Thursday, February 24, 2011

Hidup perlu perancangan.

Aku lelaki.Dan sebagai lelaki tanggungjawab dalam hidup sangat banyak.Tapi satu kelemahan yang tak patut ada oleh seorang lelaki macam aku adalah tidak merancang.Bila bahu memikul tanggungjawab,kecil atau besar,perancangan sangat perlu.Tapi kenapa aku tidak merancang.Sebab aku lebih suka menunggu dan ikut keadaan.Aku suka bebas.Semestinya orang yang berjiwa bebas macam aku ni tak suka merancang.Time ni nak buat apa,besok nak buat ape,lagi 5 tahun nak jadi aper,nak kahwin umur berapa.Sume itu adalah perancangan.Lelaki macam aku ni takde wawasan.Less of vision.Berbanding dengan wanita,perancangan diorang sangat halus dan teliti.Itu sebab diorang ada satu sifat yang lelaki jarang ada iaitu cerewet.Tapi cerewet bagus dalam hidup seseorang yang terancang.Aku yakin yang sesiapa hidup dalam lingkungan perancangan yang teliti,hidupnya lebih teratur dan selesa.Mungkin,suatu hari nanti aku capai keyakinan tu nanti.Hidup dalam perancangan.InsyaAllah.

Tapi satu jer yang sangat2 menyedarkan aku.Sesiapa yang hidup dalam jalan Islam,hidup nya lebih terancang dan teratur.Sungguh.Allah dah aturkan hidup kita ni macam time table kehidupan taw.Kalau kita tak buat ape yang Islam dah gariskan memang pincang lah jalan hidup kita.Aku andaikan yang hidup kat dunia ni sebagai tentatif program untuk kita capai objektif di akhirat.Kalau tak ikut program dengan betul ,objektif tidak tercapai.Rukun iman,rukun islam,tertib dalam solat,waktu solat sume tu sangat terancang.Dan Allah itu sendiri Maha Merancang.Di aturkan susunan bintang,kitaran orbit,lapisan langit dan banyak lagi,sume dalam keadaan yg sangat terancang.SubhanaAllah.Satu perkara yang buat hati kecil ni tersedar.Satu ungkapan yang sangat berkesan aku pernah dengar."Kalau peribadi manusia itu teruk,periksa solat dia.Baik solat dia,baguslah kehidupan dia".Benar.Orang yang solat selalu tepati masa sebab pengajaran dari solat di awal waktu.Orang yang solat selalu tekun belajar sebab pengajaran dari kekhusyukannya.Orang yang solat selalu sangat bertanggungjawab sebab melalui solat dia telah bertanggungjawab pada Allah.MasyaAllah.Sedikit kisah mengenai kehidupan insan yang terancang.Sehingga baginda pernah bersabda:
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”



PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

*Insan bergelar Muhammad Al Fatih ini sangat terancang program hidupnya.

3 comments:

  1. sangat setuju ngan kamu fakhri!
    betul tue...teringat waktu zaman kat kisas n pedas dulu..sahabat2 n ustazah2 selalu ingatkan tentg solat diawl waktu, Allah x pernah mnghukum hambanya, tapi kita yg selalu mghukum diri kita ngan x merncg dgn sebaiknya..kan

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA