Sunday, March 27, 2011

Lihatlah alam...


aku yang belah kiri sekali


ni aku jugak

Okay first of all memang sengaja aku letak gambar sendiri untuk mencapub ( mencari publisiti).
Haha.Inilah aku bersama Alam.Bukan Akademi Laut Malaysia (ALAM) tu walaupun ada gambar2 air tu tapi alam ciptaan Tuhan yang indah ni.Tampak satu keterujaan kalau di lihat seorang jejaki berani tengah beraksi kat dalam gambar tu.Mencapub lagi!!..

Ok point to the serius thing.Alam.Selama ni kita memang berada dalam sebuah alam kehidupan.Tapi kehidupan yang bagaimana??! Pagi keje petang balik atau malam study pagi pegi kuliah..?? Itu robot pon boleh buat.Sesekali hadirkan lah diri untuk benda2 yang bukan kebiasaan dan bukan dalam sistem.Inilah caranya.Ke hutan,ke pantai ,berjalan2 melihat manusia.Tak semestinya korang kena masuk hutan or berlumpur sume korang boleh hayati alam ni dengan cara sendiri.Aku ada kawan yang belajar di Amerika sana,amie namanya.Dia ni memang suka berjalan kat Amerika tu sampaikan aku pelik dia ni pelajar ke pelancong.Hehe.Tapi tujuan dia sama untuk melihat alam ciptaan Allah ni.Dan sebagai pelajar or pekerja makan gaji,janganlah duduk terperap memandang kertas hitam putih jer.Keluarlah melihat alam(macam ayat paksa je kan..huhu).






Selangkah kita berbuat sesuatu kerana Allah,bergembiralah kerana Allah meredhai perjalananmu.
Ke pantai atau ke lembah,sentiasa ingat bahawa semua itu dijadikan bersebab sebagaimana terjadinya diri kita.
Mencipta kejayaan pada sekeping ijazah tidak sama dengan mencipta kejayaan bersama selembar pengalaman.
Manisnya menjalani kehidupan bukan pada kesempurnaan tapi pada kesukaran.
Lihatlah alam kerna alam itu sentiasa bersama kamu


**gunung oh gunung,bila lagi mahu bersua....

1 comment:

  1. hidup bersama alam... nice.. tp part mencapub tu cam tetttt.. hahahah

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA