Thursday, May 26, 2011

Perihal kering.

Kering itu sering.Kadang-kadang dari basah jadi kering.Dari kaya pun jadi kering.Dari kurus terus kering.Aku bukan ada harta nak di kering sebab aku memang kering.Nak kata kurus pun tak ,sesedap badan je aku rasa.Habes kenapa aku kering?

Jiwa kering,kasih sayang kurang.Stop it! Aku tak mahu seperti mereka.

Benci aku mereka kata mereka kurang kasih sayang,mahukan perhatian lebih dan berjiwa kacau.Sialan.Bukak je facebook terus nampak mereka.

Air yang mengalir untuk dihirup,masih kurang kah kasih sayang(air) itu?
Angin yang menghembus ke muka,tidak cukup kah belaian(angin) itu?
Kitabullah yang tenang jika dibaca,masih kacau kah jiwa saat mendekatinya?

Kering itu jangan selalu.Kering amalan menjawab kat akhirat.Sentiasalah basah.Basahkan lidah dengan zikir2 mengingatiNya.

Tabiat yang buang tebiat




Monday, May 23, 2011

Special Card!

Haha.I grab a letter on the desk.I see my name on it.Ini surat suruh bayar pinjaman ker?I thought a debt collecter send me a warning.Tapi bukak2 jer i saw a small cute bear on a card.Wow! Ada birthday card la(my birthday on 18 May).Mama already gave me a Casio analogue watch.Then,who sent me this card?(thinking and thinking). Sangat classic tapi i like.So I bet it is from her before i read and confirmed that she give me.=p


I dedicated this post to thank a very very much to her for the support and motivate through this card.Sometimes,a simple word can be meaningful and memorable.

Cukup sekali sudah

Oh dah cukup la tu
Tak payah nak ulang benda yang sama
Aku pun tak suka perangai yang lama
Baik berhenti

Sekali aku dah tahu ..cukuplah
Tahulah aku nak berhati-hati
Rasa besar diri tak ke mana
Kalau ke mana pun tak kekal lama
Kalau kekal pun takkan ada orang suka
betul kan?

Sudah-sudahlah macam tu
Kadang2 tak kuasa kudrat melayan
Lagi baik dikerah buat kebajikan

Tapi balik kepada asal,kepada fitrah
Ikut resmi padi makin tunduk makin berisi
Menjadi

Berat mata memandang,berat lagi hati memikul


Akhirnya, khatam 16 episod cerita My Girl dah ku khatam(ada ke patot khatam cerita korea).Yes!! Berat mata nak memandang skrin lappy nak menghabeskan semua episod yang jumlah purata masa 1 ep: 1 jam.Lagi berat hati nak memikul plot2 cerita yang berbunga-bunga.Cerita yang dah basi ni pun nak di jaja lagi .Sori ler,aku bukan mat bunga nak ulas2 kisah cinta dalam cerita ni.Tapi nak kaitkan pasal diri sendiri di semasa ini.

Kerja apa nak dibuat cuti semester ni untuk tambah side income?(T_T)

Kalau tengok cerita korea ni , time dorang give up je mesti genggam penumbuk sambil menyiku ke bawah dan cakap ''fighting!!''.Amboi.. positifnye dorang.Kalau aku macam tulah duk fighting2 berjam-jam ,belum tentu ada rezeki datang bergolek.Tapi aku suka style depa yang tak mudah mengalah.Patotlah Dr.M dulu buat dasar pandang ke Timur(Korea kan belah Timur).So,maybe lifestyle mereka ni yang rajin,kuat berusaha dan motivasi tinggi elok dibuat tauladan.

Semoga ada sesuatu yang aku pelajari sepanjang cuti semester ini.Baasya!^^

Saturday, May 21, 2011

Bersama keluarga


Syukur aku bersyukur.Seperti serba serbi lengkap bila di pangkuan keluarga.Mendengar leteran mama memarahi adik,melihat kenakalan adik-adik serta memerhati ayah menonton berita sudah cukup memuaskan hidupku.Selama ini terpelosok dalam kesibukan pelajar sampai tak rasa diri ini wujud dalam sebuah keluarga.

aku lega melihat mereka tersenyum.

Begitu besar ertinya sebuah keluarga.Maka,hargailah keluarga.

Dengan apakah kebahagiaan keluarga itu diukur?Sudah semestinya bukan wang ringgit.
Carilah kebahagiaan dalam keluarga itu.Kerna,jika mengalir kebahagiaan dalam kehidupan kita tidak lain puncanya selain dari air mata air kebahagiaan keluarga.

Tuesday, May 10, 2011

Muram durja.

Sungguh durjana muram itu.
Aku nak senyum tapi tawar.Gadis lari.

Sia-sia muram itu.
Aku berfacebook mencari happy.Gadis lari lagi.

Kusut betul muram itu.
Asap berkepul-kepul di udara.Terus gadis tiada.

Oh muram tiada teman.
Nak mati... -...kan suiz lampu.

Selamat beristerirehat.

Semoga mimpi tiada muram.
Ada gadis datang melaram.

Entah

Susah nak faham.Lagi-lagi bila tak faham
Tiada yang akan faham.Aku bukan nak buat kau faham.
Tapi cuba faham aku boleh tak.Malas aku cakap dengan kau.
Sekali sekala kita bekerja,sekali sekala kita berjumpa tak lekang dek caci cela.
Bukan dari mulut kau tapi dari mulut aku.Kau tak paham aku.Aku nak kau paham aku.

Bisu.
Buta.
Tapi bukan pekak.Aku akan selesaikan hal ini dengan kau.Tunggu.

gula bersemut


After beberapa tekanan dek peperiksaan dan kerja sukarela itu,aku perit.
Perit kepala nak berpikir,perit hati nak menahan.Perit semut tak bergula.Gula? Apa kaitan gula dan semut?.Tak guna belajar BM kalau tak tahu peribahasa di mana ada gula di situ ada semut.

Mereka bersusah untuk sesuatu.Tapi aku bersusah untuk membantu.
Bergerak merangkak tersungkur terhentak.Peduli apa aku susah.Peduli apa aku payah.
Kalau kertas berharga itu adalah gula,dah tentu aku guna sebagai bayaran.
Bodoh.Kita bukan duduk dalam dunia khayalan.Segala dah di atur.