Monday, June 20, 2011

Bukan salah Adik




Bayi ini tidak bersalah langsung.
Tapi tergamak si ibu membuangnya.
Cukuplah di dada2 akhbar.
Sampai bila ?

Kau buang dari tingkat lima.
Kau campak dalam tong sampah.
Kenapa?
Bayi ini menyusahkan kau?
Aku selalu tertanya
Apa kau fikirkan saat kau campak mereka
Tenteram kah kau selepas membuang satu nyawa
kau ada jawapan

Bertaubatlah selagi bernyawa

..............................



Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.

Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.

-cara apa lah aku boleh buat selamatkan bayi2 ni.Setakat tulis2 dalam blog ni,diorang ni baca ke blog.Bukan diorang lagi suka berkepit ke? Bila aku fikir,betul kata pepatah ni 'mencegah lagi baik dari mengubati'.Baik kita sedarkan dorang sebelum benda dah terjadi.Kalau Superman wujud pon,belum tentu dia dapat selamatkan bayi2 yang kena buang tu.Marilah kita berserah kepada Allah

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA