Wednesday, February 9, 2011

Ditelan mati emak,diluah mati bapak

Best betol kan orang dulu2 buat peribahasa.Satu ayat yang ringkas dan padat tapi ada maksud yang mendalam.Di telan mati emak,diluah mati bapak bermaksud situasi yang memerlukan seseorang mmbuat pertimbangan yang teliti(definisi sendiri2).Kalau ayat mudahnya berada dalam keadaan dilemma la.Kalau buat camni takot jd camtu and kalau buat camtu pulak takot jadi camni.Habes kalau telan tak boleh,nak luah pun tak boleh cuba try hisap,konfem boleh.Tapi tu serba sedikit la nak bagi kefahaman sikit pasal peribahsa ni.Apa yang penting pernah tak kita berada dalam situasi macam ni.?Mesti ada punyer.Beberapa contoh berkaitan yang aku nak bagi.



BAB CINTA
Contoh bila kita suka seseorang tu tapi kita tersangat la malu takot2 di'reject'.Tapi kalau tak bagitahu konfem kita akan melepas dan perasan tu masih ada.Kan jiwa kacau tu.Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak.

BAB KERJA
Contoh macam kita ada bos yang garang dan kejam.Tambah pulak kahwin dengan bini yang cerewet,manja dan 'queen control'.Macam mana kita nak minta cuti kat bos kita kalau bini kita swuh cuti sebab bini kita nak pi shoppng tudung..?So di situ lah timbul peribahsa ditelan mati emak,di luah mati bapak.hehe

BAB KELUARGA
Sebagai anak yang soleh dan taat pada parent,kata2 mereka tak pernah di bantah.Macam mana pulak kalau situasi camni : korang nak kahwin dengan pilihan hati korang tapi parent korang ada pilihan lain dan warning kat korang kalau korang tak ikut pilihan dorang,korang derhaka(dah macam kisah Kassim Selamat dalam movie Ibu Mertuaku)

BAB AGAMA
Ini penting.Contoh korang penyanyi la kan,kena ready kat backstage sblum maghrib dengan make up and pakaian sume la.Tapi korang kena perform 8.30 malam(dekat2 Isyak). Apa2 pun utamakan urusan Allah dulu.Tak kisah la meeting perdana ker,menteri nak datang ke utamakan solat dulu.Kalau dalam kes penyanyi tadi dia kena buat pilihan,duniawi atau ukhrawi.Tak yah nak telan,tak yah nak luah tetap utamakan Allah.

8 comments:

  1. 2 sume letakkan kite kat tmpt yg mngelirukan..tp selagy bende yg kite wat 2 xslah..go on jew lawh kan??

    ReplyDelete
  2. yup..go on je dgn kptusan kita walau tkadang menidakkan kptusan yg lagi satu...kita memilih,kita menanggung...^^

    ReplyDelete
  3. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete
  4. lagu tema best r....lama nk cari...leh tau tajuk dia...melodi lagu dale blog u???

    ReplyDelete
  5. SK Tanah Merah @ tajuk lagu ni Song From Secret Garden...

    ReplyDelete
  6. cmana plak kalau kite rasa tertekan.....bila kita dh ade rancangan nak berkeluarga......tapi ade bekas kekasih si bakal suami muncul dan seolah2 menjadi punca pergaduhan yg boleh membawa keretakan dlm hubungan yg baru nak bermula..... ape ibarat terpaksa bersediah menerima keadaan retak menanti belah....ditelan mati emak diluah mati bapak...perlukah family tahu keadaan sebenar..yg kemungkinan semuanya hancur......=::::::(( penatnya...disimpan sorg2..xmampu nak bercerita pada sesapa...

    ReplyDelete
  7. @naseebah (asfal awliya')
    semoga tabah atas halangan2 yang datang.Bertanya pada yang tua,berbincang dengan yang tahu,mudah2an ad penyelesaian yang terbaik.

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA