Wednesday, December 29, 2010

Bad Man




Wahai lelaki kaum sejenisku,
aku kasihan dengan wanita-wanita ini
mereka perlu perlindungan,mereka ingin kepercayaan
tapi kenapa kau balutkan kepalsuan
tatkala mendengar rintihan mereka
aku turut terkena tempiasnya
tidak bolehkah kalian menyayangi mereka?
menghindarlah kalau niatmu hanya suka-suka
kerna wanita itu lembut hatinya

Wahai lelaki pemimpin keluarga
masa mudamu jangan lah mempermainkan wanita
aku benci melihat segala
anak kau buat,dapat kau campak
hati kau miliki,bosan kau caci
tidak kasihan kah mereka?
sang wanita yang mulia menjadi mangsa



Wahai wanita kakak dan adikku,
Benar firasat awalmu lelaki tak boleh dipercaya
kenapa rayu pujuk mereka kau trima jua
aku ini insan biasa tak bisa ku halang
naluri cintamu pada pemuda
tetapi
beringatlah dalam lipatan iman
akan terselit jua hama kejahatan
aku nasehatkan kalian kerna aku lelaki
lelaki yang tahu kemahuan lelaki

Wahai bakal2 isteri mulia,
kisahku dan dia pernah menjadi sejarah
kesalku membuat hatinya berdarah
aku tidak mahu kalian merasa
cinta tak ikhlas dari lelaki buaya
carilah yang sepadan
tunggu lah jodoh pertemuan
InsyaAllah bahagia kalian berkekalan


*Barakallahu lakuma wabaroka alaikuma wa jamaah bainakuma fi khoir

2 comments:

KOMEN-KOMEN LA