Monday, June 27, 2011

Membuat Milo Ais



Cuaca semenjak bermenjak-menjak ni agak panas.Mandi jeram pun belum tentu puas.
Aku dengan berpeluh lagi,rimas pulak rasa.Best pulak kalau ada aircond kat rumah ni.
Kalau takde pun,cukup lah ada Seven E sebab boleh lah aku menyemak kat dalam tu sambil menyejukkan badan.Itupun kalau ada.Tapi memandangkan takde,cara nak sejukkan badan dengan minum air sejuk jelah.Tak beli tapi buat sendiri ok.Banyak-banyak air kenapa Milo yang aku nak sejukkan.Senang je,sebab aku suka tagline Milo,''Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat''.Tak payah nak pergi gym kan.=p

Berbalik kepada cara aku bancuh Milo.
Ini cara aku,percaya boleh tapi jangan ikut.

Barang-barang:-

-mestilah Milo
-susu pekat manis.Lagi pekat lagi manis.
-air suam dengan suhu 69.7 darjah celcius.
-sudu dan mug yang ada gambar Mickey Mouse
-Aisberg

Cara-cara:-
1.Baca bismillah sebab awal perkara mestilah dengan nama-Nya
2.Masukkan Milo dalam 3 sudu.Nak banyak2 pon takde ikut suka.
3.Letak Aisberg sampai memenuhi ruang.Pastu,taruk lah susu pekat dalam 3 sudu juga.
4.Lepas tu, baru lah dicurahkan air suam ke dalam Mug.
5.Ais tu cair? Jangan risau,tambah je lagi sampai tak cair.
6.Kacau ikut anti-clockwise.
7.Then,tersedialah milo ais aku untuk diminum.

Sambil minum Milo ais,aku teringat Madam Saleha yang penah ajar aku Separation Technology bagitahu,sampai hari ni orang yang buat milo belum ada cara macam mana tak nak bagi mendakan kat air milo.Aku pun terus meneguk sampai habes untuk tengok,sama ada saintis2 dalam Milo dah atasi belum mendakan2 ni.Dan,ternyata produk Milo tetap ada mendakan.Ko tunggulah Milo,aku dah dapat ijazah nanti aku akan pikirkan cara nak nyah kan mendakan tu.Tunggu.
nampak tak ada serdak kat dasar gelas?

**tahukah anda kita bertawaf di Kaabah mengikut arah lawan jam(anti clockwise).

1 comment:

KOMEN-KOMEN LA