Sunday, April 10, 2011

Apa perlu buat bila habes duit

Bila dah hujung bulan ,itu normal kalau duit tinggal sekepok je dalam bank tapi kalau awal2 bulan dah 'kering' memang cari nahas.Memang padan kat muka sendiri.Padah bila berbelanja tak ingat dunia,terpaksa la merana.Haha.Tapi yang penting jangan gelabah puyuh sebab setiap perkara mesti ada penyelesaiannya.Hatta,kalau buasir pun ada cara nak ubatnya taw.So,pada member2 yang pinjam duit tu,yang pegi mintak2 kat orang tu korang anggap je diorang dah menggelabah puyuh sebab dorang takut mati takde duit.Actually dengan ada Rm50 kita leh hidup seminggu.Lama gak tu taw.Kalau sebulan baru jer Rm200.Sangat jimat,kan?



Okay.Kalau nak taw cara-cara jimat yang aku selalu buat bila duit di hujung2 sen ni,adalah :-

  1. Jangan harapla aku nak topup.Kalau dua minggu takde topup,memang aku bior je la henset tu penuh inboxnyer sebab aku tak reply.
  2. Makan ape yang ada.Mean,aku takkan makan ikut kebiasaan.Kalau selalu lunch makan nasi,so aku tukar menu makan roti ker,minum milo ker.Tapi aku suka makan coklat Cloud 9 tu.Di samping menjimatkan,coklat ni leh tambahkan energy.
  3. Jadi anak dara sunti dengan duduk umah je.Sebab kalau kluar konfem nek motor,kalau naek motor kena isi minyak.So baek duduk umah je.
  4. 4.Tawakkal je lah.

Tapi kalau takde duit sangat, korang jangan buat benda ni sebab aku tak suka buat benda ni pada orang and tak suka orang buat pada aku.

  • Pinjam duit orang sebab jatuh martabat ko.Kalau amik takpe tapi jangan sesekali cakap ''saya nak pinjam duit'' kat orang.
  • Jangan mencuri sebab sape2 yang mencuri kena potong tangan.
  • Belanja sakan sangat.Bodoh orang macam ni.Dah taw takde duit nak gak beli itu,beli ini makan itu,makan ini.

Jadi kalau ada yang nak kehabesan duit lepas ni,leh la follow tip2 ni.Sebab biasanya orang yang habes duit ni adalah orang yang baik.Hahaha.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA