Monday, June 13, 2011

Arif Farhan si bongsu

''Mama,tadi arif kena denda sebab tak siap keje sekolah.Cikgu Zul suruh dia gigit buku dgn berdiri sbelah kaki jer,'' celoteh adik pompuan aku lepas balik sekolah.

Aku dengar je rasa tersentak.Dari Tahun Dua aku dah kenal Cikgu Zul dan dia pun dah kenal aku yang sentiasa memegang rekod cemerlang.Malu aku bila adik kena denda.Mama terus mengomel marahkan si bongsu arif,adikku.Tapi sekejap.
Tidak segarang masa aku kecik2 dulu.Salah sikit dijeritnye sampai bergema satu kawasan.Kalau merotan dicapainyer ape yang ada.Agaknyer dek garang mama aku dulu,aku tak pernah kena denda kat sekolah.

Tapi adik2 terima nasib yang laen sekarang.Mereka lagi manja.Untuk la korang ada abang mithali macam aku.Dan sebagai abang,aku terpikir jugak la naseb adik2 aku ni,kecik2 dah ada macam2 ragam,klu dah besar aku pun tak taw la.Takpe,aku bagi pengajaran hari ni kat arif.Selalunya aku nak ke kedai bawak dia,tapi hari ni aku tak bagi pon dia ikut.Aku kata orang rajin je boleh naik motor ni.Arif yang berharap kat tepi tangga tadi terus merajuk masuk semula dalam rumah.Rasakan.

Bukan membuli.Tapi mengajar.Kalau sape2 yang ada adik degil2 dan nakal2 tu,jangan la diabaikan je.Bertanggungjawab la didik mereka kerana anda juga pernah seperti mereka kan.Jangan lupa tu.^^


2 comments:

KOMEN-KOMEN LA