Sunday, January 2, 2011

Caution : Don't to this to me


Ragam manusia ni susah kita nak faham.Terutama sekali kalau yang jenis sensitif.Terlanggar bahu sikit kadang2 boleh jadi isu besar.Tak terkecuali aku.Memang susah nak puaskan hati semua orang.Itu sebab ada cendekiawan orang putih ada cakap;

"The most satisfying thing in life is to have been
able to give a large part of oneself to others"

Perkara yang paling memuaskan adalah
apabila kita mampu mnyerahkan sebahagian diri kita pada orang laen

Walaupun banyak perkara kita tak suka lihat,dengar dan buat tapi dek kerana nak jaga hati manusia ni,kita terpaksa lah telan je mentah-mentah.Tapi bagi aku kepuasan menjaga hati orang ni tak lama,sebab lama2 korang akan 'meletop' jugak.Asyik nak jaga hati orang tapi orang tu tak jaga hati kita,mana aku leh terima.Melainkan anda ikhlas.Takde cara lain lagi dah untuk mengatasi masalah ni kecuali dengan bermulut jahat(bukan mengumpat ea).Tapi dengan berkata kasar mengikut perasaan tanpa pedulikan hati sesape.Yeah.Itu cara aku.Jangan tiru.

Okay.Ulasan gambar kat atas.Kenapa aku tak suka perkara2 tu.

MENUNGGU

Aku selalu kata kat kawan2 aku ini adalah kepantangan aku.Memang pantang aku menunggu.
Bayangkan aku kena tunggu sesuatu tapi tak ada hasil pun lepas aku menunggu.Menghabeskan kesabaran dan masa aku jer.Kalau lepas menunggu dorang tu muka aku ketat semacam je,pepaham la kenapa ea..

BISING

Aku tak suka keadaan bising.Aku suka tenang.Sebab jiwa aku dah la kacau,pastu tambah bising memang kacau kuasa dua lah.

AMBIL KESEMPATAN

Manusia lintah darat macam ni memang akan dapat makian aku jer.Secara terang atau pun diam.Dapat betis nak peha.





2 comments:

  1. Assalamualaikum..Saudara Fakhri yang dirahmati Allah

    Pertama sekali sya ucapkan trima ksih atas komentar saudara dlam blog sya tempoh hari .. dan semoga Allah meredhai..

    Terlbih dahulu sya minta maaf ats apa yang bakal sya sampaikan.. satu perkara yang ingin sya katakan, jangan mudah untuk menilai peribadi seseorang dengan begitu mudah.. apatah lagi jika anda hanya mendengarnya dari satu pihak , tambahan pula sya tak pernah kenal siapa saudara dan begitu jugalah sebaliknya.. Fitrah kehidupan, manusia punya sifat yang berbeza..Sekali lagi sya ucapkan terima kasih ats komentar anda dan maaf sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...terima kasih..

    ''Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu.''(Syed Qutb)

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA