Wednesday, June 29, 2011

Kisah Ibrahim Adham

Diriwayatkan bahawa seorang ahli sufi terkenal;
Ketika sedang berjalan, Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalnya lalu bertanya kepadanya, "Engkau seorang hamba?"

Jawab Ibrahim, "Ya".

"Di mana tempat perkampungan terdekat?" tanya lelaki itu.

Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke perkuburan yang ada di dekat situ sambil berkata, "Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki".

Lelaki itu mundur sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata, "Aku menanyakan letak perkampungan, mengapa kamu menunjukkan pekuburan kepadaku? Apa kamu hendak mengolok-olok aku?".

Dengan penuh kemarahan, lelaki itu memukul kepala Ibrahim dengan tongkatnya sehingga darah bercucuran dari kepala Ibrahim. "Pukullah kepala yang telah lama berbuat dosa kepada Allah ini", gumam Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya.

Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian ini diketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata, "Hai lelaki, tahukah maksiat yang telah kamu lakukan hari ini? Kamu baru saja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul Syeikh Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal."

Mendengar ini, lelaki itu segera kembali mendatangi Ibrahim lalu meminta maaf. Ibrahim kemudiannya ditanya olehnya, mengapa dia mengaku dirinya hamba. Jawab Ibrahim, "Kamu tidak bertanya: Engkau hamba siapa. Kamu hanya bertanya engkau seorang hamba. Kerana itulah aku menjawab 'ya' kerana aku adalah hamba Allah. Dan apabila kamu menyebat kepalaku, aku telah pun berdoa agar Allah memasukkan kamu ke dalam syurga."

"Bagaimana mungkin?", seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur heran. "Karena, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar, dan balasan bagi orang yang sabar tidak lain adalah syurga. Jadi, tidaklah pantas jika aku masuk surga karena kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana", jelas Ibrahim bin Adham.

Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, dan di dalam hatinya, tidak terdetik untuk membalas dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menzaliminya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah”.(Riwayat Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”. (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.” (Riwayat At-Tirmizi)

Monday, June 27, 2011

Membuat Milo Ais



Cuaca semenjak bermenjak-menjak ni agak panas.Mandi jeram pun belum tentu puas.
Aku dengan berpeluh lagi,rimas pulak rasa.Best pulak kalau ada aircond kat rumah ni.
Kalau takde pun,cukup lah ada Seven E sebab boleh lah aku menyemak kat dalam tu sambil menyejukkan badan.Itupun kalau ada.Tapi memandangkan takde,cara nak sejukkan badan dengan minum air sejuk jelah.Tak beli tapi buat sendiri ok.Banyak-banyak air kenapa Milo yang aku nak sejukkan.Senang je,sebab aku suka tagline Milo,''Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat''.Tak payah nak pergi gym kan.=p

Berbalik kepada cara aku bancuh Milo.
Ini cara aku,percaya boleh tapi jangan ikut.

Barang-barang:-

-mestilah Milo
-susu pekat manis.Lagi pekat lagi manis.
-air suam dengan suhu 69.7 darjah celcius.
-sudu dan mug yang ada gambar Mickey Mouse
-Aisberg

Cara-cara:-
1.Baca bismillah sebab awal perkara mestilah dengan nama-Nya
2.Masukkan Milo dalam 3 sudu.Nak banyak2 pon takde ikut suka.
3.Letak Aisberg sampai memenuhi ruang.Pastu,taruk lah susu pekat dalam 3 sudu juga.
4.Lepas tu, baru lah dicurahkan air suam ke dalam Mug.
5.Ais tu cair? Jangan risau,tambah je lagi sampai tak cair.
6.Kacau ikut anti-clockwise.
7.Then,tersedialah milo ais aku untuk diminum.

Sambil minum Milo ais,aku teringat Madam Saleha yang penah ajar aku Separation Technology bagitahu,sampai hari ni orang yang buat milo belum ada cara macam mana tak nak bagi mendakan kat air milo.Aku pun terus meneguk sampai habes untuk tengok,sama ada saintis2 dalam Milo dah atasi belum mendakan2 ni.Dan,ternyata produk Milo tetap ada mendakan.Ko tunggulah Milo,aku dah dapat ijazah nanti aku akan pikirkan cara nak nyah kan mendakan tu.Tunggu.
nampak tak ada serdak kat dasar gelas?

**tahukah anda kita bertawaf di Kaabah mengikut arah lawan jam(anti clockwise).

Gelanggang anak jantan

Pantang berlawan tak ada musuh.Tapi itulah segelintir umat sekarang.Sengaja bermusuh.Kalau betul anak jantan,satu lawan satu biar buku bertemu ruas.Jangan hanya terpekik,terlolong minta faedah tapi sebaliknya nak menyingkap padah.

Gelanggang dah tersedia.Berani masuk,pengecut keluar.Gelanggang penentu menang antara kita dan kita.Biar putih tulang,jangan putih mata.Biar bunuh orang asal jangan hilang negara!!.Tunggu.

Seorang pendekar tidak bermusuh dengan gelanggang tapi bermusuh dengan lawannya.Gelanggang cabuk,pagar runtuh bukan penghalang mereka beradu kekuatan.Menang atau kalah menjadi taruhan.Bukan tugas pendekar BERSIHkan gelanggang.Tak perlu.

Akhir sekali,adat bertanding yang menang akan dijulang yang tewas perlu mengatur balas.Bukan salah menyalah sampai tak sudah.Adapun gelanggang itu tetap disitu menanti sang pendekar baru.

p/s: Kalau tak dipecahkan ruyung,mana nak dapat sagunya.

Sunday, June 26, 2011

Getah

Masih bergetah.Maksudnya masih muda,remaja,kuat dan semaksud dengannya.
Dan aku antara yang masih bergetah.Kau tua mungkin bergetah tapi getah sekerap.Busuk dan liat.Asid mencairkan.Kalau getah dah melekat susah nak tanggal.Baik pada baju mahupun seluar,alamat tak hilang la kesan lekatan.

Kita manusia macam getah.Sentiasa melekat.Mudah terikat.Terikat dengan undang-undang,melekat dengan kawan-kawan dan terpikat oleh cinta.Namun,getah takkan selamanya bergetah.Ia akan pejal,keras dan liat.Ia banyak manfaat dan banyak gunanya.Sebelum menjadi getah,aku nak manfaatkan saat2 bergetah.

Friday, June 24, 2011

Ucap Terima Kasih.

Terima kasih kerana membaca blog ni.
Terima kasih kepada yang jadi follower blog ni.
Terima kasih kerana bagi komen.
Terima kasih banyak-banyak.
Kadang-kadang manusia lupa nak mengucapkan terima kasih pada benda yang remeh.Ingat,seciput mana pun benda tu pada kita,asalkan kita mendapat manfaat darinya,berterima kasihlah.Adat Melayu tulen,berterima kasih atas pemberian orang lain.Dan menjawabnye juga perlu.

Seriously,orang yang selalu cakap terima kasih ni jenis yang orang sangat menghargai orang laen.Tambah lagi lemparkan senyuman sambil berterima kasih.Perghh,leh bikin cair sanubari.Tapi zaman 'sekarang' adat dah tolak tepi.Ucapan terima kasih dah tak lunak di ucap lagi.Dalam ayat mudah,Melayu sudah lupa.Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih.Terima kasih.=)

Monday, June 20, 2011

Bukan salah Adik




Bayi ini tidak bersalah langsung.
Tapi tergamak si ibu membuangnya.
Cukuplah di dada2 akhbar.
Sampai bila ?

Kau buang dari tingkat lima.
Kau campak dalam tong sampah.
Kenapa?
Bayi ini menyusahkan kau?
Aku selalu tertanya
Apa kau fikirkan saat kau campak mereka
Tenteram kah kau selepas membuang satu nyawa
kau ada jawapan

Bertaubatlah selagi bernyawa

..............................



Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.

Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.

-cara apa lah aku boleh buat selamatkan bayi2 ni.Setakat tulis2 dalam blog ni,diorang ni baca ke blog.Bukan diorang lagi suka berkepit ke? Bila aku fikir,betul kata pepatah ni 'mencegah lagi baik dari mengubati'.Baik kita sedarkan dorang sebelum benda dah terjadi.Kalau Superman wujud pon,belum tentu dia dapat selamatkan bayi2 yang kena buang tu.Marilah kita berserah kepada Allah

Tempoyak dan durian


1.Ada orang,makan durian ,tapi tak makan tempoyak.
Itu orang jenis pentingkan diri dan hidup dalam dunia sendiri semata-mata.

2.Ada orang makan tempoyak tapi buah durian dia tolak tepi.
Ini orang jenis gedik nak mampus.Tak sedar apa yang dia buat.

3.Tapi ada jugak yang durian tak suka,tempoyak lagi la kan.
Ini lah Mat Salleh.The disgusting fruit lah,apa lah.

  • DURIAN = Major
  • TEMPOYAK = Minor


Dalam kehidupan student:-

1.Mereka yang belajar subjek yang penting or killer,tapi abaikan yang senang.
2.Mereka pegang jawatan tinggi2 dalam persatuan dan sebagainya,tapi belajar mereka hancur.
3.Mereka yang bodoh sombong.

Dalam hubungan keluarga:-

1.Kau baik dengan mak ayah kau,tapi kau tak pernah kenal adik beradik mak ayah kau.
2.Kau bagus bila jenguk sedara mara kat kampung,tapi adik kau tak cukup belanja kau tak amik tahu.
3.Kau tak layak ada dalam keluarga.

Dengan kawan-kawan:-

1.Selalu kau mintak kawan kau tunjuk ajar kau,tapi bila kawan kau ada masalah kau biarkan.
2.Ajak kawan pergi tengok wayang tapi kau tak ajak dia pegi sembahyang bila masuk waktu.
3.Kawan2 ingatkan kau ni spesis alien.

Dengan guru-guru:-

1.Kau amik ilmu yang dia bagi,tapi kau tak penah hormat dia,tak pernah doakan dia.
2.Kau selalu bodek cikgu,sampaikan asik muka ko je kat bilik guru tapi bila result keluar cam tahi plak.
3.Kau sekolah pendidikan khas.

p/s: Lenkali kalau tak makan tempoyak jangan makan durian pastu kalau tak makan durian pulak jangan makan tempoyak.Dua2 benda ni benda yang sama.Bau sama,rasa hampir sama cuma cara makan je beza,So jangan la pilih salah satu je.Moral of the story,amik secara menyeluruh jangan separuh-separuh.

Friday, June 17, 2011

selamat hari bapa

Assalamualaikum..

Aku dedikasikan entri kali ini untuk bapa ku, Encik Abas bin Ali yang sangat di hormati.
Perit jerih ayah lakukan untuk aku tak mungkin aku balas.
Tak pernah dia abaikan tanggungjawab sebagai bapa,tatkala di luar sana ada bapa2 yang menganggap anak2 mereka sebagai beban hidup mereka.Aku sangat sanjung ayah.
Makanku,pakaianku,pendidikanku,agamaku semuanya ayah berikan.Terima kasih ayah.
Moga anakmu ini dapat membalas jasa2 mu kelak.



Monday, June 13, 2011

Arif Farhan si bongsu

''Mama,tadi arif kena denda sebab tak siap keje sekolah.Cikgu Zul suruh dia gigit buku dgn berdiri sbelah kaki jer,'' celoteh adik pompuan aku lepas balik sekolah.

Aku dengar je rasa tersentak.Dari Tahun Dua aku dah kenal Cikgu Zul dan dia pun dah kenal aku yang sentiasa memegang rekod cemerlang.Malu aku bila adik kena denda.Mama terus mengomel marahkan si bongsu arif,adikku.Tapi sekejap.
Tidak segarang masa aku kecik2 dulu.Salah sikit dijeritnye sampai bergema satu kawasan.Kalau merotan dicapainyer ape yang ada.Agaknyer dek garang mama aku dulu,aku tak pernah kena denda kat sekolah.

Tapi adik2 terima nasib yang laen sekarang.Mereka lagi manja.Untuk la korang ada abang mithali macam aku.Dan sebagai abang,aku terpikir jugak la naseb adik2 aku ni,kecik2 dah ada macam2 ragam,klu dah besar aku pun tak taw la.Takpe,aku bagi pengajaran hari ni kat arif.Selalunya aku nak ke kedai bawak dia,tapi hari ni aku tak bagi pon dia ikut.Aku kata orang rajin je boleh naik motor ni.Arif yang berharap kat tepi tangga tadi terus merajuk masuk semula dalam rumah.Rasakan.

Bukan membuli.Tapi mengajar.Kalau sape2 yang ada adik degil2 dan nakal2 tu,jangan la diabaikan je.Bertanggungjawab la didik mereka kerana anda juga pernah seperti mereka kan.Jangan lupa tu.^^


Sunday, June 5, 2011

aku salah,salah kau


Jangan terpedaya dengan gambar.Hehe.Anggap je ia sebuah ilusi optik.Berbalik pada SALAH tadi,setiap manusia membuat salah.Termasuk manusia dalam gambar di atas,memang tak pernah lari dari melakukan kesalahan.Itu sebab salah satu kesalahan manusia adalah mengata dan memperlekeh orang yang buat salah.Salah tu.Orang yang buat salah belum tentu dia sedar kesalahan yang dia buat,tapi yang dah nampak dan tahu orang tu salah bukan nak ditegur tapi di suntik nyer dos-dos maki hina.Lagi la empuk la kesalahan yang orang tu buat.

Ada jugak tu bila orang len buat salah dia merasakan dirinya betul,dan asyik baca salah orang jer.Kau salah buat itu,kau salah ini.Satu je aku tanam dalam diri,kalau dua pihak bertelagah pasal sape betul sape salah,ak isytiharkan dua2 salah.Kenapa aku cakap camtu?Sebab tepuk sebelah tangan takkan bunyi.So,jangan jadi lebih sudu dari kuah.Jadi jangan biarkan diri anda berasa bersalah dengan biarkan orang lain berbuat salah.Menunjuk ajar itu baik dari berkurang ajar.


Ada satu cerita pasal salah:-

Ahmad dan Abu jalan.Tengah jalan-jalan Ahmad jumpa jam tangan mahal atas jalan.Abu biarkan je.Mereka jalan-jalan lagi dan ada sekeping rm10 atas jalan.Ahmad amik dan simpan dalam sakunya.Abu tanye Ahmad dia nak buat ape dengan apa yang dia jumpe tadi.Ahmad kata dia nak jual jam tu gune duit tu nak pi tengok wayang.Abu pun kata ''OK''.
Masing2 balik rumah masing2.Abu balik rumah dan terdengar perbualan ayah dan ibunya.

Ayah:Mak nyer,malang la nasib hari ni
Mak: Nape plak Pak nyer?
Ayah:Tadi aku ada beli jam Rolex untuk hadiah hari jadi Abu.Aku letak dalam poket tapi balik tadi aku perasan yag poket aku dah koyak.Habes jam ngn baki duit nyer tecicir.
Mak:Awak tak check kat jalan yang awak lalu tadi ke?
Ayah: Dah keliling aku pusing,takde.Dah ada orang amik la tuh

Abu yang terdengar terus tergamam.Terus dia jumpa Ahmad nak minta sume benda tadi.Dah terlambat.Ahmad dah gunakan duit tu.Jam pun dah jual dah.Abu menyalahkan Ahmad sebab amik sume benda tu yang bukan milik Ahmad pun.Tapi Ahmad mencelah ,''Suka2 hati ko je tuduh aku camtu kan.Kalau dah taw nape tak tegur aku awal2.So,kalau aku salah,salah kau la jugak''.

-Moral of the story kan,perbuatan salah tu akan berbalik pada diri kita kalau kita biarkannya.Mencegah lagi baik dari mengubati.

Wednesday, June 1, 2011

S.W.O.T analysis


Apa itu SWOT Analysis?Adakah ia subjek baru dalam exam?adakah ia tajuk blog terkenal? Semua adalah salah sama sekali.SWOT adalah huruf awal bagi pecahan perkataan Strength,Weakness,Oppurtinities dan Threat.Apa faedahnya kalau kita tahu pasal SWOT? Meh sini aku terangkan.

Sun Tzu pernah berkata dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan musuh,setiap peperangan dapat diungguli dengan kemenangan.Maksud yang aku nak sampaikan adalah PERSEDIAAN.Untuk buat apa sahaja,perlukan persediaan yang rapi.Victory love Preparation.Jadi SWOT Analysis membantu kalian membuat persediaan yang rapi bagi setiap pekerjaan,misi, dan segala objektif yang mahu dicapai.Masih tidak faham..? Aku bagi contoh pulak...

Misi: Mengurat Saleha

Kekuatan
-aku suka saleha sangat2
-aku pandai berkata2
-aku ada kereta kancil
-adik aku rapat dengan saleha
-aku handsome

Kelemahan
-abang saleha garang
-saleha tak suka lelaki botak
-saleha tak suka lelaki ada janggut

Peluang
-saleha selalu pergi library petang2(so,gi lah library)
-saleha suka dengar lagu Bruno mars(belikan dia album)
-saleha balik lalu jalan tu (buat2 lalu jalan tu dan tegur dia)

Ancaman
-Rahim pun suka saleha
-Kawan2 saleha selalu ada dengan saleha

So,kalian faham tak ape guna nyer SWOT ni dalam merancang.tak percaya leh try la.Apa2 pun yang kalian lakukan untuk hasil yang baik pastikan tahu kekuatan dan kelemahan diri,peluang yang ada dan ancaman atau risiko yang bakal berlaku.Tapi ,berdoa dan tawakkal pun penting.Kalau berjaya,alhamdulillah tapi sekiranya gagal insyaAllah di lain perancangan kalian berjaya semula.


p/s: boleh dipakai kepada presiden2 persatuan,pengarah projek dan sesiapa yang selalu merancang sesuatu hatta peniaga nasi lemak sekalipun.Tahukah anda,peniaga2 cina berjaya kerana memegang teori Sun Tzu ini.
Renung2kan dan selamat beramal.

Umur


Umur belum tua tapi tanggungjawab dah ada
tak perlu tunggu tua,tak perlu lanjut usia
memang baligh je kita Tuhan dah bagi rencana
tak kesah la kecik ke besar semua akan kena

Aku umur masih muda,nak rasa happy selalu
tapi pikir2 balik takkan nak jadi macam tu
so,aku kena ubah pemikiran dan tingkahlaku
mudah2an diri aku lagi baik dari dulu

Kalau dulu separa matang,sekarang kena sehabes matang
kena pikir pasal study,pasal masa depan dan wang
walaupun jiwang tapi belum time untuk 'sayang2'
InsyaAllah kalau dah jodoh konfem tak melayang

Haish.. aktif sana aktif sini dengan persatuan
Kadang2 terlupa berdakwah amanat Tuhan
Dulu time sekolah selalu bagi peringatan
tapi dah masuk U nak tegur kang takut hilang kawan

Memang cepat tacink perangai aku
tapi umur dah 21 mana boleh camtu
kena jaga emosi dan berfikir dalam setiap perilaku
silap2 haribulan kalau tacink2 nanti penumbuk kena kat dagu

Tak taw la kenapa aku punyer post camni
nak kata pantun bukan lirik lagu apatah lagi
maybe sebab umur so tune writing dah lari
tak kesahla asalkan sampai isi di hati

Memang umur pemuda umur berharga
Badan masih kuat otak pun berguna
lagi baik diguna daripada wat benda sia2
Moga2 dah tua teringat balik jasa muda