa dan tawakkal pun penting.Kalau berjaya,alhamdulillah tapi sekiranya gagal insyaAllah di lain perancangan kalian berjaya semula.


p/s: boleh dipakai kepada presiden2 persatuan,pengarah projek dan sesiapa yang selalu merancang sesuatu hatta peniaga nasi lemak sekalipun.Tahukah anda,peniaga2 cina berjaya kerana memegang teori Sun Tzu ini.
Renung2kan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA