Thursday, February 24, 2011

Hidup perlu perancangan.

Aku lelaki.Dan sebagai lelaki tanggungjawab dalam hidup sangat banyak.Tapi satu kelemahan yang tak patut ada oleh seorang lelaki macam aku adalah tidak merancang.Bila bahu memikul tanggungjawab,kecil atau besar,perancangan sangat perlu.Tapi kenapa aku tidak merancang.Sebab aku lebih suka menunggu dan ikut keadaan.Aku suka bebas.Semestinya orang yang berjiwa bebas macam aku ni tak suka merancang.Time ni nak buat apa,besok nak buat ape,lagi 5 tahun nak jadi aper,nak kahwin umur berapa.Sume itu adalah perancangan.Lelaki macam aku ni takde wawasan.Less of vision.Berbanding dengan wanita,perancangan diorang sangat halus dan teliti.Itu sebab diorang ada satu sifat yang lelaki jarang ada iaitu cerewet.Tapi cerewet bagus dalam hidup seseorang yang terancang.Aku yakin yang sesiapa hidup dalam lingkungan perancangan yang teliti,hidupnya lebih teratur dan selesa.Mungkin,suatu hari nanti aku capai keyakinan tu nanti.Hidup dalam perancangan.InsyaAllah.

Tapi satu jer yang sangat2 menyedarkan aku.Sesiapa yang hidup dalam jalan Islam,hidup nya lebih terancang dan teratur.Sungguh.Allah dah aturkan hidup kita ni macam time table kehidupan taw.Kalau kita tak buat ape yang Islam dah gariskan memang pincang lah jalan hidup kita.Aku andaikan yang hidup kat dunia ni sebagai tentatif program untuk kita capai objektif di akhirat.Kalau tak ikut program dengan betul ,objektif tidak tercapai.Rukun iman,rukun islam,tertib dalam solat,waktu solat sume tu sangat terancang.Dan Allah itu sendiri Maha Merancang.Di aturkan susunan bintang,kitaran orbit,lapisan langit dan banyak lagi,sume dalam keadaan yg sangat terancang.SubhanaAllah.Satu perkara yang buat hati kecil ni tersedar.Satu ungkapan yang sangat berkesan aku pernah dengar."Kalau peribadi manusia itu teruk,periksa solat dia.Baik solat dia,baguslah kehidupan dia".Benar.Orang yang solat selalu tepati masa sebab pengajaran dari solat di awal waktu.Orang yang solat selalu tekun belajar sebab pengajaran dari kekhusyukannya.Orang yang solat selalu sangat bertanggungjawab sebab melalui solat dia telah bertanggungjawab pada Allah.MasyaAllah.Sedikit kisah mengenai kehidupan insan yang terancang.Sehingga baginda pernah bersabda:
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”



PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

*Insan bergelar Muhammad Al Fatih ini sangat terancang program hidupnya.

Wednesday, February 9, 2011

Ditelan mati emak,diluah mati bapak

Best betol kan orang dulu2 buat peribahasa.Satu ayat yang ringkas dan padat tapi ada maksud yang mendalam.Di telan mati emak,diluah mati bapak bermaksud situasi yang memerlukan seseorang mmbuat pertimbangan yang teliti(definisi sendiri2).Kalau ayat mudahnya berada dalam keadaan dilemma la.Kalau buat camni takot jd camtu and kalau buat camtu pulak takot jadi camni.Habes kalau telan tak boleh,nak luah pun tak boleh cuba try hisap,konfem boleh.Tapi tu serba sedikit la nak bagi kefahaman sikit pasal peribahsa ni.Apa yang penting pernah tak kita berada dalam situasi macam ni.?Mesti ada punyer.Beberapa contoh berkaitan yang aku nak bagi.



BAB CINTA
Contoh bila kita suka seseorang tu tapi kita tersangat la malu takot2 di'reject'.Tapi kalau tak bagitahu konfem kita akan melepas dan perasan tu masih ada.Kan jiwa kacau tu.Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak.

BAB KERJA
Contoh macam kita ada bos yang garang dan kejam.Tambah pulak kahwin dengan bini yang cerewet,manja dan 'queen control'.Macam mana kita nak minta cuti kat bos kita kalau bini kita swuh cuti sebab bini kita nak pi shoppng tudung..?So di situ lah timbul peribahsa ditelan mati emak,di luah mati bapak.hehe

BAB KELUARGA
Sebagai anak yang soleh dan taat pada parent,kata2 mereka tak pernah di bantah.Macam mana pulak kalau situasi camni : korang nak kahwin dengan pilihan hati korang tapi parent korang ada pilihan lain dan warning kat korang kalau korang tak ikut pilihan dorang,korang derhaka(dah macam kisah Kassim Selamat dalam movie Ibu Mertuaku)

BAB AGAMA
Ini penting.Contoh korang penyanyi la kan,kena ready kat backstage sblum maghrib dengan make up and pakaian sume la.Tapi korang kena perform 8.30 malam(dekat2 Isyak). Apa2 pun utamakan urusan Allah dulu.Tak kisah la meeting perdana ker,menteri nak datang ke utamakan solat dulu.Kalau dalam kes penyanyi tadi dia kena buat pilihan,duniawi atau ukhrawi.Tak yah nak telan,tak yah nak luah tetap utamakan Allah.

Monday, February 7, 2011

Syukur,saya dapat anak.



Eh macam tu ke rupa anak aku nanti?Comeynye kalau rupa dia camni,macam rupa bapak dia.Haha perasan giler.Tapi apa salahnye kalau nak berangan dari sekarang.
Mesti seronok kalau dah dapat zuriat keturunan.Tapi tak taw la kenapa orang sekarang buang anak.Binatang pun tak buat macam tu kecuali katak.Katak lain la bertelur sampai leh buat sekampung anak mati sekor pun takpe,tapi yang pelik manusia ni.Ingat senang ke nak dapat?!!

Teringat mak aku selalu citer masa aku mula2 keluar ke dunia ni.Mak aku kata ayah aku takde masa aku dilahirkan.Bukan meninggal dunia la sengal tapi masa tu ayah aku kerja kat Sabah so aku dilahirkan di kampung.Maka suara atuk la berkumandang di telinga.Pastu masa aku lahir condition aku tak normal.Bukan cacat ok.Tapi aku terpaksa dikeluarkan dengan teknik Caesarean Section.Lebih kurang macam vacuum la.Sampaikan lepas tu aku terpaksa di letakkan di dalam incubator yang kaca tu(lebih kurang macam ICU kanak2 la).Dahsyat2.Mak aku kata lagi,doktor tu cakap bila aku dah umur dua tahun maybe mata aku akan ada masalah (rabun,buta dsb.)
Tapi alhamdulillah okay setakat ni.

So,susah jugak sorang ibu nak lahirkan anak.Bila aku pikir balik,memang aku tak patot buat sezarah dosa pun kat mak aku.Semoga mak aku berada dalam lindungan dan rahmat Allah.



*Aku tak pangil mak aku 'mak'.Actually I call her MAMA.Apa pun nama yang dipanggil,maksudnya sama.

Bingkai kehidupan

Terpanggil untuk aku menulis sesuatu yang serius kali ini tatkala melihat
satu susuk tubuh yang menghempas kudrat di bawah terik mentari.Tubuh mulus itu seakan-akan mesin yang tidak berhenti.Di tepi jalan dia berbakti.Satu demi satu batu bata di susun rapi.Si penukang jalanan ini tekun bekerja bersama ayahnya.Sambil berlalu melewatinya aku membayangkan bagaimanakah aku jika di tempatnya?


''Anak-anak ibarat kain putih,ibu bapa lah mencorakkannya''

Bersyukur kerana aku dicorakkan menjadi begini.Si penukang jalanan dan aku tidak seerti.Dan kini aku dibingkaikan pada sebuah kehidupan.Walapun penuh cacat cela di merata malah jika dipamerkan belum tentu punya harga.Tetapi aku adalah lukisan yang mempunyai kecantikan sendiri.Dia juga begitu dan juga kalian.



Kalau di simbolikkan seseorang itu dengan lukisan,kita boleh melihat pelbagai karya2 yang telah di hasilkan.Ada lukisan haprak,ada lukisan abstrak.Ada lukisan lawa,ada lukisan takde colour.Tapi kita harus ingat sejarah lukisan,ada yang bertahan dan dikenang(Monalisa's potrait),dan ada yang hilang tanpa tahu kewujudan.Seperti manakah diri kita kelak?

Friday, February 4, 2011

Reload



Bila sebut pasal Topup aku jadi fed up
Bila sebut pasal reload aku jadi takot
bukan aku fed up sebab nak bayar duit topup
tapi aku fed up sebab lepas aku topup
aku tak taw ke mana nak habeskan(nak sms,awek takde)
dan aku jugak takot
sebab bila aku dah reload mesti cepat aku habeskan
ibarat mengunyah pulut sejemput
Tapi aku heran pada mereka2 yang selalu bergayut tu,
mesti banyak duit dihabeskan untuk topup
paling kurang pun seminggu 3 kali topup

Tapi bukan alasan bergayut je perlu topup
ada jugak pentingnya topup ni,contohnya:

i.telefon parents,family
ii.Untuk hal2 penting seperti hal pelajaran,kerja dan sebagainya
iii.Untuk kes2 emergency macam minyak habes,sakit nak bersalin,kereta rosak
iv.Medium dakwah misalnya foward mesej2 berguna dan berunsur nasehat
v.Nak carik handset yang tersorok.Miskol je konfem tak handset kat celah mana
vi.Untuk miskol orang spaya orang tu call kita balik(nak jimat kredit)

Ni secara kasar ape yang penting dalam agenda ke'Topup'an.Kalau nak topup make sure you must plan where the topup will go.Kalau dah elok2 topup RM10,tengok2 pi hantar ON CINTA ke,ON MATI ke,takpun ON OFF ke memang sia2 lah beli Topup.So be careful with your bajet.

Thursday, February 3, 2011

Gong xi Fa cai

Glitter Text - http://www.sparklee.com


wahh..sudah tahun balu cina ma..gua sangat selonok..walaupun tade kawan cina,tapi gua bangga itu sebab kita 1Malaysia maa..gua suka ambil kesempatan kat lu olang,mau ucap itu Gong Xi Fa Cai pada kaum TiongHua..tak lupa juge pada Uncle David Teo yang manyak buat filem itu,terima kasih daun keledek.Lu tade ang pow nak bagi sayer ker..?.Dan kepada Andy Lau,Stephen Chow,Zheng Zi Yi,Jackie Chan,Chow Yuen Fatt dan sume la,aiyya manyak maa maw sebut sedale gua..gua nak tanyer,lu olang balik kampung tak ini tahun? Ah Po lindu lu sume..okay2..itu saje..nanti lu olang block belog gua..
Apa apa bun,selamat menjamu selela ..yampoi2..

Otak-otak

Salam.Aloha.Macam nama makanan je kan.Otak-otak atau dalam bahasa omputeh 'brain-brain' bukan merujuk kepada makanan tetapi aku nak bagitau yang otak kita ada dua.Haa mesti cam pelik kan kepala satu tapi otak dua.Aku rasa kalau korang ni budak UPSR mesti la korang akan rasa pelik sebab dalam silibus korang takde ajar lagi benda ni.Tapi takpe,even korang budak U pun belum tentu korang akan taw pasal otak2 ni sebab kepala otak korang asyik duk pikir nak bodek lecturer je..kan??!!hahaha




Okay sambung bab otak balik.Otak ada dua bahagian.Kalau istilah mudah aku cakap otak kanan dengan otak kiri je la.So,kat bawah ni ada penjelasan tugas2 otak kanan dengan kiri.So,korang leh la menilai korang ni selalu guna otak belah mana.Thanks to ridzwan ni for the info.


PEMIKIRAN MELALUI OTAK KANAN:
-Mampu berimaginasi atau berkhayal
-Berkemampuan untuk menjadi kreatif
-Minat kepada kesenian, muzik, atau sesuatu yang menjurus kepada keseronokan
-Minat kepada rupa bentuk, ruang dan juga saiz
-Minat melukis
-Punca berlakunya sesuatu tindak balas dari tubuh
-Menjana perasaan dan emosi

PEMIKIRAN MELALUI OTAK KIRI:
-Mampu memproses data yang kompleks seperti Matematik, Logarithma atau seumpamanya
-Berupaya menjana pemikiran yang logikal dan analitikal
-Suka kepada sesuatu yang berteraskan fakta
-Suka mengira
-Bersifat terancang, tersusun dan teratur
-Suka menganalisa fakta yang tepat dan mendalam

So,apa cer.?korang kat kategori otak belah mana?
alaa..bukan susah pun nak taw..cuba tengok dalam diri korang ye...
kalau aku,aku mmg dalam dalam kategori otak belah KANAN..
Apa-apa pun bersyukur lah dengan kurniaan paling berharga ni.Tu sebab Allah letakkan otak ni kat tempat paling tinggi tarafnya dalam jasad manusia.Jangan jadi macam lembu,level otak dengan buntut sama level jer.Tambah lagi time dia makan rumput,lagi rendah la level dia.Hehehe