Sunday, June 5, 2011

aku salah,salah kau


Jangan terpedaya dengan gambar.Hehe.Anggap je ia sebuah ilusi optik.Berbalik pada SALAH tadi,setiap manusia membuat salah.Termasuk manusia dalam gambar di atas,memang tak pernah lari dari melakukan kesalahan.Itu sebab salah satu kesalahan manusia adalah mengata dan memperlekeh orang yang buat salah.Salah tu.Orang yang buat salah belum tentu dia sedar kesalahan yang dia buat,tapi yang dah nampak dan tahu orang tu salah bukan nak ditegur tapi di suntik nyer dos-dos maki hina.Lagi la empuk la kesalahan yang orang tu buat.

Ada jugak tu bila orang len buat salah dia merasakan dirinya betul,dan asyik baca salah orang jer.Kau salah buat itu,kau salah ini.Satu je aku tanam dalam diri,kalau dua pihak bertelagah pasal sape betul sape salah,ak isytiharkan dua2 salah.Kenapa aku cakap camtu?Sebab tepuk sebelah tangan takkan bunyi.So,jangan jadi lebih sudu dari kuah.Jadi jangan biarkan diri anda berasa bersalah dengan biarkan orang lain berbuat salah.Menunjuk ajar itu baik dari berkurang ajar.


Ada satu cerita pasal salah:-

Ahmad dan Abu jalan.Tengah jalan-jalan Ahmad jumpa jam tangan mahal atas jalan.Abu biarkan je.Mereka jalan-jalan lagi dan ada sekeping rm10 atas jalan.Ahmad amik dan simpan dalam sakunya.Abu tanye Ahmad dia nak buat ape dengan apa yang dia jumpe tadi.Ahmad kata dia nak jual jam tu gune duit tu nak pi tengok wayang.Abu pun kata ''OK''.
Masing2 balik rumah masing2.Abu balik rumah dan terdengar perbualan ayah dan ibunya.

Ayah:Mak nyer,malang la nasib hari ni
Mak: Nape plak Pak nyer?
Ayah:Tadi aku ada beli jam Rolex untuk hadiah hari jadi Abu.Aku letak dalam poket tapi balik tadi aku perasan yag poket aku dah koyak.Habes jam ngn baki duit nyer tecicir.
Mak:Awak tak check kat jalan yang awak lalu tadi ke?
Ayah: Dah keliling aku pusing,takde.Dah ada orang amik la tuh

Abu yang terdengar terus tergamam.Terus dia jumpa Ahmad nak minta sume benda tadi.Dah terlambat.Ahmad dah gunakan duit tu.Jam pun dah jual dah.Abu menyalahkan Ahmad sebab amik sume benda tu yang bukan milik Ahmad pun.Tapi Ahmad mencelah ,''Suka2 hati ko je tuduh aku camtu kan.Kalau dah taw nape tak tegur aku awal2.So,kalau aku salah,salah kau la jugak''.

-Moral of the story kan,perbuatan salah tu akan berbalik pada diri kita kalau kita biarkannya.Mencegah lagi baik dari mengubati.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA