Sunday, March 27, 2011

Terbengkalai + Dialek



Fuhhh..Sekali lagi blog ni bersawang.Nak kena kemas kini dan
hias balik dengan entri.Kalau blog ni macam sebuah rumah la,
agak2 dah berlumut,lalang pun dah tinggi Justin Bieber,cat
pun dah luntur dek tak terjaganya.My fault.Sorry ye Encik Blog
sbb tak jaga kamu.



Kali ni aku nak membanggakan diri aku menulis pasal dialek
negeri kelahiran aku iaitu Negeri Sembilan.Tak kenal maka tak
taw.Kalau nak ikutkan aku bukan la selalu sangat bcakap dalam
loghat Negeri Sembilan.Tak pekat sangat la.Ikut keadaan and
tempat la kalau aku nak cakap.Loghat kami ni tak berbelit lidah
so kami masih boleh berbahasa baku lagi atau cakap Key Ell(KL).
Lain la sahabat pantai timur sana,ke mana je dorang pegi,loghat
dorang takleh nak tinggal.Ada yang kata loghat kami kasar,ada
yang kata kelakar ada yang kata tak senonoh.Sama2 la korang
menilai keunikannya.

Antara perkataannye:

Lompek = lompat
sapo = siapa
Dogheh = deras/cepat
meghano = merana
Maleh = malas
monangih = menangis
polek = pelik
pengka = tak tepat
kochik = kecil
jang = panggilan untuk budak lelaki
sanggit = sangkut
den = aku
ese = saya

Ada macam2 lagi la dialek kami.Kang kot den tulih kang buek ponek
plak nak menghapa eh.Kot nak banyak laie poie tanyo la
memba2 yang duk nogri sembilan yo.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA